IKHLAS
Salam,
1. Siang tadi saya sempat menonton pertengahan kisah dalam drama yang ditayangkan di TV3. Yang menarik dan mencuit hati saya bagaimana seorang lelaki yang berhenti solat di masjid dan teman wanitanya atas alasan uzur menunggu di dalam kereta. Kisah ini mengingatkan saya kepada seorang teman yang menceritakan kepada saya bagaimana dia memikat bekas teman wanitanya. Setiap kali keluar, dia akan berhenti solat di masjid samada teman wanitanya solat atau tidak hingga mencairkan hati teman wanitanya itu. Katanya kepada saya, itulah taktik paling berkesan memikat wanita. Akhirnya, alkisah maka berpisah mereka setelah kisah sebenar terbongkar dan dia dengan bangga memberitahu dia tidak rugi apa-apa dan yang rugi adalah teman wanitanya.
2. Moral apa yang dikisahkan adalah tentang 'ikhlas'. Sesungguhnya ikhlas tidak mempunyai wajah untuk dinilai samada yang kacak atau cantik itu ikhlas dan yang hodoh dan buruk itu semestinya tidak ikhlas. Ikhlas juga tidak mempunyai bau-bauan samada wangi atau busuk, tidak dapat didengari samada yang berbisik tidak ikhlas dan yang kuat bunyinya itu ikhlas. Amat sukar meramal keikhlasan melainkan tuan tubuh dan Allah swt serta para malaikat yang ditugaskan mencatat setiap perbuatan manusia. Mungkin hari ini seseorang kelihatan amat ikhlas membantu sedangkan itu adalah umpan yang akan merejam mangsa hingga lemas tidak bermaya kemudian hari. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Hanya wujud yang ada tapi amat sulit untuk dilihat.

3. Sudah berapa ramai yang menjadi mangsa berpunca daripada kata 'ikhlas'? bukan satu, dua atau tiga, mungkin jutaan ataupun berbilion manusia menjadi mangsanya. Apatah lagi dalam arus kehidupan politik, sukarnya tidak dapat dibayangkan bagaimana keikhlasan mampu dijelmakan. Bersorak dan memuji mengharapkan laba, menangis meraung mengalahkan India kehilangan anak semuanya dusta, bersalam dan mencium tangan bagaikan bertemu Nabi junjungan, musim pilihanraya tanpa malu dan segan ke hulu ke hilir siang dan malam tanpa bosan dan semuanya difahami rakyat dan bawahan bahawa ia hanya sebuah tontonan. Oleh yang demikian, biar nama, muka, dan bentuk tubuh tidak enak dilihat tetapi jika tidak banyak, sedikit sekalipun biarkan 'ikhlas' bertakung di dalam jasad manusia. Allah tidak memandang amalan yang banyak, tetapi Allah melihat amalan yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu rahasia Allah. Jadikan ikhlas itu sebagai teman yang sentiasa menemani kita samada ketika susah mahupun senang ataupun ketika berdepan dengan penguasa yang zalim mahupun amanah. Ikhlas akan menjadi senjata mengangkat darjat seseorang manusia hatta dia tidak lagi menduduki tangga atas status sosial, tidak berharta ataupun wang ringgit. Kebaikan kita mungkin akan dilupakan orang, tapi tetaplah berbuat dengan ikhlas. Perbuatan yang ikhlas itu ada di antara kita dan Allah.
Wallahualam
SANI
Wallahualam
SANI
Comments
Post a Comment