Negara Bukan Milik Seseorang

Salam,


1. Sesebuah negara tidak harus menjadi milik seseorang. Malaysia dengan rakyatnya yang lebih 30 juta orang apakah mampu diselesaikan segala urusan oleh seseorang dan keluarganya sahaja ataupun sukusakatnya sahaja?

2. Negara ini tidak dirancang untuk melindungi minoriti, negara ini tidak dirancang untuk melindungi majoriti, tetapi dirancang untuk melindungi setiap warga negara Malaysia. Tidak kira darah apapun yang kamu miliki, keyakinan dan agama apapun yang kamu pegang, bangsa dan etnik apapun kamu warisi, bahasa apapun kamu tuturkan, kamu mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan perlindungan daripada pemerintah. Tidak mungkin urusan sebesar Malaysia ini diselesaikan oleh satu orang, satu keluarga, suku sakat, dan juak-juak yang tetap menjadi penjilat tegar hingga mati.

3. Kita harus mencari kepimpinan yang mengajak setiap dari kita sama-sama menyumbangkan kejayaan dan kecemerlangan negara. Malaysia ini milik kita semua bukan milik seseorang dan keluarga. Jadi marilah sama-sama kita menjayakan aspirasi yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, makmur dan berdaulat. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Salam Perjuangan / Selamat Malam

SANI



Comments

Popular Posts