SKANDAL KP SPRM
Sejak semalam isu skandal KP SPRM tular laju di media sosial dan kebetulan saya membaca kenyataan Tunku Aziz bekas DAP yang mendakwa dalang di sebalik pembongkaran skandal ini adalah pembangkang.
Hasil sedikit pengalaman lalu. ingin saya berkongsi pandangan mengenai pembongkaran skandal tersebut.
1. Kaedah pengintipan dibuat dalam merakam gambar dan video kedua-dua sasaran begitu teliti dan terancang.
2. Pihak pengintip mempunyai 'foreknowledge' bagi setiap pergerakan sasaran utama dan pasangannya.
3. Butir-butir diperolehi dalam pendedahan ini jelas memperlihatkan persediaan untuk meyakinkan orang ramai yang melihat dan membaca kisah pembongkaran ini termasuk salinan paspot dan daftar masuk hotel.
4. Penyelarasan antara pihak di Malaysia dan Indonesia untuk menjadikan 'chain of event' tidak terputus seperti dapat dilihat ketika pasangan sasaran sampai di KLIA2 dan ianya dirakam termasuk kenderaan diguna menjemput. Padahal pengintip utama masih di Bali.
KOMEN
1. Suami pasangan sasaran utama adalah pegawai polis. Mungkin telahan dapat dijadikan ia sebahagian dari bahan analisa.
2. Kemampuan pihak mana samada parti politik, individu atau agensi yang dapat melakukan kerja sebegini?
3. Kerja membongkar ini pastinya dilakukan lebih dari 4-5 orang kerana ketika di Bali lengkap butir-butir diperolehi termasuk butiran sampai, tempat tinggal, berlepas ulang dan sampai di Malaysia. Ketika sampai masih dapat dirakam sedang pengintip utama masih di Bali.
4. Pihak pengintip mahir dalam selok-belok 'surveilance' dan bijak dalam soal meyakinkan pembaca dan penonton.
5. Apa keuntungan pembangkang dalam pembongkaran skandal ini berbanding mereka yang merasa tercabar apabila KP SPRM dengan tegas menentang penubuhan JITN walaupun sudah diluluskan kabinet?
6. Jika kita mengimbau kembali kes penyidik KPK (Komisi Pembanterasan Korupsi) di Indonesia Novel Baswedan yang disimbah air keras (asid) sehingga hampir buta dan sehingga kini masih mendapatkan rawatan di Singapura.
7. Menentang koruptor itu jauh lebih sukar dan merbahaya dari melawan komunis, militan, pembunuh kerana jumlahnya berganda-ganda dari jumlah mereka ini. Malah koruptor berada di sekeliling kita tanpa diketahui siapa mereka sebenarnya.
Salam
Comments
Post a Comment