KORUPSI


Bila bercakap soal Islam dan Al Quran dahsyat! Cakap soal integriti bermacam agensi ditubuhkan dengan menambah beban rakyat menanggung semua itu. Tapi apalah guna jika menjadi penyokong bermati-matian koruptor! Negara umat islam ramai di dunia tapi di sinilah korupsi subur. Negara yang minimum korupsi atau hampir sifar bukan negara umat Islam ramai.

Ya, adalah mustahil untuk menghapuskan korupsi 100%, namun ia harus dibanteras sekeras2nya untuk kebaikan semua. Ia bukan sahaja memberikan impak negatif kepada organsisasi itu sendiri, malah kepada seluruh masyarakat.

Jika kerajaan sesebuah negara itu dibelenggu korupsi, rakyat lah yang akan menjadi mangsa. Lihat kedudukan CPI terkini.

1. Denmark (CPI: 90)
2.New Zealand (CPI : 90)
3.Finland (CPI : 89)
4.Sweden (CPI : 88)
5.Switzerland (CPI : 86)
6.Norway (CPI : 85)
7.Singapura (CPI : 84)
8.Belanda (CPI : 83)
9.Kanada (CPI : 82)

Di manakah negara kita? Malaysia berada di kedudukan ke-55 dengan CPI sebanyak 49, di bawah negara-negara Afrika seperti Bostwana, Rwanda dan Namibia.

Comments

Popular Posts