JIKA TAK TULAR, ULAR


Jika kita berfikir dan merenung banyak insiden berlaku di negara ini berpunca dari 'TULAR'. Jika tidak kerana tular, banyak yang mengular. Mereka lebih gerun tular dari ketua, majikan apatah lagi amanah yang digalas. Jika tidak tular pastinya mereka mengular. 

Ibaratnya pahat dengan penukul tak diketuk tak bergerak. Yang peliknya sebaik tugas itu selesai atau separuh selesai dilakukan, mengharapkan dipuji pulak kerana berjaya kononnya membanteras itu dan ini, menyelesaikan kes itu dan ini. Padahal jika tidak tular, tak akan dipedulikan kes-kes tersebut dan mereka sentiasa mengintai peluang untuk mengular. 

Jika tak ada CCTV PPIM rasanya sampai sekarang terkial-kial. Jika tak tular lelaki Cina dipukul bertalu-talu di hadapan anak dan isterinya sampai sekarang tak ditangkap syaitan tersebut. 

Pada bulan mei lalu tular pusat perjudian di Bandar Kinrara, Puchong yang video pekerjanya dirogol dua lelaki. Pusat ini kebetulan pusat perjudian haram. Tak tahu? Senyum sajalah dari menjawab.

Begitu juga dengan kes-kes buli pelajar yang banyak tular di media sosial sehingga ada yang menyebabkan kematian. Sedangkan umum mengetahui semua sekolah-sekolah ini mempunyai pegawai perhubungan sekolah terdiri daripada pegawai polis yang dijadikan bapa angkat sekolah. Di samping itu turut ada guru HEM atau HEP. 

Itu belum lagi kes-kes pembuangan sisa pepejal dan toksik, kewujudan kilang-kilang haram, pusat pelacuran dan perjudian serta banyak lagi. 

Ular-ular cukup gerun jika tular dan apakah ini yang seluruh rakyat harapkan dari sistem perkhidmatan awam dengan gaji dan elaun serta pelbagai kemudahan datangnya dari wang rakyat? 

Comments

Popular Posts