SABOTAJ
As-Salam,
1. Nampaknya negara disabotaj lagi. Perkataan SABOTAJ ini lazimnya dikaitkan dengan ancaman keselamatan. Jika bukan keselamatan apa lagi yang dapat dikaitkan? Masakan perlu dikaitkan dengan BOTAK? Botak pemikiran mungkinlah jika tidak ditanam dengan ilmu. Kali ini SABOTAJ dikaitkan dengan kebocoran soalan kertas peperiksaan UPSR. Kasihan ibubapa dan anak-anak yang menduduki peperiksaan. Letih belajar dan mengulangkaji tetapi senang-lenang mereka yang mengkhianatinya. Bagi yang memang berdoa siang-malam untuk soalan bocor bertemulah buku dengan ruas.
2. Kebocoran kertas soalan peperiksaan UPSR baru-baru ini mencetuskan 'gempar' bukan kepalang walaupun hakikatnya ini bukanlah kali pertama ia bocor. Akhbar Berita Harian halaman 7 juga menyebut "Ini bukan kali pertama soalan bocor. Kita kena pastikan semua pihak terbabit dari pembuat soalan hinggalah ke sekolah ada integriti". Integriti bukan mudah untuk dimiliki kerana bukan gerai tepi jalan saja tidak menjualnya, malah gedung hipermarket dan mencakar langit juga tidak menawarkannya. Mencakar-cakar langit juga bukan kerja semua orang boleh buat kecuali ahli falsafah saja mampu menterjemahkannya sebagai realiti.
3. Maknanya, sudah menjadi pengetahuan umum ia sudah berulang kali 'bocor' samada UPSR mahupun SPM sebelum ini. Namun demikian, kenapa kali ini ia disebut SABOTAJ oleh orang nombor dua negara yang juga Menteri Pendidikan dan Menteri Pendidikan II Idris Jusoh kelam kabut dibuatnya? Apakah BOCOR sebelum ini bukan SABOTAJ dan hanya kali ini SABOTAJ?
4. Jika minum arak itu haram, minum sebelum ini dan minum hari ini atau esok tetaplah haram. Jika tindakan pembunuhan dengan mensasarkan orang awam itu ditakrifkan sebagai tindakan keganasan maka agama apa, bila, siapa juga samada individu, kumpulan ataupun negara juga adalah keganasan dan boleh dilabel sebagai StateTerrorism. Oleh itu, pandangan peribadi saya yang dzaif ini, jika kali ini dianggap SABOTAJ maka sebelum ini tidaklah boleh diketepikan juga ia adalah tindakan SABOTAJ.
5. Mungkin kali ini ditakrifkan SABOTAJ kerana Menteri Pendidikan dan Menteri Pendidikan II dikritik hebat sedangkan dulu hanya ibubapa dan pelajar yang jujur sahaja menjadi mangsa? SABOTAJ adalah SABOTAJ tanpa mengira siapa mangsanya. Jika rakyat bawahan memegang besi panas melecur tangan pastinya Pak Menteri juga melecur tangan jika memegang besi panas yang sama. Kecuali Pak Menteri sudah diresapi ilmu 'bomoh kokedai' hingga besi panas pula yang melecur sedangkan tangan sedingin embun pagi.
6. Sekiranya tindakan pencegahan dan langkah-langkah keselamatan mematuhi Standard Operational Procedure (SOP) yang telah digariskan dan ianya dipantau oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Pak Menteri yang juga Timbalan Perdana Menteri dibantu bekas Menteri Besar yang setangga bawah dari TPM pastinya kejadian ini tidak berlaku. Tidak mungkin KPM tidak mempunyai SOP?
7. Apabila ia sudah 'gempar' maka arahan siasat hingga ke lubang cacing bergema. Jika tidak 'gempar' lubang cacing hanyalah lubang hidung yang memerlukan jari untuk mengorek 'tahi hidung' yang tidak gatal menjadi gatal sekarang ini. Apakah Malaysia yang diwar-warkan akan mencapai negara maju tidak lama lagi ini hanya perlu melaksanakan GST untuk maju? Kegagalan seperti ini bukan elemen penting dalam mencapai negara maju? Sistem pendidikan yang kucar-kacir tidak memenuhi kriteria negara maju. Pendidikan penentu modal insan yang berdaya saing dan mampu melahirkan kepimpinan akan datang yang dihormati. Jika sistem pendidikan porak-peranda, modal insan yang akan lahir juga berganda-ganda porak-perandanya.
8. Jangan kerana jawatan menteri itu bertitik-tolak dari politik maka segala kerjanya dinilai melalui kayu ukur politik juga. Daki perlu dicuci bukan untuk dimakan. Oleh yang demikian, jika KPM berdaki, cucilah ia dan jangan ditelan walaupun kita sedang lapar. Tahap kebolehpercayaan pegawai perlu sentiasa diuji bagi menentukan tidak ada perubahan sikap yang sudah ternganga tetapi dianggap kemas tersimpan dengan baik. Kaedahnya perlu difikirkan oleh segala pemegang ijazah yang berlonggok-longgok dihimpun di KPM. Semua mereka dengan upah lumayan bukan diamanahkan rakyat untuk bersantai dan berzumba dengan mendengar nasihat profesor-profesor kangkung yang sering melagukan lagu 'bersangka baik' dan bersyukur atas keamanan yang kononnya tidak pernah lekang dari bibir 'kipas-kipas hikmat' yang berterbangan di sana sini.
9. Wartawan 999 sering mengakhir-kalamkan program itu dengan kata-kata "Jenayah Membawa Padah. Cegah Sebelum Parah". Oleh itu, ini adalah tindakan jenayah dan bukan 'inayah' (perlindungan) maka sudah tentu membawa padah yang memerlukan ia tidak berulang dan amat perlu dicegah. Luahan hati ini kerana rasa kasihan pada mereka yang sedang berdukacita dan lara berpanjangan. Jangan biarkan ia menghakis keyakinan rakyat kepada kerajaan kerana hakisan itu akan membenihkan kebencian dan kebencian akan mencetuskan persepsi buruk berterusan. Apabila sudah berterusan benci itu berkubang dalam hati, maka apa saja yang kerajaan nyatakan samada benar ataupun sebaliknya tetaplah SALAH. Ini yang harus dielakkan oleh setiap pemimpin dan kerajaan tidak kira di pihak mana sekalipun kamu berdiri. Janganlah pula saya dimusuhi hanya kerana saya bersuara sumbang seperti ini kerana suara saya sememangnya sumbang dan bukan suara Nabi Allah Daud yang paling merdu di dunia ini. Jika saya dimusuhi, pastinya apa yang saya cuba ketengahkan akan dilihat secara semborono dan tidak berguna. Kata Mat Saleh celup, "When you look at somebody as an enemy, you never look deep".
Wallahualam
SANI

Comments
Post a Comment