Antara Doraemon, ketidakwajaran dan yang diwajarkan
Salam,
1. Setiap musibah yang datang, pastinya diiringi hikmah yang amat besar buat setiap manusia. Impak banjir terburuk sejak tahun 1967 di negara kita baru-baru ini masih kuat melekat di minda seluruh rakyat khususnya mangsa-mangsa yang terlibat. Mereka terpaksa melalui detik-detik paling mengerikan dan traumanya sehingga kini pastinya terus berbekas.
4. Oleh yang demikian, sekiranya hasil laporan post mortem menunjukkan bantuan sukar sampai kepada mangsa-mangsa, maka rencanakan supaya peruntukan membeli bot amfibia dibuat seberapa segera bukannya menukar kenderaan mewah untuk pembesar-pembesar agensi kerajaan dan pemimpin politik, membeli helikopter yang boleh mendarat di permukaan air bukan jet peribadi, membeli bot-bot pengangkut untuk memindahkan mangsa bukan kapal selam yang tidak mampu menyelam, membeli keperluan rakyat bukannya membeli-belah di luar negara, membuatkan rakyat sayang kepada pemimpin bukannya mengambil hati pemimpin luar.
5. Dalam situasi begini, kita bukannya berada dalam filem Doraemon robot kucing di mana Nobita boleh meminta apa saja dari Doraemon apabila berdepan masalah. Setiap kali Nobita berdepan masalah, maka Doraemon akan menjadi tempat pergantungan untuk menyelesaikan masalah. Kita hidup dalam alam nyata bukan fantasi seperti Nobita. Alam fantasi sering diteduhi hal-hal yang indah namun di alam realiti, kita tidak lepas dari masalah dan penyelesaiannya juga harus sesuatu yang 'real' bukannya angan-angan. Doraemon hanya dimunculkan untuk membantu Nobita bukannya membantu rakyat dan Perdana Menteri bukannya Doraemon malah sedikit menghampiri watak Giant yang sering membuli Nobita.

2. Kata Confucius,"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.". Oleh yang demikian, jadikanlah banjir yang menguji ketabahan mangsa-mangsa banjir dan juga petugas-petugas ketika dan pasca banjir baru-baru ini sebagai iktibar yang amat bermanfaat pada masa hadapan. Sesungguhnya, pasca banjir telah menyerlahkan keikhlasan di pihak pemerintah samada di peringkat pusat mahupun negeri, parti-parti politik, NGO dan juga rakyat secara umumnya. Malah, ujian ini juga turut membongkar kemungkaran. Kemungkaran tidak harus di lihat dari lensa politik semata-mata kerana seperti yang kerap diulang-ulang adalah kerakusan kerajaan negeri dalam soal pembalakan haram di negeri Kelantan. Bagaimana dengan peranan Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Daerah, SPRM serta rakyat yang tinggal di kawasan terlibat dengan pembalakan haram? Dalam mencari kebenaran, sifir politik tidak harus dijadikan sandaran kerana antara sifir politik dan sifir matematik jauh jurang kebenaran dan kepastiannya. Sifir politik penuh dengan unsur-unsur abstrak sehingga angka-angka boleh berubah menjadi huruf.
3. Pastinya post mortem akan atau sedang dibuat bagi mengenalpasti punca dan kaedah penyelesaian masalah yang dihadapi sepanjang musibah melanda negara. Namun jangan pula sampai sesudah dibuat, laporan post mortem seperti sebelum ini hanya menjadi perhiasan almari, kabinet atau laci-laci di pejabat-pejabat sehingga berlaku lagi musibah yang sama dengan siaran ulangan bertali-arus. Sampai bila akan digunakan saranan dan penemuan dalam laporan post mortem tersebut? Pintu tidak memerlukan laporan post mortem untuk dijadikan sendal, bontot bukan tempatnya untuk diberalaskan laporan itu dan nasi lemak juga masih banyak kertas yang boleh dijadikan bungkusan selain laporan itu.
4. Oleh yang demikian, sekiranya hasil laporan post mortem menunjukkan bantuan sukar sampai kepada mangsa-mangsa, maka rencanakan supaya peruntukan membeli bot amfibia dibuat seberapa segera bukannya menukar kenderaan mewah untuk pembesar-pembesar agensi kerajaan dan pemimpin politik, membeli helikopter yang boleh mendarat di permukaan air bukan jet peribadi, membeli bot-bot pengangkut untuk memindahkan mangsa bukan kapal selam yang tidak mampu menyelam, membeli keperluan rakyat bukannya membeli-belah di luar negara, membuatkan rakyat sayang kepada pemimpin bukannya mengambil hati pemimpin luar.
5. Dalam situasi begini, kita bukannya berada dalam filem Doraemon robot kucing di mana Nobita boleh meminta apa saja dari Doraemon apabila berdepan masalah. Setiap kali Nobita berdepan masalah, maka Doraemon akan menjadi tempat pergantungan untuk menyelesaikan masalah. Kita hidup dalam alam nyata bukan fantasi seperti Nobita. Alam fantasi sering diteduhi hal-hal yang indah namun di alam realiti, kita tidak lepas dari masalah dan penyelesaiannya juga harus sesuatu yang 'real' bukannya angan-angan. Doraemon hanya dimunculkan untuk membantu Nobita bukannya membantu rakyat dan Perdana Menteri bukannya Doraemon malah sedikit menghampiri watak Giant yang sering membuli Nobita.
6. Sebagai pemimpin yang mewakili rakyat dan mendapat segala keistimewaan serta upah daripada rakyat yang menjadi pembayar cukai, maka adalah menjadi kewajipan buat semua pemimpin untuk melayan dan membantu rakyat sesuai dengan bidang dan kepakaran masing-masing. Ketepikan ego dan kepentingan diri dan insyallah rahmat dari Allah akan melimpah-limpah bukan saja untuk rakyat, bahkan untuk pemimpin dan keluarga mereka. Jauhi sikap mementingkan diri dan suku-sakat serta menghampiri sifat otoriter mahupun diktator. Menurut Amien Rais dalam bukunya Menyembuhkan Bangsa Yang sakit (Yayasan Bentang Budaya, Jogjakarta, 1999), "Setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap amanah yang dibebani atas bahunya. Sesungguhnya, Allah Dzat yang menggenggam kekuasan. Engkau (Allah) titipkan kekuasaan itu kepada sesiapa pun yang Kau kehendaki malah Kau juga mencabut kekuasaan bagi siapa yang Kau kehendaki, dan Engkaulah yang berkuasa atas segala sesuatu. Jadi dengan demikian, tidak ada diktator, atau orang zalim, otoriter yang tidak jatuh. Sejak dari zaman Fira'un yang gagah perkasa, sampai Hitler, Mussolini sampai Shah Iran, Marcos, Mobutu hingga Soeharto, semuanya jatuh. Jadi semua orang yang berkuasa dan lupa daratan, seorang yang telah terbuai kekuasaan, maka semua kekuasaannya akan dicabut oleh Allah swt dalam tempoh sekejap saja".
7. Nasihat tidak semestinya datang daripada penasihat rasmi yang mendapat upah bahkan mungkin nasihat daripada kami yang tidak berbayar ini lebih bernilai keikhlasan untuk kebaikan pemimpin. janganlah ia dilihat sebagai ancaman atau permusuhan kerana yang bermusuh dan pengancam tidak akan sesekali menceritakan yang benar kecuali buih-buih kepalsuan yang akan memenuhi rongga mulut mereka yang berbau bangkai dan nanah. Anggaplah nasihat kami yang hina ini sebagai simbol kasih sayang dari rakyat kepada pemimpin walaupun tidak beralaskan dulang emas dan permata. Semoga pemimpin dan rakyat dapat bersama-sama membawa negara keluar dari kemelut musibah ini dengan jaya dan bergaya. Anda tidak perlukan jawatan jika mahu menjadi pemimpin (Anthony J.D'Angelo).
Wallahualam
~: Sani :~
Comments
Post a Comment