KUBUR INGATAN
Salam,
1. Ingatan tidak bisa dikuburkan selagi manusia masih bernafas atau sudah digomol penyakit 'nyanyuk'. Tidak kira atas apa alasan sekalipun, ingatan akan terus memahat goresan samada sebagai rekahan atau kata-kata yang membakar semangat pejuang-pejuang bangsa. "Apa penguasa kira ingatan bisa dikubur dan dibendung dengan moncong tank" tanya Wiji Tukul penyair tersohor dan menjadi pembakar semangat pejuang dulu hingga sekarang di Indonesia. Kata-katanya terus bergema di segenap pelusuk negara yang terkenal dengan tokoh Bung Karno itu.
2. Mungkin itu natijahnya Kopratasa mendendangkan lagu 'masihkah kau ingat' hingga menjadi evergreen hingga sekarang. Ramai yang masih ingat lagu 'masihkah kau ingat' kerana ingatan tidak bisa dikuburkan. Kita masih ingat bagaimana setiap tahun rakyat menyambut kemerdekaan dengan amat meriah dan kita juga mempunyai ingatan yang cukup kuat bagaimana ingatan mereka yang gah menyambut sambutan kemerdekaan itu menjadi pelupa apa yang disambutnya itu sebaik sambutan itu usai. Ingatan juga tidak akan berkubur bagaimana janji-janji ditabur ketika pilihanraya dan kemudiannya dikhianati janji-janji itu untuk diulang siar dalam pilihanraya akan datang.
3. Mampukah ingatan kita berkubur bagaimana rakyat marhaen bersengkang mata untuk sesuap nasi sedang pemimpin dan keluarga bermewah-mewah tanpa sebarang ingatan akan susah-payah rakyat yang menjulang mereka ke kedudukan itu? Ingatan juga tidak akan berkubur bagaimana barisan menteri yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur kangkung dan ayam. Ingatan tidak akan berkubur tentang kata-kata "Kalau tak suka undang-undang Malaysia sila keluar dari Malaysia", "Jangan beli rumah kalau harga naik", Jangan makan ayam kalau harga naik, makan ikan atau daging", Jangan beli sayur kalau harga naik, tanam sendiri", "Naikkan harga gula untuk kurangkan kes kencing manis" dan bermacam lagi rencam pemikiran menteri dan pemimpin yang sudah ketagih berkata-kata tanpa berfikir terlebih dahulu.
4. Ingatan boleh dikuburkan bersama-sama pemikirnya tetapi ingatan itu tetap hidup untuk berpindah kepada pewaris ingatan dalam jasad berbeza dengan ingatan yang sama. Yang ada adalah kubur jasad manusia bukan kubur ingatan. Kubur ingatan hanya wujud dalam pemikiran para 'tirani' atau 'diktator' sedangkan realitinya, kubur ingatan tidak akan pernah muncul sehingga ke hari kiamat. Cukup-cukuplah membuat kerja sia-sia kerana masa dibazirkan kepada iblis dan berakhir dengan persahabatan kekal dengan iblis di neraka jahanam. "Bila Anda sedang merasa terjebak dalam sebuah lubang, berhentilah menggali."
Wallahualam
SANI

Comments
Post a Comment