RAMAI ATAU BAGUS?
Salam,
1. Sejak emak berdepan penyakit, bukan main banyak cadangan tempat berubat yang diberitahu. Memang syukur dan penghargaan yang mampu dizahirkan. Namun, jika tak ditapis, macam-macam juga masalah akan datang bersama cadangan itu. Salah satu cadangan itu adalah klinik di sebuah lokasi dengan jarak sejam perjalanan dan datangnya dari anak saudara dan abang kandung sendiri. Tiba-tiba hati rasa kurang setuju tetapi mengenangkan ianya mungkin menjadi punca kurangpuashati mereka, didiamkan saja.
2. Sehingga lewat malam sejak jam 5 petang hari itu tiada khabar berita. Esoknya apabila ditanya kakak, diberitahu mereka pulang ke rumah lebihkurang jam 2 pagi. Tambahnya lagi ramai pesakit hingga terpaksa beli tikar untuk tidur di masjid sementara menunggu giliran. Apabila semua letih, wang terpaksa dikeluarkan, masa yang panjang dan lebih malang tidak nampak apa yang bagus dari usaha itu, maka perasaan kecewa itu akan ditempiaskan pada orang lain. Nampaknya, aku juga yang jadi sasaran walaupun bukan cadangan aku. Nampaknya, 'Langkah Kajang' juga nampaknya. Lain orang penyebabnya, lain orang pula jadi sasaran.
3. Petang tadi, aku ke Telok Tenggiri Kubang Pasu bawa emak ke rumah Hj Lah Tukang Urut. Ramai yang memberi respon beliau begitu bagus dalam hal-hal penyakit seperti emak. Semasa dia merawat, aku teruja dengan cara dan tindakbalas emak dari kaedah rawatannya. Sambil Hj Lah mengurut dan dia beritahu itu dan ini, aku pun menyentuh tentang klinik yang menimbulkan isu tersebut. Kakak membalas tak tahulah klinik tu bagus atau tidak, yang pastinya, orang memang ramai. Jawapan spontan aku adalah, "Zoo lagi ramai orang. Stadium bolasepak lagi ramai ketika ada perlawanan".
4. Baru aku tahu ukuran bagus atau sebaliknya adalah jumlah orang di satu tempat itu adalah ramai. Bagaimana kalau majlis huru-hara atau konsert yang datang beribu-ribu orang sedangkan majlis ilmu hanya sedikit yang hadir? Mana lebih bagus? Aku sering dianggap makhluk rumit dan sukar kerana terlalu percaya kepada apa yang aku yakin benar. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
Wallahualam
SANI

Comments
Post a Comment