Kesamarataan

Salam,

1.   Apakah puncanya kemiskinan, kemelaratan dan apa saja istilah yang merujuk kepada betapa payahnya hidup akibat ekonomi diri, keluarga, jiran, kampung, daerah, wilayah dan negara terpuruk dan menguncup? Sebenarnya jika kita menyalahkan ekonomi dan sistem yang berputar di sekeliling kita yang gagal memberi manfaat kepada manusia kerana penyakit yang dihidapi telah disalahrawat. Yang bersalah adalah manusia yang menguruskan ekonomi tetapi seringkali dipersalahkan adalah sistem. 

2.    Sistem apa sekalipun yang digunakan tetapi jika manusia yang diamanahkan untuk menguruskan ekonomi itu adalah spesis penyamun dengan tahap ketamakannya mengalahkan Kasim Baba dan Qarun, sistem yang ada itu tidak akan mampu memberi keadilan pada semua. Keadilan sosial tidak mudah dicapai selagi manusia yang dipilih atau dilantik bukan ahlinya. Ahli di sini bukan bermaksud 'membership' tetapi mereka yang mahir, jujur dan amanah apabila diberi tanggungjawab. 

3.    Lihat saja di negara komunis yang secara umumnya mengatasnamakan kesamarataan agihan ekonomi juga jurang antara kaya dan miskin terus melebar kerana manusia-manusia yang menguruskannya hanya kaya dengan retorika. Kepentingan rakyat dijaja di sana-sini sedangkan kepentingan peribadilah keutamaannya.

3.    Dengan segala sumber asli negara yang dimiliki, mustahil akan ada rakyat yang miskin dan melarat walaupun sekiranya mereka hanya bergantung kepada bantuan pemerintah samada kurang upaya atau golongan asnaf. Punca sebenar adalah pemegang jawatan itu curang dan mengagihkan kekayaan negara secara tidak adil. Yang kaya bertong-tong setiap hari membuang sisa makanan sedangkan jiran sekeliling hanya meneruskan kehidupan dengan nasi bergaul garam. Ada yang bergelandangan di pinggir jalan mengharapkan sumbangan amal 'soup kitchen' namun pada masa sama ada pula perhiasan dirinya setiap satu bernilai jutaan ringgit. Emha Ainun Nadjib dalam bukunya 'Ikrar Husnul Khatimah - Keluarga Besar Bangsa Indonesia' mengungkap krisis ini;

           "Jadi letak krisis yang sesungguhnya bukan pada
           kondisi perekonomian, melainkan pada moralitas 
           para pelaku ekonomi. Letak krisis tidak terutama 
           pada ada tidak stok beras dan minyak goreng, 
           melainkan pada kecurangan distribusi. Ketimpangan
           peluang, atau yang secara menyeluruh terangkum 
           dalam tema ketidak adilan sosial. Dengan demikian 
           kalau mengatasi problem teknis perekonomian tidak
           kunjung mampu, yang harus ditobati dan di-husnul-
           khatimah-i bukanlah perekonomian melainkan 
           manusianya."

4.    Malang akan terus membungkam rakyat selagi kesedaran jauh dipinggirkan. Malah lebih malang, yang tegar mempertahankan kebejatan ketidakadilan sosial ini juga hanya menyuap nasi bergaul garam tetapi lantang bersuara sanggup mati demi petualang yang mengkhianati amanah rakyat. D wight D. Eisenhower berkata, "Kau tidak memimpin dengan cara menindas orang, itu kekerasan namanya, bukan kepemimpinan."

Wallahualam

~ Sani ~



Comments

Popular Posts