MELAYU DAN AKSI BUNUH DIRI
Begitu juga dengan politik, kritikan saya semata-mata atas salah laku atau kegagalan pemimpin atau parti diwakilinya. Disebabkan itu saya mengkritik tidak kira parti mana sekalipun dan kaum apa serta agama kamu jika ianya merugikan bangsa, agama dan tanahair. Mungkin itu sebabnya saya begitu menyampah dengan ketaksuban.
Kita dapat melihat bagaimana kaum Cina dan India menguruskan politik dan krisis melibatkan kaum mereka. Mereka tidak menyerang sesama kaum mereka berdasarkan siapa lebih Cina atau lebih India berbanding orang Cina dan India yang lain. Orang-orang DAP tidak mengakatakan orang atau pemimpin MCA tidak membantu kaum Cina atau IPF dan PPP menyerang MIC mengatakan MIC tidak membantu kaum India.
Serangan mereka lebih fokus soal integriti, korupsi, penyelewengan dan hal-hal yang merugikan rakyat khususnya kaum mereka. Mereka tumpukan kepada soal-soal pentingnya mempertahankan sekolah vernakular, bahasa ibunda, rumah-rumah ibadat dan juga ekonomi.
Lim Guan Eng (LGE) diserang oleh mCA dan PGRM melibatkan isu pembinaan terowong, bungalow dan apa yang dilihat melibatkan integriti KM itu tercalar. Mereka tidak serang LGE kerana mereka anggap mereka lebih Cina dari LGE.
Kaum India tidak menyerang MIC isu kaum tetapi IPF, PPP dan MIC sama-sama perjuangkan kepentingan kaum merekamelibatkan kerugian dan kepentingan seperti dalam isu MAIKA. IPT untuk kaum India dan sebagainya.
Kita bangsa Melayu tidak habis-habis dengan "aku lebih Melayu dari Melayu lain, Aku lebih Islam dari Islam yang lain". Aku lebih perjuangkan kepentingan agama dan bangsa tetapi semakin hari semakin Islam diperkotak-katikkan, tanah rizab Melayu terus mengecil, budaya dan adat Melayu kian punah.
Hakikatnya apa yang Melayu dapat daripada sikap dan pendekatan ini? Apa jadi dengan soal kepentingan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain? Pertahankan bahasa kebangsaan bukan dengan cara meminggirkan bahasa lain khususnya bahasa Inggeris. Mereka yang konon sayangkan bahasa kebangsaan terus menghantar anak-anak belajar di barat dan sekembalinya mereka berpeluang untuk bekerja dengan syarikat besar dan GLC.
Anak-anak bangsa kita yang lain terus lemah dalam bahasa Inggeris sehingga peluang mendapatkan pekerjaan terus gelap. Tun M tidak kurang Melayunya hanya disebabkan beliau mahir bahasa Inggeris.
Kaum Cina dan India tidak menyerang isu skandal 1MDB bukan kerana mereka tidak pentingkan integriti tetapi mereka tahu risiko yang akan dihadapi jika mereka menyentuh isu yang begitu sensitif. Bagi mereka adalah lebih penting perjuangkan isu kepentingan kaum mereka jika perjuangkan isu yang bahaya buat diri mereka. Soal-soal begini mereka biarkan DAP menjadi samurai atau ninja dan mereka menjadi penyokong di belakang tabir.
Melayu terus meninja dan menyamurai sesama sendiri dan akhirnya ramai yang kamikaze dan sepukku (bunuh diri). Tak hairan jika ramai yang berminat menjadi pengebom berani mati bersama militan IS/ ISIS/ DAESH. Mereka sudah lama berbunuhan sesama sendiri dan kini menyahut seruan Abu Bakar Al Baghdadi untuk dibonekakan sebagai pembeli tiket ke syurga.
Comments
Post a Comment