Politik Marhaban
Salam,
1. Perhimpunan Agung UMNO 2014 baru saja berlalu. seperti biasa, gahnya ucapan perwakilan tidak pernah berkurang malah setiap kali PERGUNG, maka setiap kali itulah munculnya wira-wira dan wirawati tak kira yang tua, muda, lelaki dan wanita dengan pelbagai bentuk kemunculan mereka. Semuanya hebat-hebat belaka dengan madah, seloka, pantun dan lawak jenaka bagi memeriahkan pesta memuja-memuji pemimpin. Laungan Hidup Melayu!Hidup Melayu! Hidup Melayu! tetap bergema walaupun Melayu di luar sana entah hidup entah mati atau hidup seakan-akan mati dan setengah mati. Buat mereka, yang lebih penting adalah merayakan Perhimpunan Agung UMNO sepuas-puasnya. Tambang, penginapan dan makan minum telah diberikan maka tanggungan yang perlu ditunaikan adalah bersorak-sorai dan dikir-barat dengan lirik 'standard' upacara pemujaan pemimpin.
2. Ada seorang sahabat yang turut hadir ke PERGUNG kali ini memberitahu bahawa majoriti perwakilan sebelum ke PWTC sudah beberapa hari berlatih dengan tekun dan membuat 'rehearsal' bertepuk beramai-ramai serta membeli krim penahan sakit bimbang berlaku kecederaan tapak tangan akibat terlalu kuat bertepuk. Alangkah terujanya mereka untuk berhimpun dan mengadakan 'Intellectual discourse' demi mempertahankan nasib bangsa Melayu. Perwakilan dan pemerhati bukan Melayu dalam UMNO pun 'sakan' pakat lawan tepuk sehingga berdarah-darah tapak tangan. Tetapi mungkin berbaloi jika boleh membuat tuntutan insuran akibat kecelakaan tangan.
3. Aktiviti tepuk menepuk dan bersorak-sorai telah agaknya sampai ke tahap memualkan sehingga memaksa Najib menggelar 'bangang' kepada blogger UMNO sendiri tetapi tetap mendapat tepukan. Alangkah 'pelik bin ajaib' perwakilan yang ada termasuk yang digelar bangang. Teringat kisah dulu-dulu apabila bos bermain badminton tetapi gagal mengambil bulu tangkis sekalipun tetap mendapat jeritan dan tepukan sambil terjerit-jerit "hebat Dato'!" Kegilaan apa sebenarnya yang cuba ditonjolkan apabila aktiviti mengipas mengambilalih tampuk rasionalisma?
4. Najib dalam PERGUNG yang baru selesai berhimpun telah menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang UMNO dan pemimpinnya atas alasan “friendly fire". Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka. Tambah Najib, “Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang!” Rupa-rupanya blogger-blogger ini dibayar walaupun apa yang ditulis dalam blog itu kebanyakannya adalah hasil 'salin dan tampal' dari blog blogger lain serta akhbar-akhbar online. Patutlah Najib bengang kepada 'bangang-bangang' yang dilabel bangang itu. Katakanlah apa saja walaupun apa yang diucapkan itu boleh dikategorikan 'terlajak bangang' tetapi tetap mendapat tepukan gemuruh dan sorakan hikmat.

5. Perhimpunan kali ini dan sebelumnya tidak lebih kepada 'politik marhaban'. “Marhaban” bermaksud sebagai “kata seru untuk menyambut atau menghormati tamu yang berarti selamat datang. Marhaban diambil dari kata rahb yang berarti “luas” atau “lapang” dan marhaban menggambarkan bahawa tetamu disambut dan diterima dengan dada lapang, penuh kegembiraan serta dipersiapkan baginya ruang yang luas untuk melakukan apa saja yang diinginkannya. Wah! kena sangat dengan apa yang dilakukan dalam perhimpunan itu dengan melakukan apa saja yang dingini mereka di dewan super luas. Boleh menghentam orang itu dan ini, boleh mencerca orang itu dan ini tanpa bimbang akan Akta Hasutan yang dipertahankan oleh semua perwakilan dalam perhimpunan ini walaupun entah faham entahkan tidak akta tersebut. Semuanya telah dibekalkan dengan jaket keselamatan dan suntikan 'imuniti' tidak akan disabitkan dengan apa-apa kesalahan hatta apa yang diucapkan itu ternyata menghina para ustaz dan ustazah, agama dan menyuntik bahang perkauman dengan jelas. Yang penting adalah 'marhaban'.
6. Lakonan sebenarnya adalah penipuan yang dilakukan untuk tujuan menghiburkan penonton. Realitinya pelakon bukanlah seperti apa yang dilakonkannya. Ada pelakon kaki tunggang arak menjadi seorang ustaz yang alim dan warak, ada yang perengus dan baran melakonkan watak sotong yang jelas adalah menipu. Begitu juga dengan lakonan-lakonan yang dilakonkan dalam perhimpunan dan dipancarkan oleh stesen-stesen TV untuk tatapan rakyat. Ianya untuk menghiburkan rakyat atau untuk tujuan apa? Ada perwakilan dari sebuah negeri dengan lantang mencabar musuh politik di luar dewan dengan menuduh kekuatan politik dan ekonomi orang Cina di Pulau Pinang berpunca dari aktiviti ekonomi haram seperti perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan. Dakwaannya itu samada benar atau hanya fitnah sudah tentu mencerminkan dia seorang yang bersih, suci dan pembenci kemaksiatan. Namun, sisi gelap sejarahnya pernah terpalit dengan laporan polis berhubung kes jenayah rogol. Apa jadi dengan kes tersebut sehingga kini tidak pula diketahui. Ada yang pernah berkepit dalam gambar dengan GRO di pusat hiburan karaoke tetapi berdegar-degar cakap soal agama dan pertahankan isu Kalimah Allah, yang menghina ustaz dan ustazah ekspres juga apa kurangnya dengan orang yang dihinanya? Pakaian sarung nangka walaupun bertudung tidak akan dapat membersihkan diri kita hanya dengan menghina orang lain yang sudah berhijrah. Semua ini menunjukkan pemimpin di semua susun lapis organisasi hanya melakonkan watak cerdik, warak dan semua elemen positif untuk menipu rakyat. Dalam bukunya 'Nama Tuhan di Sebuah Kuis', Prie GS berkata bahawa "Berbahaya sekali jika hubungan rakyat dan pemimpinnya adalah hubungan saling menipu. Siapa sebenarnya yang memulai, rakyat yang memang gemar menipu atau pemimpin yang gemar menipu?" Bagaimana pandangan pembaca?
7. Oleh itu, jangan kita sesekali menipu rakyat. Kita mungkin dapat menipu seseorang tetapi tidak mungkin dapat menipu semua orang. Kita juga boleh menipu sesekali tetapi tidak akan dapat menipu orang setiap kali. Pemimpin seharusnya membina kepercayaan rakyat kepada mereka serta menanamkan rasa kasih sayang antara pemimpin dan juga rakyat. pemimpin tidak semestinya sentiasa berada di sisi rakyat kerana kasih sayang itu berlaku secara semulajadi tanpa paksaan. Tambah Prie GS lagi dalam buku yang sama, "Aku percaya, untuk jatuh cinta rakyat dan pemimpinnya tak perlu berdekatan karena kebaikan akan tetap terasa walau kita saling berjauhan".
8. Marhaban marhaban juga, meh kita sama-sama mengalunkan marhaban untuk pemimpin yang dapat datang dengan hati yang ikhlas, jujur dan amanah dengan bersama-sama rakyat untuk membina sebuah bangsa dan negara yang aman, makmur dan terus merdeka jiwa dan minda.
Wallahualam
SANI
Comments
Post a Comment