Melayu? Salah siapa kalau bukan Melayu begitu?

Salam,

Pada 27 Februari 2014 dilaporkan rakyat Malaysia sudah mencecah 30 juta orang. Sekarang dengan jumlah 30,261.7 juta orang, 15,231.6 juta orang adalah Melayu, Bumiputera lain 3,572.0 juta orang, Cina 6,584.7 juta orang, India 1,972.6 juta orang, Lain-lain 263.4 ribu orang dan Bukan Warganegara 2,637.5 juta orang. 

Dengan jumlah orang Melayu lebih 15 juta orang dan hampir 2.4 kali ganda jumlah kaum Cina, dan hampir 8 kali ganda kaum India masih boleh Melayu meraung-raung mereka ditindas dan menjadi mangsa Bukan Melayu? Kenapa berlaku sedemikian rupa? Siapa yang menizinkan Bukan Warganegara berada di negara ini hampir mencecah 2.7 juta orang melebihi kaum India? Jika kaum India ada MIC, PPP, IPF dan parti multi-kaum seperti DAP dan PKR, apakah Bukan Warganegara tidak mungkin satu hari nanti juga akan mendesak menubuhkan parti politik mereka sendiri di negara ini? Mendesak untuk jawatan senator seperti dibuat IPF dalam perhimpunan agungnya hari ini dan dirasmikan Najib? Salah siapa? 

Pokok tumbang kura-kura pun memanjat. Itulah analogi yang dapat diungkapkan setakat ini. Jika Melayu dengan jumlah yang masih jauh dari sudut angka mengaku ditindas dan dirampas haknya, apa akan jadi dengan jumlah yang kian mengecil? Di mana janji pemimpin-pemimpin Melayu sebelum ini yang bersumpah dengan pelbagai sumpah untuk pertahankan hak dan maruah bangsa Melayu, agama dan tanahair? ABATA hanya ulam untuk dikunyah sebelum diludah seperti sireh dan pinang? 

Cermin muka baru menjerit Wahai Pemimpin Melayu yang mengkhianati bangsa sendiri tetapi menyalahkan bangsa lain? Buat bangsa Melayu yang terus menjadi pecacai dengan upah sireh pinang yang diludah sedarlah!

Salam perjuangan!!

Comments

Popular Posts