Jika slogan rakyat didahulukan, inilah masanya!
Salam,
1. Genderang perang semakin kuat dipalu, mangsa banjir terus menangis. Jika tidak menangis dengan jatuhan airmata, pastinya tangisan di dalam hati seakan lautan bergelora dipukul badai. Tukang pukul genderang perang masing-masing memalu sekuat-kuat hati untuk membuktikan bahawa bunyi pihak yang paling kuat itulah pihak yang menang dan berjaya menundukkan musuh.
2. Namun, buat rakyat, genderang perang tidak penting, yang penting adalah keperluan mereka dapat sampai walaupun tidak seperti sebelum musibah melanda. Soal kepartian sudah tidak lagi relevan ketika ini buat mereka kerana dalam situasi seperti ini, kemanusiaan mendahului segala-galanya. Semakin hebat riuh pihak bertelagah berbalah, semakin menambah kebencian mereka kepada pihak-pihak terbabit.
3. Kemanusiaan tidak mengenal bangsa, agama, jantina, umur, manusia atau haiwan apatah lagi parti mana yang diwakili. Kemanusiaan adalah raja segala perasaan. Kemanusiaan diperintah oleh pemerintah yang mendiami istana keadilan yang ditumpahkan dari langit kepada insan-insan terpilih. Lantaran itulah tidak semua manusia bernafas kemanusiaan dan ada sebahagiannya nafas dan denyut nadinya tidak ubah seperti binatang. Berbicara penuh dengan kemunafikan dan bertindak lebih licik dari belut.Pemimpin-pemimpin di Malaysia selalu menjadi chameleon (cicak kameleon) yang dapat mengubah warna pada masa dan tempat yang berbeza-beza. Untuk manusia, jika disebut cicak kameleon, kiasannya adalah seseorang yang bercakap dan berkelakuan mengikut khalayak dan perkelilingan. Buat sesetengah orang disebut sesumpah. Spesis seperti ini sepatutnya berkata seperti apa yang pernah disebut oleh Jean Cocteau penulis Peranchis, "Saya seorang pembohong yang bercakap benar". Apakah ini sebenarnya yang didambakan oleh rakyat? Sementelah pada detik-detik kritikal seperti yang dihadapi oleh mereka ketika ini.
4. Politik pencitraan ada ketikanya menghiburkan, tetapi dalam banyak keadaan ia amat membosankan dan terlalu menyakitkan hati. Pemerintah pusat dan negeri-negeri yang dilanda musibah, sebaik-baiknya elakkan pertembungan kepentingan dalam soal kerjasama membantu rakyat sekiranya ikhlas. Tidak timbul soal tidak boleh bekerjasama dalam soal ini kerana masing-masing mempunyai bidang kuasa tersendiri dan adalah sesuatu yang normal untuk bekerjasama antara kerajaan dan kerajaan hatta antara kerajaan pusat dan negeri. Tidak perlulah dibangkitkan soal 'kerajaan campuran' pada ketika ini kerana akan timbul refleksi ketidakikhlasan dalam menghulurkan salam persahabatan dan bantuan. Rakyat seluruh negara memerhatikan sandiwara yang sedang hangat dipentaskan ketika ini. Mereka tidak mudah diheret dalam perang propaganda mana-mana pihak. Biarkan saja Ifa Raziah dengan lakonan panasnya yang memanaskan pentas Gegar Vaganza sementara politikus tidak perlu menikus sebaliknya tampil dengan aksi budiman agar rakyat jatuh kasih dan cinta tanpa dipaksa.
5. Tanggungjawab dari sekecil-kecilnya sehinggalah yang besar tetaplah tanggungjawab. Pemerintah pusat laksanakan tanggungjawab dalam skop pusat dan negeri dalam lingkungan negeri dan insyallah hasilnya akan memberi manfaat kepada seluruh mangsa banjir baru- baru ini. Seperti kata mantan Presiden Amerika John F.Kennedy, "Walaupun perbezaannya kecil, namun tanggungjawabnya jelas". Tanggungjawab adalah kembar kepada pangkat dan jawatan yang disandang. Ia tidak pernah bercerai tetapi hanya dikhianati. Oleh itu, kenapa mesti menepuk-nepuk dada dan bersorak kitalah yang membantu atau memberi ihasan kepada rakyat? Bukankah itu amanah dan tanggungjawab buat setiap pemimpin yang dipilih ataupun yang dilantik? Rasanya, benar seperti apa yang diungkapkan oleh Buya Hamka, "Hairan melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya. Memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya. Menggosok kasutnya tetapi tidak akalnya".
6. Walau dari parti politik mana sekalipun kamu datang, kamu itu adalah pemimpin yang mewakili rakyat. Upah dari wang pembayar cukai untuk kamu nikmati dan hidup wajib dibalas semula melalui pelayanan kamu kepada rakyat yang menjadi pembayar cukai. Seharusnya kamu mahir dalam soal kepimpinan dan berilmu untuk membolehkan kamu berkeupayaan menuntaskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kamu. "Dia yang hendak memimpin orang lain haruslah mahir memimpin dirinya sendiri terlebih dahulu" seperti kata Philips Massinger (1583-1640) pengarang drama Inggeris. Malah, pada suatu ketika Aristotle pernah ditanya bagaimanakah besarnya perbezaan antara orang yang berilmu dan yang tidak berilmu. Dia menjawab, "bezanya seperti orang yang hidup dan orang yang mati". Untuk itu, yang hidup aksinya harus hidup sebelum aksi mati sudah di muka pintu.
Wallahualam
~: Sani :~

Comments
Post a Comment