MELAYARI BAHTERA KEMERDEKAAN
Salam Kemerdekaan,
1. 31 Ogos tarikh yang sering disebut keramat datang lagi tetapi nampaknya gagal memberi karomah kepada pemimpin-pemimpin kita kerana karomah adalah kurniaan Allah swt kepada insan-insan terpilih. Karomah tidak diberi berdasarkan kualifikasi pendidikan formal dan tidak didatang kepada manusia hanya kamu bergelar Yang Berhormat atau Yang Amat Berhormat. Secara umumnya yang mendapat karomah dari Allah adalah para wali Allah yaitu kaum muslimin sejati yang tidak mencampur-adukkan ilmu dan amalannya dengan kesyirikan, bid’ah dan kemaksiatan.
2. Perjalanan panjang penuh cabaran untuk mendapat kemerdekaan tidak semudah mendapat RM2.6B oleh penderma dari Timur Tengah. Tunku Abdul Rahman dikhabarkan terpaksa menjual tanah miliknya di sekitar bandar Alor Setar, Kedah untuk menampung perbelanjaan rombongan ke London bagi mendapatkan kemerdekaan negara. Alangkah murninya hati dan jiwa pemimpin-pemimpin terdahulu berbanding yang ada sekarang. Bukannya dikorbankan hartanya demi negara malah dikorbankan harta negara untuk dirinya dan keluarga.
3. Cuba soal pada diri kita dan seluruh rakyat negara ini apakah kita benar-benar merdeka? Merdekakah kita jika masih dibelenggu ugutan dan ancaman hanya kerana untuk menyuarakan bantahan terhadap pemimpin yang difikir dan dirasakan sudah mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat? Rakyat keluar beramai-ramai hanya bersenjatakan baju kuning dan laungan protes terhadap pemimpin sudah dianggap berhasrat menggulingkan kerajaan. Mereka bukan berbekalkan senjata merbahaya ataupun setidak-tidaknya batu sepertimana yang dilakukan rakyat palestin terhadap tentera Israel.
4. Untuk merdeka, rakyat tidak harus miskin ilmu dan papa kedana kebebasan berfikir dan bersuara. Harus ada ketetapan agar maksud kerajaan, parti politik, entiti yang diamanahkan mentadbir negara, individu, pemimpin, demokrasi dan apa saja yang boleh mengelirukan rakyat. Diperturunkan sedikit sebanyak gambaran tentang kerajaan dan cabang-cabang utama dalam kerajaan bagi memudahkan pemahaman. Dalam konteks negara Malaysia, terdapat tiga komponen utama kerajaan iaitu:
a) Badan Perundangan (Legislatif)
Menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun dan tidak boleh mempunyai kuasa lain.
b) Badan Pemerintah (Eksekutif)
Menjalankan kuasa eksekutif dan tidak bolah membuat undang-undang.
c) Badan Kehakiman (Judisiari)
Mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa yang diberikan dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif.
5. Kerajaan ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara. Kerajaan Persekutuan ialah gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan. Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangannya sendiri dalam perkara-perkara tertentu. Kerajaan Pusat lazimnya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hal-hal dalam negeri seperti agama, tanah, perhutanan dan perkara-perkara yang tidak memerlukan keseragaman.
a) Rakyat mempunyai hak-hak asasi, persamaan, dan kebebasan.
b) Pilihan raya diadakan dari masa ke semasa.
c) Warganegara yang berusia 21 tahun ke atas berhak mengundi serta berhak bertanding dalam pilihan raya.
d) Proses pengundian dijalankan secara sulit dan kemenangan majoriti sesebuah parti politik akan membolehkan parti politik tersebut memerintah
e) Rakyat memilih wakil-wakil dalam badan perundangan
f) Kerajaan Demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.
g) Kerajaan Demokrasi terdiri daripada Demokrasi Berparlimen dan Demokrasi Berpresiden.
h) Kerajaan Demokrasi Berparlimen mempunyai Raja/Presiden sebagai ketua negara yang mempunyai kuasa simbolik. Contoh Kerajaan Demokrasi Berparlimen ialah Malaysia, Thailand, Singapura, Jepun, dan India
i) Kerajaan Demokrasi Berpresiden pula mempunyai Presiden yang merupakan ketua eksekutif negara. Contoh Kerajaan Demokrasi Berpresiden ialah Amerika Syarikat dan Filipina.

7. Demokrasi Berparlimen seperti diamalkan oleh Malaysia, badan perundangan yang tertinggi kuasanya ialah parlimen. Negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Britain, Jepun, Malaysia, dan India. Parlimen terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dalam pilihanraya umum, yang selalunya diadakan sekurang-kurangnya lima tahun sekali. Parlimen (legislature) ialah badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang negara. Tugasnya ialah menggubal undang-undang dan dasar-dasar melalui kuasa yang diberi kepadanya oleh undi rakyat.
8. Sistem demokrasi berparlimen terbahagi kepada dua, iaitu dua dewan. Pertama, dewan yang yang dipilih oleh orang ramai melalui pilihanraya umum dan yang kedua, dewan yang ahli-ahlinya dilantik oleh ketua negara: atau institusi-institusi tertentu yang ditugaskan oleh perlembagaan untuk berbuat sedemikian. Britain, India dan Malaysia adalah contoh negara yang mempunyai sistem seperti ini. Singapura, Denmark dan Sweden mempunyai hanya satu dewan yang ahli-ahlinya dipilih secara langsung oleh pengundi.
9. Parti atau gabungan parti-parti yang mempunyai majoriti kerusi dalam parlimen akan membentuk kerajaan. Kerajaan ini yang akan mengemukakan dasar-dasar dan rang undang-undang untuk perbahasan dan dan keputusan. Ahli-ahli parlimen biasa, termasuk pembangkang boleh juga membentangkan rang undang-undang tetapi lazimnya ini dilakukan oleh parti yang memerintah. Rang undang-undang ini diteliti oleh parlimen.
10. Oleh kerana kabinet yang mengemukakan rang undang-undang dan dasar-dasar, sama ada dalam bidang pendidikan, pertahanan atau pembangunan ekonomi, maka kabinetlah yang sebenarnya merupakan penggubal undang-undang. Ahli-ahli kabinet memainkan peranan utama dalam perdebatan dan perbincangan tentang sesuatau dasar itu. Tetapi menteri-menteri kabinet bukan sahaja berperanan dalam proses perundangan, mereka juga mengetuai kementerian-kementerian yang melaksanakan dasar-dasar yang diluluskan oleh parlimen. Sebagai contoh, menteri pengangkutan bukan sahaja bertanggungjawab menggubal dasar-dasar pengangkutan, beliau juga yang menyelia dasar-dasar itu dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan (atau birokrasi). Menteri-menteri dan birokrasi (pentadbiran) kedua-duanya bertanggungjawab melaksana. Badan perlaksanaan ini dipanggil eksekutif dan pentadbiran awam.
11. Legislatif (perundangan) dan ekskutif adalah dua cabang terpenting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Walaupun dua badan ini berbeza daripada segi fungsi dan kedudukan undang-undang, daripada segi lain pula mereka mempunyai hubungan sangat rapat. Menteri-menteri kabinet memainkan peranan utama dalam kedua-dua badan ini. Itulah sebabnya apa yang berlaku dalam sistem demokrasi berparlimen ini selalu digelar sebagai satu “fusion of power” ataupun satu “percantuman kuasa” justeru itu juga ada ahli teori yang mengatakan bahawa sistem demokrasi berparlimen adalah bertentangan dengan semanagat konsep pengasingan kuasa dalam teori demokrasi liberal.
12. Demokrasi berparlimen juga mempunyai institusi yang bertanggungjawab memastikan bahawa undang-undang dijalankan dengan adil. Ini ialah badan kehakiman (judiciary). Satu perbezaan yang menarik tentang badan ini di antara demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden ialah kehakiman dalam sistem yang pertama itu kurang kuasanya jika dibandingkan sistem berpresiden. Badan kehakiman di negara-negara demokrasi berpresiden seperti Amerika Syarikat lebih bebas dan berkuasa jika dibandingkan di negara-negara demokrasi berpresiden seperti England, Jerman Barat dan Kanada. Mengikut teori demokrasi, badan kehakiman adalah bebas daripada kawalan politik. Hakim-hakim dilantik oleh ketua negara dan bukannya oleh kabinet walaupun perlantikan oleh ketua negara itu adalah di atas nasihat perdana menteri, iaitu ketua parti memerintah dan seorang ahli politik. Hakim-hakim tidak boleh disingkirkan oleh kabinet atau parti yang memerintah. Jawatan hakim dibezakan daripada jawatan-jawatan kerajaan yang lain. Gaji, kenaikan pangkat dan syarat-syarat perkhidmatan mereka adalah di bawah jagaan satau Suruhanjaya Kehakiman yang tersendiri.
13. Kebebasan kehakiman adalah salah satu daripada kekuatan sistem demokrasi. Kebebasan ini memastikan bahawa keadilan dapat dilaksanakan dengan berkecuali dan hakim-hakim dapat menjalankan tugas mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Hakim-hakim bebas untuk mentafsirkan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen mengikut fahaman mereka tentang keadilan pelaksanaanya. Kebebasan kehakiman ini merupakan ukuran terpenting dalam menentukan sifat demokratik sesuatu sistem politik itu.
14. Doktrin pengasingan kuasa diperkenalkan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis menerusi bukunya yang berjadual The Spirit of Laws. Pembahagian kuasa kerajaan dipecahkan kepada tiga badan, iaitu:

a) Badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
b) Badan eksekutif seperti Kabinet dan Kementeriannya
c) Badan Kehakiman seperti Mahkamah-Mahkamah
15. Tujuannya adalah untuk:
a) Mengelakkan tumpuan Kuasa yang tidak terhad oleh mana-mana badan di atas
b) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
c) Menjamin pentadbiran yang lebih cekap
d) Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang
Doktrin Pengasingan Kuasa
di Malaysia
17. Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi bahtera kemerdekaan ini jangan sampai karam di tengah pelayaran walau sebesar mana sekalipun badai melanda. Badai dan taufan itulah sebenarnya ujian yang menjadi 'bench mark' kemampuan dan kewibawaan seseorang pemimpin sebagai nakhoda bahtera samada gagal atau sebaliknya. Nakhoda yang ternyata sakit, gagal mengawal pelayaran bahtera dan khianat kepada anak-anak kapal harus digantikan demi menentukan nasib penumpang dan anak kapal tidak menjadi mangsa kerakusan nakhoda yang sudah hilang arah. Bukan anak kapal dan penumpang tidak sayangkan nakhoda, tetapi kasih dan sayang pada bahtera kemerdekaan dan kesemua isinya mengatasi segala-galanya. Jika nakhoda sayangkan bahtera kemerdekaan dan isinya, berikan kepercayaan kepada orang lain untuk meneruskan pelayaran bangsa, agama dan tanahair. Tidak jatuh maruahnya dengan beralah kerana yang tidak bermaruah adalah apabila anak-anak kapal dan penumpang mencampakkan nakhoda keluar dari bahtera.
MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA!
Wallahualam
Comments
Post a Comment