RIO MENGAJAR
Jika di Indonesia kita dapat melihat program 'Indonesia Mengajar' brainchild Anies Baswedan mantan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Rio juga tidak kalah dengan Rio Mengajar.
4. Sikap menumpang populariti dan tindakan populis pemimpin tertentu yang sanggup berkampung di Rio bagi menunjukkan keprihatinan sebagai menteri sedangkan sebelum itu apa langkah jelas membantu atlet negara? Agaknya jika sukan Olimpik diadakan di Burundi, Nigeria, Mozambik, Malawi, Liberia atau Kongo berkampung di rumah lah jawabnya.
Indonesia Mengajar merupakan sebuah lembaga nirlaba (non-profit organisation) yang merekrut, melatih, dan mengirim generasi muda terbaik bangsa Indonesia ke berbagai daerah di Indonesia untuk mengabdikan diri sebagai Pengajar Muda di Sekolah Dasar (SD) dan masyarakat selama satu tahun.
Pengasasnya Anies Baswedan memulai gerakan Indonesia Mengajar pada tahun 2009 untuk menjadi lebih dari sekadar program, tetapi sebagai gerakan untuk mengajak bersama masyarakat yang berikhtiar untuk ikut berperanan aktif mencerdaskan kehidupan bangsa bagi mewujudkan upaya melunasi janji kemerdekaan.
Namun, jangan lupa, setiap yang berlaku dalam kehidupan kita walau sekecil mana sekalipun tetap mengajar kita untuk menimba pengajaran. Olimpik Rio 2016 banyak mengajar kita berbagai mesej yang disampaikan dalam berbagai perlakuan dan berbagai kejadian dan kemudiannya dikirim balik ke tanahair.
Namun, jangan lupa, setiap yang berlaku dalam kehidupan kita walau sekecil mana sekalipun tetap mengajar kita untuk menimba pengajaran. Olimpik Rio 2016 banyak mengajar kita berbagai mesej yang disampaikan dalam berbagai perlakuan dan berbagai kejadian dan kemudiannya dikirim balik ke tanahair.
Apa yang kita perolehi dan diajar dari Rio?
1. Sukan menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit, agama, jantina dan umur. Ia terpancar jelas ketika Datuk Lee Chong Wei berhempas pulas menundukkan Lin Dan untuk mara ke Final. Ini termasuklah dokongan penuh rakyat kepada Pandelela dan Nur Dhabitah, pasangan bergu campuran dan bergu lelaki kebangsaan badminton negara. Sorakan dan tempek sorak menyokong pemain negara kedengaran di mana-mana hatta di kedai kopi, di ruang tamu rumah dan agaknya ketika berhempas pulas mengeras keringat dalam tandas pun ada yang menjerit.
2. Propaganda rasis, perpecahan di kalangan rakyat dan berbagai lagi stigma yang dipacak dalam benak rakyat tidak lebih daripada usaha menakut-nakutkan rakyat sedangkan mereka tidak ada pun masalah. Kenapa perlu menguras kudrat melaga-lagakan sesama rakyat hanya kerana survival pemimpin yang korup?
3. Sindrom penafian pihak kerajaan samada di peringkat negeri dan pusat termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus menebal. Ianya terbukti dalam kes Mohd Azizulhasni Awang pelumba digelar `Pocket Rocket Man' yang meluahkan kekecewaannya terhadap kerajaan negeri kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal 'RoadBike' untuk kegunaan didalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio. Malah tidak ada feedback dan membisu apabila pengurusnya menghubungi Menteri Besar. Berapa sangatlah duit kerajaan akan habis kepada atlet bertaraf dunia berbanding pembaziran mengalahkan orang menang judi membelanjakan wang rakyat? Lebih melukakan hati seluruh rakyat Malaysia bila akhirnya penjelasan dibuat kerajaan negeri adalah TIDAK TAHU satu bentuk jawapan standard daripada peringkat paling atas hingga lah ke bawah hirarki pemerintahan negara ini.
4. Sikap menumpang populariti dan tindakan populis pemimpin tertentu yang sanggup berkampung di Rio bagi menunjukkan keprihatinan sebagai menteri sedangkan sebelum itu apa langkah jelas membantu atlet negara? Agaknya jika sukan Olimpik diadakan di Burundi, Nigeria, Mozambik, Malawi, Liberia atau Kongo berkampung di rumah lah jawabnya.
5. Rio juga tidak bakhil mengajar rakyat sikap pihak media yang membuka mata kita bahawa perkataan digunakan boleh sembrono tetapi perasaan terluka tidak semborono dapat diubati. Perkataan digunakan untuk melariskan akhbar menjadi senjata makan tuan apabila perkataan MENGHAMPAKAN yang diguna oleh wartawan sukan kosmo laris pula di trol di media sosial termasuk Harith Iskander pengacara terkenal. Dalam status dimuat naik Harith berbunyi "CHONG WEI MENGHAMPAKAN JUTAAN RAKYAT SEBAB MANGAMBIL TIGA SET UNTUK KALAHKAN LIN DAN" (Headline Kosmo esok)
- Harith Iskander -"
- Harith Iskander -"
6. Sebenarnya banyak lagi hal yang mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan dewasa. Hanya kita yang lebih gemar kembali di zaman anak-anak untuk terus hidup dalam nostalgia yang tidak berkesudahan.
7. Dah tua-tua ni belajarlah untuk tidak menjadi anak-anak kerana fitrah manusia jika ditungang-langgangkan kan pelik kedengaran dan kelihatannya?
Comments
Post a Comment