CALON PERDANA MENTERI KE 7 PAKATAN HARAPAN
Sepertimana yang sudah diumumkan dalam konvensyen Pakatan Harapan (PH) petang tadi, calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) adalah Datuk Seri Datin Dr. Wan Azizah Wan Ismail (DSWAWI) dan paling mendebarkan adalah calon Perdana Menteri (PM) yang akhirnya diumumkan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (TDM) bekas PM selama 22 tahun sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan selepas PRU14 nanti.
Mendebarkan kerana sebelum ini khabar angin ditiup kencang bahawa TDM tidak dipersetujui oleh DSAI dan PKR oleh musuh-musuh samada dalam selimut, luar selimut dan yang masih berselimut kerana belum bangun tidur bagi mengelakkan TDM dicalonkan. Matlamatnya adalah semata-mata bagi mengkucar-kacirkan PH kerana mereka amat sedar bahaya menanti sekiranya TDM mengambilalih jawatan PM, maka berbondong-bondong di kalangan mereka akan ditunjukkan jalan ke kandang pesalah dan berakhir di sebalik jeriji besi.
Saya amat bersyukur kerana semua pihak dalam PH memilih untuk mengenepikan persengketaan, kekecewaan, rasa marah dan dendam selama ini demi kepentingan rakyat. Mereka tahu dan penuh kesedaran bahawa kepentingan rakyat lebih penting daripada kekecewaan, dendam, rasa marah dan kepentingan peribadi kerana rakyat sedang berdepan petaka kehidupan berpunca daripada berketuakan pemimpin yang tidak amanah.
Mulai sekarang, jangan lagi kita berdolak-dalik dan menyangkal keputusan yang sudah dicapai dan begitu membimbangkan BN khususnya UMNO. Harus kita sama-sama akui bahawa tidak akan pernah ada satu keputusan pun pernah dibuat dalam sejarah berjaya dipersetujui oleh semua orang dalam kelompok besar begini. Jangan diambil pendekatan ‘Zero Sum Game’ seperti dalam perjudian. Yang menang, menang semua dan yang kalah, kalah semua tinggal celana kecil hingga silap langkah pulang rumah berlari sambil berbogel.
Anggap saja yang menentang keputusan itu tidak lain daripada musuh rakyat yang mendambakan perubahan rejim pemerintah yang sudah hilang kepedulian terhadap nasib rakyat (wong cilik) walaupun sering tampil dengan retorik yang menjengkilkan bahawa mereka itu peduli rakyat. Yang menentang dan menongkah keputusan itu boleh saja terdiri dari musuh peribadi atau teman akrab kita tetapi jika itu pilihan kamu, dalam soal kepentingan rakyat kamu semua adalah musuh kami dan musuh rakyat.
Sebaliknya jika kamu mendokong aspirasi rakyat ini, hatta kamu musuh kami tetap kami anggap kamu teman akrab dalam perjuangan dan hanya musuh peribadi yang tidak ada kena-mengena dengan kepentingan rakyat, negara dan masa depan generasi akan datang yang tidak berdosa.
Biar saja langau-langau menghurung bangkai walau apapun nada dengungnya kerana langau tetap langau. Lihat saja respon spontan pemimpin-pemimpin BN samada dari parti Melayu, India, Cina dan berjenama Islam tetapi masih mengaku pembangkang pun amat prihatin dengan keputusan menamakan TDM sebagai calon PM dan DSWAWI sebagai calon TPM PH.
Berbagai reaksi diluahkan terhadap langkah PH ini. Kenapa? Ia cerminan betapa ketakutan menyelubungi mereka yang sudah berada di tengah-tengah zon merbahaya menanti bala apa yang bakal didepani nanti. Calon UMNO di Langkawi, Putrajaya dan Kubang Pasu pula begitu celupar dalam isu ini kerana mereka lebih rela kalah daripada menanti kekalahan. Semua orang tahu bahawa penantian adalah suatu penyiksaan.
Seperti apa yang disebut oleh Saudara Lim Guan Eng, DAP sentiasa bersama DSAI dan kami tidak akan melupakan beliau. Tetapi, jika kita mahu menumbangkan BN, Kita perlu mengerahkan apa saja yang kita ada… Mereka yang dulunya musuh, kita mesti sanggup menerima mereka sekarang dengan hati terbuka demi menewaskan BN…”
Apakah ada harapan selain TDM memikul pencalonan sebagai calon PM untuk menumbangkan BN? Hanya dengan kemenangan PH saja harapan untuk DSAI kembali aktif dalam politik dalam tempoh singkat akan tercapai kerana undang-undang negara masih mengikat Anwar untuk terlibat dalam politik selama lima tahun selepas pembebasannya. Ramai yang samar-samar dalam isu ini sehingga lupa jerat yang dipasang gerombolan koruptor dan pemimpin korup lagi jahat yang sedang berhempas pulas mempertahankan baki kekuasaan.
Berhubung jumlah kerusi diperuntukkan kepada parti masing-masing juga jangan dijadikan alasan untuk sabotaj sesama sendiri kerana apalah maknanya banyak kerusi tetapi kalah? Perhitungan yang dibuat oleh Majlis Presiden PH dan barisan kepimpinan PH bukan dibuat secara sembrono kerana telah mengambil kira faktor menang-kalah dalam PRU14 nanti. Banyak tetapi kalah lebih baik sedikit tapi menang semua dan bakinya disempurnakan oleh pemain-pemain lain dalam PH.
Ia tidak ubah seperti bermain dalam perlawanan bola sepak, siapa sumbat gol gawang lawan tidak penting kerana jauh lebih penting adalah pasukan menang. Apabila tergila-gila nak menyumbat gol dibimbangi sudah hilang arah menyumbat gawang sendiri. Ingat pesanan Tan Sri Muhyiddin Yassin, semua calon tidak kira dari parti mana sekalipun mereka adalah calon PH jangan sesekali sabotaj mereka.
Biarkan S. Vell Paari anak lelaki bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu yang sudah ranum itu meroyan sehingga cuba memperbodohkan rakyat dengan memberi komen bahawa pencalonan TDM dilakukan kerana PH ketandusan pemimpin. Biarkan juga Rahman Dahlan kata lagi senang BN nak kalahkan Pakatan dengan terpilihnya TDM sebagai calon PM kerana dakwanya TDM diselubungi penuh dengan skandal rasuah (Dah banyak kenapa tidak dakwa di mahkamah kerana parti kamu kan sedang berkuasa penuh sekarang?).
'Malaysian Corrupt Association' (MCA) seperti disebut sebahagian penggemar twitter pula bermati-matian memperlekehkan keputusan konvensyen PH ini. Jika MCA begitu hebat, apa perlunya langkah 'Perdamaian' antara MCA dan GERAKAN yang kononnya berlaku atas inisiatif kedua-dua parti dan bukan arahan Pengerusi Barisan Nasional (BN)? Alasan Liow Tiong Lai bahawa usaha ini adalah bagi memupuk kerjasama antara parti komponen, sekali gus meletakkan masa depan rakyat melangkaui kepentingan peribadi tidak lebih dari kencing ke muka sendiri.
Jika tidak kerana gerun dengan keputusan yang dicapai oleh PH petang tadi, apa peri mustahaknya semua pihak dari BN khususnya UMNO menghalakan muncung meriam kepada PH khususnya TDM? Tidak gerun tetapi GELI? Biarkan.. biarkan semua Si Luncai terjun dengan labunya.
Seperkara yang agak sayu untuk sama-sama kita renungi dalam Konvensyen Pakatan Harapan kali ini adalah apabila seorang veteran tentera yang hadir meluahkan rasa kecewanya. Cuba kita dengar rintihan hati beliau, "Dulu kami lawan Komunis bermati-matian, Sekarang kerajaan berkawan dan menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Komunis." Ini bukan soal mengambil kesempatan, tetapi hakikat yang terpaksa dilalui semua pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang pernah berjuang ketika zaman pengganas komunis masih aktif. Tidakkah kita dapat merasai kesedihan pejuang-pejuang pasukan keselamatan terdahulu ini?
Bagi yang menggelupur dan meroyan bila TDM dicalonkan sebagai calon PM Pakatan Harapan jika menang PRU14, ingin saya sarankan kaedah mudah menggagalkan usaha TDM dinobatkan sebagai PM ke 7 nanti. Bertandinglah di mana saja TDM bertanding. Kemenangan kamu adalah kekalahan TDM sekaligus meranapkan TDM menjadi PM ke 7. Itukan lebih mudah dari meroyan dan menggelupur? Pesan saya buat semua yang membaca, ”Matahari terbit bukan karena ayam jantan berkokok, tetapi ayam jantan berkokok kerana matahari terbit”. Renung-renungkan…

Comments
Post a Comment