ALASAN PINTU PEMBOHONGAN

Salam,

Alasan mengurangkan subsidi yang sekaligus telah menaikkan harga diesel dan petrol dikatakan bagi mengelakkan penyeludupan bahanapi itu kerana harganya lebih murah berbanding negara jiran. Harga murahlah didakwa menjadi punca bahanapi diseludup jika kenyataan pemimpin dihadam. Jadi ini puncanya? Tambah mereka lagi, warga asing pun mendapat nikmat tersebut. Jika kita ke negara luar, apakah kita dihalang daripada menikmati barangan dan perkhidmatan yang terdapat di sana?

Jika begitu, punca rogol adalah kerana adanya kemaluan, maka buang saja kemaluan, puncanya nafsu, maka buang nafsu. Pencuri mencuri barang-barang berharga atau mahal. Jangan beli barangan berharga atau mahal nanti akan dicuri. Tetapi, tau pulak orang kaya dan pemilik tempat menjual atau simpan barangan berharga gajikan pengawal keselamatan. Buat apa gajikan pengawal keselamatan? Elak daripada pencuri mencuri. Kenapa dalam soal penyeludupan, kita sudah ada UPP, PGA, Kastam dan berbagai agensi di sempadan masih bolos? Jika bolos kenapa perlu ada agensi-agensi ini? Jika pengawal keselamatan asyik tidur atau makan rasuah hingga tempat dikawal masih jadi sasaran pencuri, apa tindakan kita? Jawab dengan ikhlas! Syarikat kawalan keselamatan dan pengawal pastinya akan dipecat atau diganti.

Kenapa tidak tindakan serupa diambil terhadap agensi di sempadan? Kenapa mencari jalan pintas untuk menghukum rakyat bukan saja beban kenaikan harga bahanapi, tetapi kesan langsung terhadap kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Inilah namanya "alasan pintu pembohongan".

Rakyat semakin cerdik tapi pemimpin semakin bodoh dan jahat. Sumpah dan ikrar sebaik diangkat sebagai pemimpin termasuk memegang AlQuran hanya jadi tradisi bukan ikrar dan sumpah suci muslim yg takut akan siksa mengkhianati amanah rakyat.

Wallahualam

SANI



Comments

Popular Posts