SAKIT PUN TAK MAMPU
Salam,
1. Atmosfera negara ketika ini agak membimbangkan. Yang sedang sakit bertambah sakit, sementara yang sihat jatuh sakit. Yang amat sihat menjadi kurang sihat dan yang benar-benar sihat jumlahnya umpama sungai di musim kemarau yang panjang.
2. Ketika menulis, saya membayangkan betapa sembelitnya situasi ekonomi rakyat sehingga setiap detik berdoa agar tidak ada sesiapa di kalangan ahli keluarga atau diri sendiri jatuh sakit. Jatuh sakit bermakna jumlah wang di saku juga jatuh. Dihurung penyakit bermakna ekonomi diri dan keluarga yang sedia tenat akan bertambah uzur sehingga boleh membawa gelaran penghuni keranda.
3. Apa tidaknya jika kos membeli ubat, keperluan sebagai pesakit termasuk tongkat dan tilam pesakit, kos berulang-alik ke hospital untuk fisioterapi, makanan yang sesuai dengan pesakit dan bermacam-macam lagi bahana yang mengintai. Itu belum lagi diambil kira jika memerlukan penjaga pesakit dan jika tidak pastinya salah seorang terpaksa berkorban untuk berhenti kerja untuk menjaga orang sakit. Alangkah sedihnya membayangkan keadaan begitu membelenggu kita yang sudah jatuh dihempap 'crane'.
4. Doa tolak penyakit agaknya menjadi pilihan utama di kalangan doa-doa yang ada dan buat ustaz-ustaz dan ustazah merangkap pelawak jangan lupa selitkan lawak yang bertaut dengan kisah ini untuk menjadi santapan hadirin bagi memenuhi akaun bank para ustaz dan ustazah. Pandangan saya lawak seperti ini akan jadikan hadirin tak kering gusi walaupun hakikatnya amat memilukan.
5. Sakit akan sembuh dengan bantuan ubat-ubatan. Dan sakit akan menjauh dengan gaya hidup sihat. Tetapi, sejauh mana kita mampu untuk menyediakan gaya hidup sihat jika kehidupan masa kini sudah umpama ayam 'kais pagi makan pagi, kais petang makan malam?' Masalah dengan masyarakat kita yang rumah kata roboh, kubur kata tunggu dulu ini adalah, 'saat di mana kita merasa sakit, itu adalah saat tepat untuk berkomitmen memulai hidup sihat'. Sedangkan ketika itu juga saku bergemerincing wang syiling dan wang kertas hanya milik orang lain dan menjadi penunggu bank-bank simpanan kapitalis dengan jumlah bilion dan trilion.
6. Inilah kehidupan maha adil ala penyamun yang sedang dilalui oleh manusia-manusia takut untuk sakit bukan kerana penyakit tetapi eknomi yang sakit. Sememangnya, orang kaya juga tak mahu sakit apatah lagi yang papa kedana dan miskin tentu sekali amat takut dihinggap penyakit. Jika diberi pilihan, alangkah baik mati dari sakit kerana sihat juga akan mati dan sakit juga menuju destinasi sama. Mungkin kata-kata ini akan disalahtafsir sebagai kurang akal dan menghampiri kufur, tetapi realitinya, umum sememangnya berfikiran begitu jika hipokrasi bukan mainan mereka. Akhir kalam, memang nyata 'sakit pun tak mampu'.
Wallahualam.
SANI

Comments
Post a Comment