DAYUNG SUDAH DI TANGAN, PERAHU SUDAH DI AIR
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air maka cakaplah apapun jawabnya untunglah nasib orang-orang ini. Segala-gala yang dikehendaki sudah diperolehi seronoklah bersorak-sorai walaupun orang lain sedang tenggelam.
Bagi mereka yang sudah kecanduan menyokong pemimpin dan kabilah sendiri, justifikasi untuk terus mempertahankan pemimpin dan parti mereka yang korup adalah dengan membandingkan kabilah lain juga tidak maksum dan tidak sempurna.
Menanti kesempurnaan maka teruslah berada dalam kesengsaraan dan keluhan tak berpenghujung. Jika kita sudah berada dalam situasi seperti pesakit diabetis samada mati atau dipotong kaki, apa pilihan kita? Menunggu kesempurnaan bererti memilih untuk terus sama seperti sebelum dijangkiti diabetis atau menjadi orang lain di mana itu bukan lagi pilihan. Memilih untuk mati? Atau memilih untuk hilang sebelah kaki yang sudah bernanah serta berulat?
Jangan perbodohkan rakyat hanya dengan alasan pembangkang juga sama seperti kabilah dan pemimpin kabilah kamu. Sekurang-kurangnya mereka tidak mencuri wang rakyat berpuluh bilion hanya untuk memenuhi kehendak nafsu serakah suku-sakat dan anak bini.
Bayangkan mencuri wang rakyat menggunakan 'front company' atau 'shadow company' untuk memindahkan wang ke sana sini dan berakhir dalam akaun sendiri dan kuncu-kuncu. Semua wang tersebut di faraid dan dijadikan harta pusaka Ahmad Nisfu untuk belanja sakan joli katak ratusan juta ringgit hanya untuk seutas loket berlian. Dibelinya kapal layar, lukisan-lukisan puluhan juta ringgit, berjudi, memandikan supermodel Australia dengan limpahan wang rakyat yang sedang hidup dalam kepayahan. Belum lagi diambilkira pembelian apartment dan menerbitkan filem porno ratusan juta ringgit atas keringat dan airmata rakyat. Hidup selama ini sudah dikelilingi kemewahan dan keistimewaan dan segalanya percuma masih mencuri.
DAP, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, dan pemimpin pembangkang mencuri begitu? Jika mereka mencuri begitu atau sedikit jumlahnya pun sudah lama bermastautin dan bertapa di penjara kerana mereka tidak berada di tampuk kuasa. Setakat berkuasa di dua buah negeri apalah sangat kerana kuasa berpusat di pusat dengan sistem 'federalisma' yang diamalkan di negara ini.
Jangan anggap orang kampung bodoh hanya kerana mereka tidak ada peluang untuk menikmati apa yang kita di bandar sedang kecapi. Jika mereka punya peluang yang sama, agaknya mereka lebih bijak membuat keputusan daripada kita. Saya di sekolah mungkin hanya sampai ke tingkatan enam dan STPM tetapi setelah bekerja dapat melangsaikan sarjana muda dan sarjana kerana apa? Kerana saya merintis peluang yang terbuka disulami usaha dan pengorbanan wang ringgit sendiri serta masa. Mungkin rezeki untuk bergelar doktor falsafah terbantut separuh jalan tetapi saya yakin itu hanyalah tantangan buat orang-orang seperti saya.
Ada yang berkata, apa yang kamu nikmati sebelum ini dan sekarang adalah rahmat diberikan oleh UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka. Apa mereka fikir dulunya saya hanya terlentang tidur tanpa bekerja dan korek gigi sambil makan angin atau makan kuaci? Tahukah mereka yang berkata itu apa yang kami lalui ketika itu berbulan2 di dalam hutan dan makan minum ala kadar? Kami sedar itu pilihan kami untuk berkhidmat tidak dipaksa tetapi kami bukan makan gaji buta.
Lainlah jika jadi guru tetapi sebahagian besar masanya di pejabat parti, mengampu pemimpin parti atau menjalankan aktiviti parti sana-sini tanpa ada yang berani menegur takut dicampak ke hutan belantara hujung Sarawak atau Sabah. Kerja dengan jabatan kerajaan tapi setiap hari di pejabat parti maka orang begini patut bersyukur kerana sudah lama makan gaji buta dan membazir wang rakyat.
Rakyat sedar dan faham mereka tidak akan mendapat pemimpin dan parti politik yang sempurna, tetapi mereka akan memilih yang terbaik di kalangan yang tidak baik jika hanya itu pilihan. Mereka tidak sesekali akan jadi lembu dicucuk hidung kerana mereka juga sedar 'In the land of the blind, the one-eyed man is king'. Oleh itu, pilih saja yang mata sebelah dari berajakan pemimpin buta kedua-dua mata.

Comments
Post a Comment