MALAIKAT MUNKAR NAKIR
Satu ketika saya dihubungi PA MB Perlis maklumkan saya MB nak jumpa. Saya kebetulan tengah siap2 nak masuk mesyuarat dengan Ketua Polis (KP) pagi itu. Saya ke pejabat KP dan maklum beliau saya hantar wakil mesyuarat pagi ini sebab MB nak jumpa. KP pun cakap it's ok.. dia MB aku apa sangat.. hehe perli la tu.. padahal saya tak peduli pun MB ka sapa. Cuma ingat ada hal penting saja sebab nampak macam urgent.
Sampai pejabat MB terus PA diabagitau "MB tengah tunggu tuan tu kat dalam. Nak minum apa?" Saya cakap tak payah lah.. saya akan minum di luar sekejap lagi. Masuk saja MB tersengeh (tak sengeh pun serupa saja MB Perlis ni) dan dia kata dok tuan.. Saya tanya DS apa habaq? Dia kata ok saja.. Nak tanya tuan ni betoi dak.. Saya kata apa dia.. Ada orang lapor kat saya kata tuan cakap saya jenih takut dan tak reti buat keputusan. Saya cakap saya tak perlu nafi sebab pastinya yang lapor tu lebih hebat dari saya sebab tu DS percaya. Dia kata sebab saya tak percaya saya tanya tuan. Saya kata kalau tak percaya patut ignore saja DS. Dia kata nak confirm saja.
Saya kata, ramai rakyat Perlis dan pemimpin selalu cakap dan mengadu pada saya DS jenis tak reti buat keputusan, takut buat keputusan. Ini jawapan saya pada depa, "MB ni bukan tak buat keputusan, takut atau tak reti buat keputusan. Dia buat keputusan la tu.. DIA BUAT KEPUTUSAN UNTUK TIDAK BUAT KEPUTUSAN".
Betoi ka tuan jawab macam tu? Tanya MB lagi.. saya kata ya.. kalau tak percaya tak apa la.. Ada apa lagi DS? Tak ada apa dah dan dia hadiahkan sebuah buku dia beli di KL sebab dia tau saya suka buku. Saya pun minta diri untuk balik pejabat. Sambil keluar saya kata kat MB, "DS jangan lupa peringat balik yang habaq kat DS benda tu apa saya bagitau ni ya!" MB kata dia buat dah.. tak habih2 perli.. Saya senyum dan keluar pejabat dia.. PA dia tanya Ok tak? Jawab saya OK la.. MB semua OK cuma dia DIA SUKA BUAT KEPUTUSAN UNTUK TIDAK BUAT KEPUTUSAN.. PA dia kata "meluat tuan loyar buruk!"
Balik pejabat KP panggil tanya sebab MB panggil.. Ishh takut sangat depa ni.. saya habaq semua benda tu dia kata mana boleh cakap dengan MB macam tu.. itu tak hormat namanya.. saya kata apa tak hormat.. hormat la tu.. Hormat Panglima dalam padang kawad Dato'.. dia kata ikut suka hang lah..
Prinsip saya mudah saja... semua orang ada hak untuk menjawab atau tidak.. di dunia ni kita punya pilihan untuk menjawab atau sebaliknya bergantung kepada keselesaan kita. Nanti dah masuk kubur masa tu tak ada pilihan. SOALAN YANG WAJIB JAWAB CUMA SOALAN MUNKAR NAKIR...

Comments
Post a Comment