BANJIR


Bercanda itu tidak salah dan ianya sebahagian dari hal-hal menyuburkan hubungan sesama insan. Namun, seperti manusia, bercanda dengan alam juga punya batas2 yang perlu dihormati.

Seluas dan setinggi mana ilmu kita berhubung alam dan fenomena berkaitan dengannya? Keceluparan dan keghairahan berpolitik demi habuan dan laba tidak harus sampai mengorbankan hukum alam.

KIta tidak tahu berapa banyak jumlah air hujan yang turun dan tidak juga tahu ketinggian air pasang di lautan tapi demi meraih perhatian 'majikan' atau penabur dedak maka kita mempersendakan hukum alam.

Sejak awal banjir melanda Pulau Pinang saya melihat usaha memperlekehkan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP. Kerana apa? Kerana cemburunya kita pada pembangkang akibat gagal mendapatkan kembali negeri tersebut. Najib dan khadam2 peliharaan memainkan isu menang DAP berenang lah rakyat.

Isu banjir sebegini bukan bahan bercanda kecuali akibat banjir berlonggok-longgok batang balak di depan rumah atau di jalanraya yang membuktikan berlakunya pembalakan haram. Itu pastinya mengundang spekulasi dan persepsi negatif wujudnya pembalakan haram dan tindakan pejam mata.

Gara-gara persendaan isu banjir nampaknya samada secara kebetulan atau tarbiah secara tidak langsung Maha Pencipta kepada kita agar jangan terlajak bercanda dengan hukum alam. Berpolitiklah secara matang (Kata Politik Matang) dan berhemah dengan hujah-hujah dapat diterima rakyat untuk menangkis hujah lawan politik. Politik lawannya politik dan hujah lawannya fakta bukan mengaitkan berenang, merangkak dan 'menyuloq'.

Banyak hujah dan fakta yang lebih mampu dihidangkan pada rakyat untuk mendapat sokongan tetapi bukan sesekali bermain dengan musibah dari langit. Di negara maju seperti Jepun dan barat juga sering menerima kejadian banjir, gempa bumi dan tsunami tetapi mereka tidak menyalahkan pembangkang membawa sial kepada negara terlibat.

Fikir-fikirkanlah .. negara tidak akan maju selagi warganya berfikiran kolot dan tahyul malah lebih teruk bermain dengan isu keanak-anakan.

Cuba kita menungkan serangkap kata-kata Ebiet G. Ade, dalam lagu BERITA KEPADA KAWAN;

Barangkali di sana ada jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Comments

Popular Posts