MISKIN
Salam,
1. Aku sebenarnya cukup kagum dan teruja dengan idea-idea dan ucapan bersahaja mantan Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid. Banyak buku-bukunya menjadi koleksi aku bukan hanya kerana aku sudah 'tidak siuman' dengan buku, tetapi atas kekaguman aku dengan analogi-analoginya dan hujahnya yang santai. Semasa bertugas dulu, rumahnya di Jalan Sultanah seringkali aku lawati dan di rumah itu jugalah lokasi perpustakaan beliau. Aku semakin bersemangat untuk turut memiliki buku-buku hebat dan menjadi inspirasi untuk turut memiliki perpustakaan sendiri untuk sekurang-kurangnya tidak terlalu jumud dalam berfikir. Untuk mengejar pemikiran beliau agak mustahil jika diambil tempoh hayatnya dan bermulanya usaha beliau menggali ilmu berbanding aku.
2. Dalam bukunya 'Perjuangan Belum Selesai', terdapat ucapan beliau yang agak menarik iaiatu, "Miskin ini macam cinta, macam sakit, macam pedih dan macam benci. Miskin ini alam rasa. Orang tidak boleh mengarang fasal cinta sehingga orang yang membacanya merasa syok sama seperti cinta sebenar. Orang tidak boleh mengarang fasal sakit sehingga kita yang membacanya merasa pedih dan hendak pitam sebab terasa sakit. Macam itu jugalah orang tidak dapat merasa sedap kalau tidak merasanya sendiri dan orang yang tidak tahu pahitnya miskin kecuali dia pernah miskin. Syukur alhamdulilah pemimpin-pemimpin kita ada yang pernah miskin...". Apakah kini kita mempunyai pemimpin sedemikian? Jika tidak, apakah mereka bersedia dan mampu memberi pelayanan kepada mereka-mereka yang miskin sepertimana sumpah dan janji ketika bersumpah jawatan bersaksikan kitab suci Al-Quran?
3. Memang benar kata-kata Sanusi bahawa hanya yang pernah miskin akan dapat merasa apa yang dirasai oleh orang miskin dan hanya yang pernah susah mampu memahami kesusahan yang dihadapi orang susah. Ucapan beliau ini sudah lama dibuat dan ketika itu tidak ramai pemimpin utama negara yang lahir dan datang daripada keluarga kaya. Tetapi kini, kekuasaan hanya berlegar di sepanjang koridor kuasa dan elit politik serta bangsawan yang membuat penerjunan payung terjun dari langit dewata, lahir dari pintu dan tingkap bertatah intan berlian. Apa mungkin dapat mereka merasai dan memahami kepayahan serta derita bernama 'miskin'? Ucapan dan kata-kata tidak perlu dijadikan sandaran kerana pemabuk yang sebelah malam berkubang di dalam kolam todi pada sebelah siangnya melakonkan watak imam, pemuda ashabul kahfi, kiyai dan bermacam lagi watak. Budak despatch boleh melakon watak sebagai pengurus besar atau CEO dalam syarikat-syarikat besar. Oleh itu, apalah nak dihairankan jika pemimpin berucap bahawa beliau mendengar rintihan rakyat, beliau dapat merasa denyut nadi rakyat dan berbagai lagi?
4. Seperti apa yang disebut Goenawan Mohamad dalam bukunya Catatan Pinggir (Caping 1, h. 184), "Kita tak jadi bijaksana, bersih hati dan bahagia karena membaca buku petunjuk yang judulnya bermula dengan "How to"...Kita harus terjun kadang hanyut, kadang berenang dalam pengalaman. Kita harus berada dalam perbuatan, dalam merenung dan merasakan dalam laku. Ujian dan hasil ditentukan di sana ". Semuanya akan menjadi 'real' dan penuh 'feel' jika mereka yang beretorika itu melaluinya secara nyata. Seperti mahasiswa yang berjaya menggenggam segulung ijazah tetapi hasil ciplak dan curang ketika belajar tidak akan mendapat nikmat bergelar mahasiswa dan tidak akan mampu beroleh keyakinan apabila masanya sampai untuk berdepan masalah yang bersangkutan.
5. Seringkali rakyat dibaham kemunafikan pemimpin akibat sifat-sifat murni yang ada pada mereka seperti kasihan, limpahan nilai saling memaafkan, percaya kepada kata-kata permohonan maaf dan janji-janji sintetik pemimpin. Akhirnya, kelemahan ini dijadikan senjata untuk menguliti, memperkosa dan meliwat kepercayaan yang diberikan oleh rakyat. Mereka secara terang-terang melakukan pembohongan kepada rakyat tetapi sekelip mata ianya dimaafkan dan dilupakan oleh rakyat dan lebih malang apabila ada yang mempertahankan kebejatan pemimpin-pemimpin korup lagi jahat.
6. Sebenarnya, orang jahat dan zalim tetap akan muncul dan berada di sekeliling kita. Jangan sampai kita menghempas batu dan besi di kepala kerana gagal menyelesaikan masalah orang jahat dan zalim. Kita hanya perlu renungkan kata-kata Saidina Ali bin Abi Thalib yang berbunyi, “Kezaliman akan terus ada, bukan kerana banyaknya orang-orang jahat. Tapi kerana diamnya orang baik”. Oleh yang demikian, apakah diam itu pilihan terbaik? Tidak diam tidak bererti kita memilih jalanraya dan pendekatan keras yang hanya merugikan rakyat dan negara, tetapi bersuara menyatakan kebenaran agar rakyat faham di mana sebenarnya merekaberada samada hanyut di tengah lautan pembohongan atau sudah hampir dengan Segitiga Bermuda. Dayung Sudah di Tangan, Perahu Sudah di Air, maka pilihan sekarang di tangan masing-masing. Tepuk Dada Tanya Iman.

Wallahualam
~: Sani :~
~: Sani :~
Comments
Post a Comment