MIKE OSCAR ONE (MO1) VS MIKE BRAVO (MB)


Agaknya jika semua Menteri Besar (MB) atau Ketua Menteri (KM) digugurkan, banyak lagi kisah dibongkar berhubung arahan diterima untuk tujuan tertentu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Satu persatu dibongkar apabila mereka yang sebelum ini di tampuk kuasa disingkir dari kedudukan tersebut. Baru dua negeri berlaku penyingkiran dan kedua-duanya membongkar hal-hal melibatkan 1MDB. Baki negeri-negeri lain rasanya elok dikekalkan sehingga PRU14 demi survival parti dan pemimpin.

Pada 12 mei 2015 ketika Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga, Ahmad Said bekas MB yang juga ADUN Kijal mendedahkan Syarikat pelaburan negara 1MDB pernah hampir bertindak mencagarkan minyak dan gas di laut Terengganu.

Beliau dilaporkan berkata urus niaga itu hampir dilaksanakan semasa 1MDB mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) semasa penubuhannya pada awal 2008, namun ia tidak diteruskan ekoran beberapa masalah. Tambahnya lagi, “... ini salah satu sebab saya dimarahi Perdana Menteri termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri. 

Kini bekas MB Kedah yang juga ADUN Ayer Hitam, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa pada 11 April 2014, 1MDB dan Dusable, firma tenaga yang diketuai oleh Frank White Jr, penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat telah memeterai perjanjian usahasama untuk pembangunan projek tenaga solar sebanyak 50MW di Malaysia. Beliau berkata demikian dalam sidang media di persidangan DUN Kedah semalam. 

Jadi, Nawawi Langkawi janganlah terlalu ghairah membuat 'political diversion' demi survival politik sendiri hingga tergamak kaitkan KDYMM YDP Agong sebagai MO1.

Mungkin cita-cita boleh besar tetapi jangan sesekali menjadi pembohong besar. Bukan saja berdosa, tetapi juga merendah-rendahkan institusi paling tinggi di negara ini. Seperti status dimuatnaik seorang facebooker hari ini, jika di Thailand agaknya Nawawi mungkin didakwa atas kesalahan 'Lesse Majeste' (menghina kedaulatan Raja).

Jika niat untuk bergelar mike bravo begitu bergelora sekalipun, tunggulah sehingga Bashah menyerah kalah. Kenapa perlu sejauh itu mengheret institusi istana dan Ketua Negara ke kancah yang tidak begitu sukar difahami? Fahami makna Head of Goverment (HOG) dan Head of State (HOS) terlebih dahulu sebelum melontarkan kenyataan kerana damage yang bakal diterima amat melukakan.

Sejarah membuktikan institusi istana belum lagi sampai ke tahap melangkah masuk wilayah pengurusan negara secara langsung apatah lagi melibatkan bidang perniagaan yang diuruskan oleh GLC. Laporan-laporan juga secara terbuka dan jelas menyebut ciri-ciri Mike Oscar One yang sedikitpun tidak berkaitan dengan KDYMM YDP Agong. 

Lidah lebih kurang hampir sama panjang tapi kemampuan jilat lain-lain. Namun, jangan lah sampai mencecah lantai! Meneka MO1 tidaklah sebegitu sulit berbanding mencari bulu-bulu dan spesimen air mani satu ketika dulu. Oleh itu, sepanjang-panjang lidah dimiliki, panjang lagi kisah MO1 ini.

Comments

Popular Posts