SEMBILAN NAGA DAN NAGA TASIK CHINI
Malah, menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, kumpulan itu juga berkeupayaan untuk menukar penguatkuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.
Tambahnya lagi, sistem sembilan naga itu telah lama diamalkan oleh kumpulan sindiket jenayah terbabit hinggakan semuanya mempunyai kuasa di dalam agensi penguat kuasa di negara ini seperti yang dilaporkan media tempatan.
Menyebut tentang naga, beratus tahun lamanya legenda naga mengisi pemikiran dan kepercayaan rakyat negara ini khususnya orang asli yang berumah di sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang. Jadi bila kedudukan Tasik Chini itu sendiri letaknya di kawasan Pekan, tak hairanlah naga pun berumahtangga di situ. Lihat saja parlimen pekan jangan lupa naga yang mengerikan itu.

Apabila perkataan naga muncul, apa yang dapat kita gambarkan? Sudah pasti makhluk hodoh, panjang dan besar yang akan menelan apa saja termasuk sesiapa saja yang berhampiran dengannya. Bayangkan syarikat gergasi sehebat 1MDB pun ditelannya. Dulu apabila BBMB ditelan CIMB disebut ular lidi telan naga maka kisah dicetuskan PPIM ini juga agak menarik kerana saling menelan antara satu sama lain. Ianya seolah-olah agensi penguatkuasa dan kumpulan sembilan naga ini seronok berpesta telan menelan. Yang engkar akan ditelan dan dikunyah tanpa belas kasihan.
Walaupun kita tidak pernah menyaksikannya sendiri bukan bermakna kita tidak mempercayai legenda itu. Seperti kita tidak pernah melihat Tuhan dan iblis kita tetap percaya ianya ada.
Yang mencuit minda saya ketika membaca kisah ini bila PPIM mendedahkan bahawa anggota polis nak bertukarpun kena minta restu sembilan naga. Yang saya dengar sendiri dari kalangan orang dalam, nak naik pangkat pun sembilan naga dan kuncu-kuncunya juga akan tentukan. Jika salah maklumat yang disampaikan pada saya, maka salah lah ia. Tetapi maklumat lebih sensitif pun jarang saya gagal ketika bertugas dulu. Bayangkan keadaan agensi penguatkuasa yang menjadi tunggak harapan seluruh rakyat.

Dari pengamatan saya yang turut pernah diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama melalui pengalaman dalam agensi ulung negara ini, punca meningkatnya aktiviti kongsi gelap yang menjadi penaung kegiatan judi, pelacuran, dadah dan jenayah berat ini adalah apabila ISA dimansuhkan. Mungkin DS Najib mahu dirinya dilihat sebagai pendokong hak asasi manusia terhebat berbanding pemimpin sebelumnya kerana ISA selama ini dianggap sebagai akta drakonian yang mencabul hak asasi manusia. Untuk itu, ISA dikorbankan dan Isa Samad tetap selamat.
Secara tidak langsung, semua akta dan undang-undang yang sama sifat dan fitrahnya seperti ISA turut berkubur termasuklah Ordinan Darurat, Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) dan setara dengannya.
Berduyun-duyun iblis dan syaitan di Simpang Renggam, yang berada di lokasi buang daerah, yang terlibat dengan LLPK berpesta todi dan narkoba bukan kepalang. Pulanglah pahlawan-pahlawan neraka ini ke tempat lama dan kampung masing-masing dan hasilnya berapa ramai yang menjadi mangsa jenayah mereka ini.
Dengan kekuatan kewangan mereka, ramai iblis dan syaitan mendapat gelaran Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri pun katanya ada. Lihat rekod tangkapan pihak polis dan SPRM terdapat berbagai gelaran yang dipakai termasuklah yang mati dibunuh sesama mereka.
Untuk tidak meletihkan pembaca, suka saya akhiri artikel ini dengan pesan, jika sembilan naga kita rasakan tidak wajar mengambil kuasa bahagian pertukaran pegawai-pegawai agensi penguatkuasa, rasanya kita jangan lupa atau pejamkan mata kewujudan naga-naga dalam institusi-instusi tertentu termasuk politik dan pimpinannya yang juga berperanan seperti kongsi gelap sembilan naga.
Siapa yang tidak disukai mereka akan ditukar serta merta hanya dengan satu panggilan kepada pucuk pimpinan agensi penguatkuasa. Siapa mereka untuk menguasai dan campurtangan urusan dalaman agensi penguatkuasa? Jika terbukti wujud salah laku, ambil tindakan tatatertib bukan hanya mendengar aduan sebelah pihak naga-naga ini.
Jangan hanya kerana tidak mahu melayan karenah orang-orang politik, pemimpin itu dan ini, tidak mahu menari dan berhibur dengan orang-orang besar pun dianggap satu kesalahan kepada organisasi. Urusan menari, berhibur, melayan karenah pemimpin politik dan orang besar bukan tugas hakiki pegawai-pegawai yang dilantik oleh kerajaan Malaysia. Persetan dengan karenah pemimpin dan institusi yang fungsinya tidak ada kena mengena dengan keselamatan negara.
Peluang yang dibuka PPIM ini seharusnya direbut oleh seluruh rakyat negara ini untuk menghentikan tindakan campurtangan dalam organisasi atau agensi penguatkuasa oleh mana-mana naga sekalipun hatta apa sekalipun kedudukan mereka kerana peranan mereka sudah dimaktubkan dengan upah tertentu bukan menganggu gugat perjalanan urusan kenegaraan dan pentadbiran.
Nak menari sampai pagi pun menarilah jangan ganggu orang lain. Nak berdakap dengan sindiket penyeludup minyak, Pelacuran dan judi sampai berminyak-minyak pun buatlah jika tak merasa ianya satu dosa. Yang penting adalah integriti, maruah dan kredibiliti agensi penguatkuasa harus dipertahankan tanpa adanya bayang-bayang naga samada sembilan atau sepuluh.
Biarlah naga Tasik Chini aman damai di dasar tasik tanpa perlu diseru namanya untuk hadir menakut-nakutkan pegawai-pegawai yang jujur, amanah dan ikhlas untuk berkhidmat pada agama, bangsa dan negara.
Wallahualam
Comments
Post a Comment