JAHAT LEBIH BAIK DARI LEBIH JAHAT?
Salam,
1. Malaysiakini semalam dengan tajuk 'Rafizi: Najib pembuli lebih besar' agak menarik perhatian saya yang buta politik kerana lebih ramai yang celik. Beritanya berbunyi "Rafizi Ramli (PKR-Pandan) hari ini membidas BN yang mendakwa PKR dan DAP membuli PAS. Menurutnya, layanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap MCA membuktikan bahawa Najib adalah 'pembuli' yang lebih besar.
1. Malaysiakini semalam dengan tajuk 'Rafizi: Najib pembuli lebih besar' agak menarik perhatian saya yang buta politik kerana lebih ramai yang celik. Beritanya berbunyi "Rafizi Ramli (PKR-Pandan) hari ini membidas BN yang mendakwa PKR dan DAP membuli PAS. Menurutnya, layanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap MCA membuktikan bahawa Najib adalah 'pembuli' yang lebih besar.
2. Kenyataan dibuat Rafizi seolah-olah mengiakan tindakan PKR membuli PAS walaupun dalam kuantiti yang kecil. Setitik pun arak, dan setong pun arak. Haram tetap haram. Nampaknya 'denial syndrome' sudah makin menjadi-jadi dan bertambah pekat dalam lingkungan politikus yang menikus dan bersembunyi di sebalik kesalahan pihak lain. Apakah rakyat memerlukan pemimpin dan parti politik seperti ini?
3. Rakyat sebenarnya lebih memerlukan pemimpin dan parti politik yang baik dan lebih baik, bukan pemimpin dan parti politik yang sedikit jahat berbanding yang lebih jahat. Tindakan pihak lain meneguk dan menunggang ratusan botol arak tidak menghalalkan segelas arak yang kamu minum. Jika sebelum ini jawapan yang dibalas menteri kabinet Najib umpama keldai jatuh telaga buruk, rupa-rupanya pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga tidak kurang handalnya berlumba-lumba untuk menjadi keldai. Paling tidakpun berhajat menjadi lembu dan unta agaknya.
4. Sedih apabila Pengarah Strategi parti politik berhujah sedemikian rupa dalam situasi rakyat mendambakan ulul amri yang mampu melantunkan cahaya pencerahan. Patutlah orang lama-lama menyebut, "dia tu habih pandai dah tu!". Rupa-rupanya habis pandai nampak bodoh la dibuatnya. Kita tidak mengharapkan semua pemimpin terlalu pandai kerana sifat manusia itu sendiri kurang sempurna. Namun, jangan pula terlajak bodoh kerana jika itu berlaku, ada baiknya yang dipimpin mufarakah dan mengambilalih kedudukan ulul amri tersebut. Sudah gaji dan elaun dirembat, hasil kerja pula umpama 'jebon kena cekik'.
5. Rasanya sudah sampai masa untuk rakyat menegur dan mengkritik pemimpin yang hipokrit tanpa melihat jubah dan serban atau jubah dan bentuk jilbab malah yang tidak berjilbab dan berjubah sekalipun apabila mereka sudah meminggirkan kepentingan rakyat dan lebih mementingkan uncang ufti serta harta karun, maka wajar sekali di'lesing' saja pemimpin begitu.
6. Seperkara lagi adalah tentang tindakan membolot harta negara. Segala isi bumi dan laut yang berada dalam wilayah Malaysia adalah hak bersama dan bukan milik eksklusif mana-mana individu atau kelompok. Lihat saja apa berlaku dengan tarif elektrik yang setiap beberapa bulan dinaikkan tanpa restu rakyat dan hanya berpandukan perjanjian yang entah rakyat mana yang faham. Alasan 'retro' yang digunakan adalah IPP sebagai punca dan ini merupakan tindakan 'punching bag' terhadap IPP. Harga bahanapi naik kata mereka menjadi punca TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik akibat penggunaan gas atau bahanapi lain. Sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak yang secara tidak langsung akan turut mengeluarkan gas. Kenapa tidak dibantu pembekal IPP dengan bahan itu untuk mengurangkan tarif yang terpaksa dipikul rakyat? Apakah emas hitam yang digali itu hanya milik kepala-kepala masam dalam parti politik dan tidak boleh dinikmati oleh rakyat? Jangan bertindak umpama penyamun yang menyamun licin segala apa yang ada selagi boleh dilihat dan didengar. Ini sudah merampas jawatan Kasim Baba nampaknya.
7. Berbagai ungkapan retorik dicanang untuk halwa telinga rakyat tetapi sebenarnya masuk angin keluar asap. Masyarakat Madani, Kempimpinan glokal dan goblok juga turut disembur di sana-sini sedangkan apa yang berlaku adalah masyarakat yang tersepit antara mulut buaya dan mulut naga. Cakap biar serupa bikin dan jangan diandaikan rakyat itu bodoh kerana rakyat yang bodoh itulah yang melahirkan pemimpin seperti kamu wahai ulul amri. Kata Leroy Eimes, "Pemimpin adalah mereka yang mampu melihat lebih banyak dari orang lain, yang mampu melihat lebih jauh daripada orang lain, serta mampu melihat segala sesuatu sebelum orang lain." Jika rakyat atau yang dipimpin mempunyai ciri-ciri disebutkan Eimes, maka jangan malu-malu untuk mencari pintu keluar secepat mungkin dari menghabiskan masa di kerusi empuk dan menghitung dosa-dosa sebagai pemimpin. Ingat akan pesan Rasulullah Muhammad SAW, "Ketahuilah! Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggung-jawaban atas kepemimpinan-mu."
Wallahualam
~ Sani ~
Comments
Post a Comment