MERDEKAKAH KITA?
Salam,
1. Kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan tanahair tercinta. 31 Ogos adalah tarikh yang sering disebut keramat sedangkan 'karomah' itu hanya ada pada makhluk bernama manusia yang berlaku ketika dia masih hidup. Sebaik dia meninggalkan dunia yang fana ini, maka 'karomah' itu sudah tidak ada lagi untuk ditinggalkan bekal buat kita.
2. Merdekakah kita? Ramai di kalangan kita yang penuh bangga berkata kita dan tanahair sudahpun merdeka sepenuhnya. Hakikatnya kita masih belum merdeka secara total kerana minda dan jiwa masih terkepung. Jasadnya bebas tetapi jiwa dan minda kekal terjajah dan terpenjara.
3. Merdeka apa jika keputusan-keputusan diri sendiri dan melibatkan harga diri sendiri masih ditentukan oleh orang lain. Bayangkan jika hanya untuk membina jambatan samada bengkok atau lurus di bumi sendiri perlu mendapat keizinan negara luar? Merdekakah kita jika piagam dan matlamat organisasi kita membanteras rasuah tetapi harus mendapat persetujuan orang lain untuk melaksanakannya? Merdekakah kita jika organisasi yang dipertanggungjawab membanteras judi masih perlu mengikut telunjuk taukey judi? Merdekakah kita jika perlu bertindak untuk menangkap penjenayah tetapi tidak mampu menguatkuasakan undang-undang dan kuasa yang diperuntukkan kepada kita? Merdekakah kita jika budaya dan adat yang disanjung sudah berganti sama seperti yang dilakukan oleh penjajah yang kononnya dibenci dan dilaknati?
4. Malah kita juga tidak merdeka selagi gagal berdamai dengan perbezaan yang bermaksud berbeza-beza, tetapi tetap satu. Kita masih dibelenggu 'titah' sehingga terpaksa mengikut arus dan menjadi "...ketidakmampuan untuk hidup dalam perbedaan ketika dihadapkan dengan kebebasan berpendapat. Ketidakmampuan untuk terbuka terhadap ragam opini, termasuk yang berseberangan dengan kita. Ketidakmampuan untuk berkata, "Okay, mari sepakat untuk tidak sepakat". (Pandji Pragiswaksono, Berani Mengubah, 2012). Sebetulnya bukan urusan kita membuat seisi bumi menjadi seragam.
5. Manusia yang jiwa serta mindanya terkepung adalah kerana ia dikepung oleh pilihan-pilihan yang ada di sekelilingnya. Dia dikepung dengan pilihan samada memilih dosa atau pahala, samada mementingkan diri sendiri atau kelompok, samada harus mengutamakan tugas dan amanah, ataupun meletakkan maruah, prinsip dan moral di atas kepala ataupun dipijak-pijak. Malah begitu banyak pilihan-pilihan yang mengepung manusia yang jiwa dan mindanya terkepung.
6. Banyak 'symptoms' yang menunjukkan pelaku minda terkepung ini untuk dijadikan panduan. Antaranya diam membisu melihat kebejatan dan kesalahan berlaku walaupun jelas tanpa ragu ia bertentangan samada dari segi moral mahupun hukum. Mereka juga secara terbuka mempertahankan penyelewengan serta kezaliman yang berlaku tanpa rasa malu kepada rakyat dan seluruh penghuni alam. Tidak kurang yang akan menghasut dan memfitnah musuh-musuh nyata atau tidak demi menjayakan matlamat 'penjual tiket' ke neraka.
7. Buat yang sudah jauh tersesat jika kita berkata tidak takutkah kamu pada Tuhan untuk melakukan apa yang kamu lakukan ini? mereka berkata, "bagaimana kamu tahu Tuhan itu ada, apakah kamu sudah melihat dan pernah bertemu? Jawapan mudah buat musuh-musuh kebenaran ini adalah, "saya tidak pernah melihat udara, tetapi saya tahu udara itu ada, saya tidak pernah melihat cinta, tetapi setiap kali melihat orang yang saya cinta, saya yakin cinta itu ada". Jika masih berdegil mengatakan udara dapat dibuktikan dengan sains tetapi tidak dengan Tuhan maka jawapannya adalah kerana sains kita belum sampai ke sana dan mungkin tidak sampai ke sana.
8. Hidup ini adalah pilihan sepertimana judul buku ditulis oleh Parlindungan Marpaung. Pilihlah apa saja yang mampu membantu kita bukan saja di dunia, tetapi juga alam selepasnya. Setidak-tidaknya, jika ia tidak dapat membantu kita di dunia, biarlah dapat membantu kita di sana dunia yang kekal selama-lamanya.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Wallahualam.

Comments
Post a Comment