SEJARAH MENGAJAR BUKAN KURANG AJAR
Masih ingatkah kita peristiwa Dato Seri Nizar Jamaluddin enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar (MB) Perak selepas PRU12? Beliau berpendapat kedudukannya sebagai MB harus ditentukan oleh DUN Perak bukan oleh mana-mana entiti? Beliau yang kecewa dengan 'rampasan kuasa' pada pandangannya itu daripada Pakatan Rakyat (PR) memohon kepada Tuanku Y.M Sultan untuk “memohon menyembah sembah derhaka” sehingga beliau dilabel sebagai penderhaka.
Sebaik BN diterajui UMNO kecundang dalam PRU14 semalam, banyak pihak berpendapat ia berpunca kerana UMNO sudah hilang kewarasan untuk melihat realiti sebenar di lapangan dan penuh yakin parti itu sesekali tidak akan tumbang. Mereka seakan-akan merasa seperti mempunyai kuasa 'raja' atau para dewa yang tidak mungkin hilang kecuali berlaku 'kemangkatan'. Natijahnya, UMNO dan pemimpinnya kian jauh daripada rakyat dan tersesat tanpa menemui jalan pulang.
Tidak mengapa jika UMNO merasa dan berfikir begitu dan kita izinkan mereka merasai nikmat untuk berada pada kedudukan tersebut. Cuma, sebagai rakyat, kita juga seperti Dato Seri Nizar Jamaluddin ingin “memohon sembah derhaka” kerana sudah tenat berada dalam keadaan yang tidak sepatutnya berlaku.
Kehidupan rakyat kian tertekan akibat daripada inflasi, GST, kejatuhan nilai ringgit, pengangguran yang serius dan kuasa beli begitu teruk terjejas sehingga memaksa mereka melakukan kerja-kerja luar untuk menampung kekurangan. Anak-anak dan keluarga menjadi mangsa keadaan akibat kebobrokan sang penguasa.
Bersuara dianggap menentang kerajaan sedangkan ia hanya manifestasi kekecewaan rakyat. Berdemonstrasi akan bagaikan sesuatu yang 'taboo' dan diminta melakukan perubahan kerajaan di peti undi. Semalam dalam PRU14, rakyat menunaikan permintaan pemimpin UMNO dan BN untuk menghukum di peti undi dan ternyata ia amat pedih buat UMNO dan BN.
Ahli-ahli UMNO sejak awal lagi seharusnya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada Parti Kongres di India, Parti Kuomintang di Taiwan, Parti Golkar diIndonesia & Parti LDP di Jepun. Parti-parti ini terlalu lama berkuasa sehingga lupa asal-usul serta matlamat perjuangan mereka.
Semua parti parti politik ini akhirnya tersembam di kaki massa setelah dihukum oleh rakyat gara-gara lupa diri. Rakyat menolak gaya kepimpinan pemimpin utama parti politik tetapi mereka tidak menganggapnya sebagai isyarat dari rakyat agar mereka berubah. Akhirnya kebencian menular terhadap parti yang sudah dilihat seperti hilang arah dan gila kuasa.

UMNO terutamanya pemimpin besar mereka tidak berusaha menyelesaikan masalah sebenar sebaliknya mengambil pendekatan menghapuskan masalah untuk tempoh jangkamasa pendek. Ramai orang menyangka bahawa menghapuskan masalah sama ertinya dengan menyelesaikan masalah. Sangkaan atau tanggapan seperti itu adalah salah. Dalam pentadbiran atau kepimpinan, sesuatu masalah yang timbul bukan semestinya dihapuskan sebaliknya mestilah diselesaikan.
Dalam situasi rakyat terus bersabar dan berharap ada pemimpin yang ikhlas datang membela nasib mereka, hadirlah Tun Mahathir yang sekian lama didatangi banyak pihak untuk campurtangan tetapi ketika itu beliau masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Tun mahathir adalah pemimpin besar yang sayang dan kasihan kepada rakyat yang dilihat perlu pembelaan akhirnya membuat keputusan berkorban bersama rakyat menentang Najib dan UMNO.

Bak kata pepatah Cina “Naga tidaklah patut tinggal di dalam kolam.” Tun Mahathir bangkit bersama rakan 'Avengersnya' seperti arwah Tan Sri Sanusi Junid, Tun Daim Zainudin, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Hamid Albar dan lain-lain dengan kerjasama kukuh pemimpin pakatan pembangkang termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Wan Azizah, LIM Kit Siang, Mohamad Sabu, Rafizi Ramli dan banyak lagi tampil untuk memulihkan keadaan.
Alhamdulilah! Doa rakyat dimakbulkan malam tadi untuk mencipta sejarah menguburkan UMNO yang memerintah puluhan tahun sejak merdeka. Secara teknikal, UMNO sudahpun berkubur pada tahun 1988 setelah mahkamah mengharamkannya. Namun, jasad tanpa roh itu sememangnya sukar dikawal apabila Tun meninggalkan kerusi presiden UMNO dan Perdana Menteri. Semakin hari UMNO semakin angkuh dan memperlekehkan harapan rakyat dan kemuncaknya semalam, hukuman telah dijatuhkan di mahkamah rakyat.
Sekarang adalah masa terbaik untuk kita bersama-sama kembali bersatu memulihkan negara untuk Malaysia yang lebih gemilang dan jauhkan politik kebencian, menunggang agama dan bangsa khususnya taktik pecah dan perintah menggunakan isu perkauman. Pelajarilah dari sejarah yang terhidang luas untuk menjadi iktibar bukan hanya dijadikan kata-kata retorik ketika pilihanraya.
Kata Hitler, "Orang yang tidak memiliki rasa sejarah, adalah seperti orang yang tidak memiliki telinga atau mata." Patutlah kita menyaksikan sekian banyak kesilapan berlaku sepanjang 10 tahun kebelakangan ini kerana ada telinga dan mata bagaikan tiada.

HIDUP RAKYAT!
Comments
Post a Comment