Protagonis vs Antagonis
Salam,
1. Dalam setiap filem, drama, teater, bangsawan termasuklah wayang kulit dan wayang pacak pastinya wujud watak-watak Protagonis (tokoh yang memegang watak baik) dan Antagonis (tokoh yang memegang watak jahat). Kedua-duanya menentukan jatuh bangun kisah yang dipaparkan serta untung rugi filem, drama atau apa saja bentuk lakonan kehidupan.
2. Dalam realiti kehidupan kita sekarang, apakah agaknya watak yang kita pegang dari lensa mata orang lain kerana sudah pasti diri sendiri akan meletakkan diri mereka sebagai protagonis yang menentang habis-habisan antagonis. Apakah dengan menegur pemimpin dan pemerintah yang sudah tersasar daripada janji-janji dan sumpah ketika menerima amanah jawatan itu sudah dikira sebagai antagonis dan yang membela pemerintah sedemikian merupakan protagonis?
3. Garis pemisah protagonis dan antagonis teramat tipis jurangnya kerana takrifan itu bergantung di mana seseorang itu berpijak dalam wilayah pemikiran kelompoknya. Sama seperti takrifan pengganas dan pejuang kebebasan yang begitu subjektif sehingga masing-masing mencabar satu sama lain untuk dilabel sebagai pejuang kebebasan. Pejuang kebebasan bagi rakyat palestin dianggap pengganas oleh rakyat dan pemerintah rejim Zionis sepertimana juga pejuang pemisah di Selatan Thailand, Filipina, Kashmir dan yang sama bentuk perjuangan mereka dianggap pengganas oleh rejim pemerintah di sana.
4. Oleh yang demikian, apabila rakyat bangun bersuara tentang ketidakadilan sosial, ekonomi dan politik, ketirisan, ketidakcekapan pemerintah mentadbir negara, urustadbir yang lemah dan yang berkaitan dengan kegagalan pemerintah menguruskan negara, jangan pula ianya dianggap sebagai tindakan antagonis kerana mereka juga pada masa tidak berharap untuk digelar sebagai protagonis. Yang menentang dan menghukum rakyat bersuara itu sewajarnya memerlukan Muhasabah (proses menghitung atau menghisab diri) dan Muraqabah (merasa diri diawasi dan diperhatikan oleh Allah swt).
7. Seperti kata Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza dalam blognya Minda Tajdid bertarikh 21 Februari 2013, "Ini boleh diibaratkan macam pemberian wang bantuan oleh sesebuah kerajaan kepada rakyat. Pemberian itu bukan semestinya menggambarkan cinta kerajaan kepada rakyat. Boleh jadi ia sekadar nafsu ingin berkuasa dan pemberian itu demi melangsaikan kehendak dirinya. Rakyat yang menerima bantuan juga bukan semestinya mencintai kerajaan yang memberi. Dia sudi menerima kerana merasakan itu haknya, ataupun dia memerlukannya tapi jiwanya mungkin menyumpah dan menyampah. Persis seperti hubungan antara suami isteri yang hidup dalam keadaan keterpaksaan tapi penuh kebencian."
1. Dalam setiap filem, drama, teater, bangsawan termasuklah wayang kulit dan wayang pacak pastinya wujud watak-watak Protagonis (tokoh yang memegang watak baik) dan Antagonis (tokoh yang memegang watak jahat). Kedua-duanya menentukan jatuh bangun kisah yang dipaparkan serta untung rugi filem, drama atau apa saja bentuk lakonan kehidupan.
2. Dalam realiti kehidupan kita sekarang, apakah agaknya watak yang kita pegang dari lensa mata orang lain kerana sudah pasti diri sendiri akan meletakkan diri mereka sebagai protagonis yang menentang habis-habisan antagonis. Apakah dengan menegur pemimpin dan pemerintah yang sudah tersasar daripada janji-janji dan sumpah ketika menerima amanah jawatan itu sudah dikira sebagai antagonis dan yang membela pemerintah sedemikian merupakan protagonis?
3. Garis pemisah protagonis dan antagonis teramat tipis jurangnya kerana takrifan itu bergantung di mana seseorang itu berpijak dalam wilayah pemikiran kelompoknya. Sama seperti takrifan pengganas dan pejuang kebebasan yang begitu subjektif sehingga masing-masing mencabar satu sama lain untuk dilabel sebagai pejuang kebebasan. Pejuang kebebasan bagi rakyat palestin dianggap pengganas oleh rakyat dan pemerintah rejim Zionis sepertimana juga pejuang pemisah di Selatan Thailand, Filipina, Kashmir dan yang sama bentuk perjuangan mereka dianggap pengganas oleh rejim pemerintah di sana.
4. Oleh yang demikian, apabila rakyat bangun bersuara tentang ketidakadilan sosial, ekonomi dan politik, ketirisan, ketidakcekapan pemerintah mentadbir negara, urustadbir yang lemah dan yang berkaitan dengan kegagalan pemerintah menguruskan negara, jangan pula ianya dianggap sebagai tindakan antagonis kerana mereka juga pada masa tidak berharap untuk digelar sebagai protagonis. Yang menentang dan menghukum rakyat bersuara itu sewajarnya memerlukan Muhasabah (proses menghitung atau menghisab diri) dan Muraqabah (merasa diri diawasi dan diperhatikan oleh Allah swt).
5. Jika diimbas kembali titik perjalanan sejarah lampau, ketidakadilan dan kezaliman membiak kerana tidak wujud lagi ruang bersuara dan semua manusia yang ada hanya mendiamkan diri terhadap apa saja yang berlaku samada baik atau buruk pada zaman itu. Kepincangan dan kelemahan pemimpin serta kerajaan tidak boleh lagi ditegur dan dibetulkan malah mempertahankannya. Sementelah dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 baru-baru ini, sayap wanitanya menyeru kerajaan melucutkan kerakyatan dan mendakwa sesiapa saja yang menegur Perdana Menteri (PM) dan juga kerajaan pimpinannya. Apakah kritikan terbuka Mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Najib dan kerajaannya juga perlu dikategorikan dalam kelompok yang sama? Kemaksuman hanya milik eksklusif para Nabi dan Rasul dan tidak sesekali ada pada manusia lain. Rakyat tidak menganjurkan tindakan subversif, menganjurkan demonstrasi besar-besaran untuk menggulingkan kerajaan. Mereka hanya berharap rintihan mereka didengari jika telinga masih berfungsi dan naluri kemanusiaan masih hidup dan tidak lebih dari itu. Tidak akan ada manusia yang rasional menari-nari kegembiraan apabila pengumuman harga barangan, perkhidmatan dan bahanapi dinaikkan. Malah mustahil bagi manusia yang berakal memuji-muji serta bertepuk tangan kepada pemerintah yang gagal mengawal inflasi dan membendung masalah sosial, keselamatan, ekonomi dan politik. Saidina Ali bin Abi Tholib menyebut "Kezaliman akan terus ada, bukan kerana banyaknya orang-orang jahat. Tapi kerana diamnya orang-orang baik".
6. Rakyat sudah tidak lagi kisah samada mereka berada dalam kandang protagonis atau antagonis kerana apa yang lebih signifikan adalah pemerintah dapat membantu rakyat meredakan kemeluapan bahang kesengsaraan ekonomi yang membungkus mereka. Dengan kuasa dan autoriti yang dibekalkan kepada pemerintah sebaik menerima jawatan yang disandang itu, Bantulah mereka kerana rakyat adalah amanah pemerintah daripada Allah swt.
8. Membantu rakyat biarlah atas dasar keikhlasan dan amanah kerana dari situlah lahirnya cinta dan kasih sayang rakyat kepada pemerintah. Apabila rakyat dan pemerintah berkongsi rasa dan pola fikir yang sama, akan tumbuhlah rahmat kasih sayang dan bertahan dan mempertahankan pemerintah tanpa paksa. Tambah Dr Maza lagi, "Demikianlah pemimpin yang berkongsi perasaan dan keadaan rakyat. Maka dari situ suburlah cinta dan setia antara rakyat dan pemimpin. Teruruslah negara, hidupkan kedua pihak dalam keadaan cinta dan setia. Pemimpin bukan pelacur yang menjual diri untuk mendapat upah. Pemimpin tidak boleh menipukan rakyat dengan pemberian yang mengkaburkan untuk mendapatkan undi sedangkan kesemua itu tidak dibina atas cinta dan kejujuran terhadap negara."
9. Mudah-mudahan samada rakyat dan pemerintah kesemuanya tergolong dalam kelompok protagonis dan secara tidak langsung watak antagonis sudah tidak diperlukan lagi. Namun, apakah itu hanya akan menjadi realiti atau kekal sebagai fantasi? Jika kita tidak ingin dikritik dan marah jika itu berlaku kerana menganggap kita semua tahu, maka fahamilah bahawa, "mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul". Jika pemimpin tidak berada pada kapasiti sebagai pemerintah negara, sudah pasti rakyat tidak akan mengkritik pemerintah kerana tidak akan ada kesan langsung kepada mereka. Pemerintah dan kerajaan dikritik kerana apa saja yang mereka lakukan akan memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka. Oleh itu, jika merasa menjadi pemerintah dan kerajaan itu terdedah pada risiko dikritik dan dicemuh sehingga membebankan jiwa dan minda pemimpin, bertukar profesion adalah cadangan yang sesuai kerana tidak lagi berdepan dengan rakyat. Pemerintah berdepan dengan rakyat, penoreh getah berdepan dengan pokok getah, nelayan berdepan dengan lautan dan ikan, peniaga berdepan dengan pembeli. Masing-masing ada pelanggan masing-masing. Jika memilih menjadi peniaga paling lebih dimaki hamun pelanggan kerana tidak puashati terhadap layanan dan harga yang diberi, menjadi nelayan paling tidak menerima teguran dari samudera bergelora dan penoreh getah menerima teguran dari alam yang menurunkan hujan, Pilihlah apa yang terbaik buat diri sendiri tetapi harus akur dengan kesesuaian fitrah jawatan atau amanah yang dipikul kerana setiap darinya bersekongkol dengan risiko masing-masing.
Wallahualam

SANI
Comments
Post a Comment