BAGAIMANA DAIM MENGURUS EKONOMI
Rakyat sesungguhnya terpanggil untuk turun tangan membantu meleraikan kekusutan ekonomi yang kian hari kian parah tetapi di mana ruang untuk turun tangan oleh rakyat sedangkan kuasa untuk keterlibatan tidak ada?
Ketika membentangkan Belanjawan 1987, Daim yang terkenal dengan kontroversi dan banyak musuh politik ini mengumumkan pelbagai langkah untuk mengimbangi kemelut politik, ekonomi dan sosial yang agak serius ketika itu. Kita semua masih ingat bagaimana rebutan kuasa politik yang akhirnya mengheret UMNO sehingga diharamkan akibat pertandingan jawatan presiden UMNO pada tahun tersebut.
Musuh-musuh politik Mahathir sentiasa mengintai ruang untuk mencemar kepimpinan beliau dan salah satunya yang dapat mengaut pengaruh rakyat adalah modal ekonomi. Tengku Razaleigh berjanji kononnya berikan beliau masa 6 bulan akan selesailah kemelut ekonomi ketika itu walaupun sebenarnya pertumbuhan ekonomi yang dijanjikan itu adalah pertumbuhan palsu yang hanya dapat selesaikan masalah ekonomi dalam masa pendek dengan berhutang.
Prinsip Daim dalam hal ini, pengorbanan untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi harus bermula dari atas menurut konsep kepimpinan melalui teladan.
Antaranya adalah dengan mengkaji semula elaun dan keistimewaan para menteri, timbalan menteri dan kakitangan kerajaan samada dikurangkan atau dimansuhkan. Elaun keraian dan perumahan telah dikurangkan antara 10-20%.
Bagi ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai tadbir yang sedang menerima atau mungkin layak menerima lebih dari satu pencen dikenakan cukai 100% untuk pencen kedua.
Elaun keraian dan perumahan pegawai-pegawai superscale dikurangkan sebanyak 10%. Elaun perbatuan pegawai-pegawai kerajan dikurangkan dan perjalanan yang tidak perlu dipotong. Perbelanjaan perjalanan dan menghadiri seminar di luar negara juga dikurangkan.
Bilangan dan saiz misi diplomasi dan pejabat-pejabat lain di seberang laut dikaji semula untuk menjimatkan perbelanjaan dan misi yang kurang penting ditutup.
Yang paling menarik adalah agensi-agensi kerajaan akan dicantumkan untuk mengelakkan pergandaan fungsi dan meningkatkan kecekapan kerja serta kos pengendalian.
Banyak lagi langkah yang dicadangkannnya tetapi apa yang dapat dikongsi di sini adalah untuk melihat apa yang sedang berlaku sekarang dengan apa yang disarankan oleh Daim dalam belanjawan 1987 dan amat relevan.
Dalam situasi ekonomi yang parah seperti sekarang, sepatutnya apa yang disarankan Daim dulu wajar dilaksanakan semula. Jawatan-jawatan yang hanya menjadi tempat menangguk rezeki cara mudah seperti penasihat, duta-duta khas ke luar negara, pengerusi GLC yang hanya menjadi kaki bodek dan ampu amat perlu ketika ini dikurang dan jika boleh dihapuskan.
Perbelanjaan tuntutan perbatuan yang selama ini menjadi medan mengaut sumber pendapatan tambahan walaupun sebenarnya banyak yang curang wajar diteliti mengikut keperluan sebenar.
Paling menonjol adalah menambah agensi-agensi yang bertindan-tindan fungsi sama hanya untuk menambah jawatan dan pangkat serta peluang mendapat kedudukan lebih tinggi cara mudah apabila diperbesar atau mewujudkan agensi baru.
Antaranya adalah seperti APMM dengan polis marin, TLDM, Jabatan Laut dan sebaginya. Begitu juga antara polis trafik, JPJ, SPAD serta PBT. Ini belum lagi dilihat dari sudut dalam organisasi penguatkuasa yang diwujudkan pelbagai unit khas yang sebenarnya dilakukan oleh orang-orang yang sebenarnya gagal dalam menjalankan tugas masing-masing. Persoalannya bukan menambah unit atau pasukan baru kerana yang sedia ada itu tidak berfungsi secara optimum malah gagal di situ. Penyelesaiannya adalah dengan menggantikan mereka dan juga diambil tindakan atas kegagalan tersebut bukan mewujudkan unit khas yang lain sedangkan kewujudan pegawai dan anggota sedia ada untuk apa? Contohnya sudah ada Ketua Polis Daerah dan ratusan pegawai-pegawainya pelbagai cawangan. Jika masih wujud kegiatan haram seperti judi, maksiat dan jenayah ertinya tahap kecekapan atau komitmen mereka perlu dipersoalkan. Menambah pelbagai unit baru pun kegiatan seumpama itu terus bergerak.
Banyak lagi kepincangan yang berlaku jika mahu diketengahkan tetapi siapa peduli dengan masalah yang menjadi duri dalam daging dan membiarkan ia bernanah dan berulat yang akhirnya perlu ditanggung oleh rakyat. Rakyat bersuara dan menyoal kerana semuanya yang dibelanjakan menggunakan wang rakyat. Sekiranya wang dibelanjakan itu datangnya dari wang parti sendiri atau DERMA, terpulanglah samada nak dicampak ke laut atau ke dalam api.
Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa juga adalah korupsi dan korupsi harus dibanteras habis-habisan untuk menuju sebagai negara maju. Negara maju juga ada rasuah tetapi rasuah di negara membangun dan mundur begitu subur sesubur pembaziran di kalangan pemimpin-pemimpinnya. Jangan khayal dengan filem hindi yang hanya melihat kaya begitu kaya sedangkan yang miskin papa kedana. Inspektor sahab hanya di dalam filem hindi sedangkan di luar dan realitinya banyak menjadi inspektor nyamuk.
Selamat malam dan salam sejahtera.

Selamat membaca dengan hati yang tenang dan fikiran yang positif.
Comments
Post a Comment