BILA TUA DIJADIKAN MODAL POLITIK


Bila kita perhati semua kenyataan samada oleh pemimpin atau ahli serta penyokong UMNO, MCA, MIC termasuk PAS isu Tun M dipilih sebagai calon PM dalam konvensyen PH, maka kita dapati paling banyak alasan menghentam PH adalah faktor umur Tun M yang dihebohkan 93 tahun tu.

1. Najib muda sangat ka? uban penuh kepala dah..

2. Mana lebih baik yang muda tapi melingkup dengan tua tapi dapat perbaiki keadaan?

3. Negara2 maju seperti Jepun, di Timur Tengah, di Peranchis dll masih jemput Tun M beri ucapan dan pandangan tu dari lelaki berumur 93 tahun ni kira yang jemput tu bodoh sangat ka? Kenapa tak dijemput KJ yang muda, Najib yang kata muda, pemimpin PAS yang muda2 dah kata hebat sangat?

4. Kita tak samakan Tun M dengan Nabi tapi sebab nanti macai dan tukang spin akan kata kita taksub pada Tun M. Tetapi dalam konteks umur sebagai pemimpin dan para Nabi juga secara biologinya adalah manusia. Yang dok hentam Tun M dan PH isu calon PM ni ramai juga dari PAS yang cakap bab agama kalah para Nabi tapi apakah para Nabi itu berdakwah sehingga akhir hayat itu bukan pemimpin?

5. Nabi Adam ‘Alaihis Salam 1000 tahun boleh kata nyanyuk? Beliau bukan pemimpin? Nabi Idris ‘Alaihis Salam 865 tahun, Nabi Nuh ‘Alaihis Salam 950 tahun, Nabi Hud ‘Alaihis Salam 464 tahun, Nabi Shalih ‘Alaihis Salam 180 tahun, Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam 200 tahun, Nabi Isma’il ‘Alaihis Salam 137 tahun, Nabi Ishaq ‘Alaihis Salam 160 tahun, Nabi Ya’qub ‘Alaihis Salam 137 tahun, Nabi Yusuf ‘Alaihis Salam 110 tahun, Nabi Ayyub ‘Alaihis Salam 93 tahun, Nabi Musa ‘Alaihis Salam 120 tahun, Nabi Harun ‘Alaihis Salam 122 tahun, Nabi Dawud ‘Alaihis Salam 100 tahun, Nabi Sulaiman ‘Alaihis Salam 180 tahun, Nabi Zakariya ‘Alaihis Salam 300 tahun, Nabi Yahya ‘Alaihis Salam 95 tahun dan hanya Nabi Muhammad saw 63 tahun.

6. Kita lebih rela negara diterajui sementara oleh Tun M kerana negara sedang berdepan bala yang cukup teruk.. Siapa nak langsaikan hutang hampir RM1 trilion itu? PAS? Pencuri2?

7. Selama ini yang mencuri dan berpesta sakan duit subsidi, duit 1MDB, duit KWAP, KWSP, FELDA, LUTH dan KBS RM100 juta ni pemimpin 93 tahun dan yang tua2? Yang buat filem lucah hasil mencuri wang 1MDB tu tua ka muda?

8. Lebih baik tua berfikiran segar dari yang muda tapi jiwa dan minda kerepot. Lain lah makin tua makin menggatal hahaha... Ataupun dah tua bangka masih terhinggut-hinggut poco-poco dan joget siang malam hihi..

9. Tak perlulah asyik guna alasan Tun Mahathir perlu di tikar sejadah pada umur sekarang kerana apa yang dilakukan Tun jauh lebih mulia dari pencaci yang mengkhianati amanah diberi rakyat. Masuk dewan rakyat berkecuali dan menyokong pemimpin-pemimpin yang korup. Itukah akhlak Islamiyah?

10. Pesan orang tua " Jadilah seperti garam boleh mengawet ikan supaya ikan tidak busuk . Kalau tak mampu jadi garam, jangan pula jadi langau. Apabila langau hurung ikan , ikan akan busuk dengan cepat dan tidak berguna lagi". Sifat hasad dengki hanya akan memakan kebaikan seperti api memakan kayu. Jangan dikejar kekayaan yang hanya menjahanamkan si bodoh dan merosakkan si pandai.

Comments

Popular Posts