MELAYU
Salam,
1. Apakah yang bernama pemimpin itu kewajipannya hanya meluncurkan retorika tanpa henti atau memimpin rakyat mendepani masalah ekonomi yang sudah memasuki fasa 'krisis'? Yang bergelar pemimpin itu asasnya adalah memimpin bukan menyimpang. Pemimpin Melayu bukan hanya sibuk untuk meraih dokongan dengan kenyataan rasis untuk mewujudkan 'Low Yat 2' hanya untuk peniaga Melayu dan itu ini semuanya Melayu. Jika kamu jujur, semuanya sudah wujud sebelum insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada 11 Julai 2015 lalu.
2. Kita sering bercakap soal 'masa depan orang Melayu' tanpa usaha jelas membetulkan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu hari ini. Masa lampau adalah sejarah dan tidak seorang pun manusia yang mempunyai kuasa khas atau istimewa membolehkan mereka membetulkan apa yang telah berlaku begitu juga dengan masa depan. Yang boleh kita lakukan adalah masa kini yang sentiasa menerima sogokan kata-kata esok masih ada. Hakikatnya hari ini terus dicampak entah ke mana tanpa sebarang langkah positif untuk merealisasikannya.
3. Sana-sini menjerit "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" tetapi spesis Melayu yang bagaimana yang tidak hilang dan tinggal berdepan bukan Melayu? Bukan Melayu terus mengejar kemajuan dalam setiap bidang khususnya ekonomi dan pendidikan tetapi bangsa Melayu tidak pernah henti bertelingkah sesama sendiri dan mengkhianati satu sama lain. Pemimpin Melayu jugalah yang menghilangkan kuasa Melayu satu persatu termasuk 'Tanah Rezab Melayu'. Malangnya kemudian dituding jari kepada bukan Melayu menjadi punca 'Tanah Rezab Melayu' berkurangan dan semakin pupus. Kuasa berhubung tanah di bawah kerajaan negeri dan siapa yang berkuasa di negeri-negeri sebelum ini? Berapa orang Cina, India, Benggali dan Siam menjadi Pentadbir Tanah?
4. Jika Pulau Pinang diambil sebagai contoh dalam konteks ini, apakah Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum DAP mengambilalih kuasa memerintah terdiri daripada bangsa Melayu? Tan Sri Wong Pow Nee (MCA – BN) Melayu? Tun Dr. Lim Chong Eu (Gerakan – BN) Melayu? Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Gerakan – BN) Melayu? Kenapa tidak isu Melayu terpinggir diketengahkan ketika itu? Apa yang Barisan Nasional (BN) lakukan sepanjang memerintah Pulau Pinang? Kita tidak perlu beremosi sehingga emosi kita menelanjangkan setiap seorang daripada kita seolah-olah 'jantan gila talak' yang hilang kemaluan terhegeh-hegeh menyundal ooopps salah eja menyondol semua penjuru arah dari barat ke timur dan utara ke selatan. Ketika Pulau Mutiara itu di dalam genggaman kamu sia-siakan dan setelah terlepas menggila talak tak sudah-sudah. Melayu Pulau Pinang terpinggir bukan berpunca daripada tindakan bukan Melayu tetapi hasil turun tangan bangsa Melayu sendiri.
5. Ke mana semua pemimpin-pemimpin mamak yang terlebih Melayu dari Melayu ketika itu seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datuk Ariff Shah Omar Shah dan ramai lagi termasuk yang bersalasilah Melayu seperti Datuk Zainal Abidin Osman, Dr. Norraesah Mohamad, Datuk Pirdaus Ismail, Datuk Azhar Ibrahim, Datuk Jahara Hamid dan Datuk Roslan Saidin? Kenapa tidak perjuangkan Low Yat Melayu menggantikan Perangin Mall? Malah KOMTAR yang menjadi lokasi peniaga Melayu mencari makan kini sudah pupus ditelan habuk dan sarang labah-labah. Padang Kota tempat tumpuan pelancong luar dan dalam untuk menjamu selera kini hanya menjadi pusat penyembelihan mamak-mamak yang menipu pelanggan dengan mencekik darah Melayu yang makan di situ.
6. Melayu sebenarnya walaupun ramai tak ubah seperti perahu kecil. “Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.” Semangat mempertahankan Melayu hanya bergema setiap kali perhimpunan Agung UMNO dan perhimpunan untuk meraih dokongan atau undi Melayu. Tidak lebih dari itu. Yang banyaknya hanyalah yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih. Sudah-sudahlah mempermainkan bangsa sendiri demi kepentingan diri dan kelompok. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak bodoh sepanjang hari. Jika kita tidak mampu melakukan semua jangan ditinggal semua demi bangsa dan tanahair kita. Cakap dan fikir biar serupa bikin jika tak mahu Melayu yang tinggal nanti hanyalah Melayu gila berkokok dan selayaknya tinggal di reban-reban ayam sesuai dengan fitrahnya.
Wallahualam

Comments
Post a Comment