Saiz Bukan Ukuran, Yang Penting....
Salam,
1. Membaca buku Sejenak Dengan Sulaiman Alias terbitan "K" Publishing & Distributors Sdn Bhd (Kuala Lumpur) dan dicetak pada tahun 1990 adalah sesuatu yang cukup menarik. Setiap bab yang diketengahkan mempunyai gaya tersendiri dengan mesej yang pelbagai mengikut kemahuan pembaca untuk mentafsirkannya.
2. Dalam satu bab bertajuk "UMNO punya bangunan Ibupejabat paling besar di dunia", ia seolah-olah menyedut satu pencerahan baru kepada saya tentang UMNO samada dari sudut jasadnya, penghuni-penghuni dan juga roh yang bergentayangan di dalamnya. Menurut penulis buku ini, UMNO mempunyai bangunan Ibupejabat terbesar di antara parti-parti politik di dunia. Kenyataan ini membuktikan bahawa bangunan UMNO menewaskan saiz Ibupejabat Parti Republikan mahupun Demokrat di Amerika Syarikat, Ibupejabat Parti Konservatif atau Parti Buruh di Britain, Ibupejabat Parti Kongres di India mahupun Ibupejabat Golkar di Indonesia ketika itu. Apatah lagi nak dibandingkan dengan Ibupejabat parti-parti politik di Sri Lanka, Kenya atau Sweden. Apakah saiz menentukan kehebatan dan kecemerlangan khidmat sesebuah parti kepada rakyat yang diwakili mereka? Apakah jika Ibupejabat sesebuah parti politik itu kecil maka sumbangannya kepada rakyat juga kecil?
3. Mungkin persoalan yang bakal terpacul keluar dari hati dan minda kita perlukah ianya sebegitu besar? Mengikut penulis lagi, ianya sebagai membuat kenyataan ataupun pengakuan bahawa UMNO adalah sebuah parti terbesar dalam negara dan parti paling berkuasa selain atas alasan pelaburan dengan harapan mendapat pulangan munasabah kerana lot-lot pejabat perniagaan yang disewakan kepada mereka yang berhajat untuk menyewa. Sementelah juga dikatakan ia adalah pembakar semangat Melayu sebagai perangsang menandakan kebangkitan bangsa Melayu dalam bidang perniagaan. Berapa ramai ahli perniagaan bangsa Melayu yang berjaya dilahirkan oleh UMNO kerana kejayaan memiliki Ibupejabat terbesar?
4. Sulaiman Alias juga menyebut, "UMNO mempunyai sejarah yang luarbiasa kerana lahirnya dari dalam istana, menentang penjajahan sambil mempertahankan kedaulatan Raja-Raja dan akhirnya bekerjasama dengan kuasa Inggeris untuk mendapatkan kemerdekaan daripada mereka" (halaman 89). Sekurang-kurangnya saya faham kenapa UMNO sukar merasai kepayahan yang dilalui rakyat kerana lahirnya dalam istana dan kini pemimpin-pemimpin yang ada pula terdiri daripada elit politik yang lahirnya dalam dulang emas ketika ibubapa masing-masing bergelar pemimpin nombor satu negara atau setidak-tidaknya lahir di luar negara kerana bapanya adalah seorang diplomat dan bermertuakan pemimpin nombor satu negara. Apakah mereka ini dapat membayangkan keperitan yang dilalui nelayan, petani, penoreh getah, tukang sapu, tukang cuci, peniaga kecil yang kais pagi makan pagi dan kais petang entah dapat dimakan atau sebaliknya? Mungkin kerana itulah dasar dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh mereka tidak mencerminkan naluri dan kepayahan rakyat. Hanya penyelam mengetahui tekanan air di bawah perut lautan bukannya pelancong yang hanya mengocak permukaan air dengan kaki sambil duduk di atas jeti.
5. Namun demikian, diawal penubuhannya, UMNO masih lagi mampu mempamirkan kesederhanaan dan penampilan yang sesuai dengan rata-rata rakyat yang ada dan menjadi wakil bangsa Melayu yang miskin ketika itu kerana pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu majoritinya masih lagi tidak kaya-raya seperti sekarang. UMNO ketika itu belum membeli jenama 'boros' dan menyarung jaket 'pembaziran' kerana kekurangan dana sehingga ketika itu (1957-1965), untuk membayar gaji kakitangan yang bekerja di Ibupejabatnya pun kadang-kadang berdepan masalah. Tetapi kini, semuanya sudah berubah sesuai dengan laungan transformasinya. Jika dahulunya yang hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sekitar tahun 1960 banyak yang bermotosikal, bas sewa khas, menumpang kereta Mini Minor atau Ford Perfect kepunyaan Ketua Perwakilan dan menginap di rumah saudara-mara di Kampung Baru atau hotel-hotel murah sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, kini bersahabat dengan teman bernama 'mewah' dan 'selesa' di hotel-hotel mewah 5 dan 6 bintang sehingga berbintang-bintang sebaik melangkah keluar dari hotel selepas PAU. Sebaik sampai di kampung halaman, bintang ke mana, bulan kemana dan matahari sekalipun malu untuk menjengah.
6. UMNO dan Melayu itu sinonim walaupun tidak kesemua ahlinya itu Melayu kerana terdapat juga bumiputera Siam dan etnik lain di Sabah. Walaubagaimana ramai sekalipun Melayu, biarlah jumlah yang banyak itu bukan yang bermasalah dan hidup dalam kepayahan. Sedikit yang baik lebih baik dari banyak yang rosak. Bangsa Melayu diakui jumlahnya mengatasi jumlah bangsa lain di negara ini tetapi palah ertinya jika ia hanya ibarat buih di lautan yang cepat hilang dengan sendirinya.
7. Pemimpin bangsa Melayu menjadi orang besar di bumi Melayu dan kita harus akur bahawa jika berbuat salah juga kesalahannya juga pasti besar. Jangan pula menjadi orang besar tetapi hanya mengambil tanggungjawab kecil dan kesalahan yang besar pula dikecilkan. Ungkapan "berubah jika tidak mahu diubah", "Hidup Melayu" dan "Takkan Melayu Hilang di Dunia" wajib diterjemahkan pada tindakan bukan hanya dalam tenggorok. Jika hanya bertempik dalam tenggorok, ia hanya umpama minuman Pepsi lama dituang dalam botol baru. Perlu diingat, apabila kita berada pada kedudukan seorang pemimpin, kata-kata mutiara yang dihadam di kalangan anggota tentera, "Tidak ada perajurit yang buruk. Yang ada adalah komander yang buruk". Jika buruk rakyat, buruk ahli parti sebenarnya ia dalah refleksi betapa buruknya pemimpin negara dan juga pemimpin parti.
8. Kata-kata yang sering dirujuk tentang peraturan antara pemimpin dengan yang dipimpin bahawa (rule 1) "The boss is always right. If the boss is wrong, see rule no 1 (rule 2) sudah sewajarnya dicampakkan ke Segitiga Bermuda supaya terus hilang tidak kembali lagi. Ini kerana ia hanya menunjukkan bahawa tidak ada pemimpin yang keliru ataupun salah dan tidak ada komander yang boleh dipersalahkan. Sedangkan seperti yang disebutkan awal tadi adalah jika perajurit buruk sebenarnya berpunca daripada komander yang buruk. Pendirian saya cukup jelas, "My loyalty to my party ends, when my loyalty to my country began".
Wallahualam
SANI

Comments
Post a Comment