ADUHAI KURMA WAL RAMADAN


Saya menonton youtube #GaduhKurma 2-3 kali untuk melihat di mana kesalahan mana-mana pihak ingin mengedar sumbangan secara percuma. Beberapa kesimpulan yang dapat saya fikirkan dari insiden tersebut adalah;

1. Menjerit Allahuakbar Allahuakbar tetapi refleksi agama Islam yang ramah, sabar, berbudi bahasa dan menjaga silatulrahim tak kira samada Islam dan bukan Islam langsung sifar.

2. Jika alasan menjaga kesucian Islam dengan cara begini akan berjayakah mereka? Malah mencemarkan imej Islam dengan kelakuan ganas dan terjerit-jerit macam kera kena cekik. (Patutlah Islam selalu dikaitkan dengan keganasan dan inilah spesis yang menjadi puncanya.

3. Ada yang menyebut kurma dibungkus oleh pihak DAP, orang bukan Islam tak tahu tahap kebersihan, halal dan haramnya. Jangan munafiklah nasihat saya kerana rasuah lebih jijik dari kurma dibungkus bukan Islam pun pantang hulur. Makanan di Malaysia ni kebanyakannya pun dibungkus oleh kilang dan pembekal bukan Islam. Ketika Deepavali dan Tahun Baru Cina boleh pulak baham toseh, capati India masak, boleh juga makan kuih bakul, limau mandarin pun Cina juga bungkus berkotak-kotak angkut masuk bonet kereta. Itu belum maksiat sana sini di pusat hiburan bertemankan pelayan pelanggan Cina, Uzbekistan, Mongolia dan sebagainya.

4. Belum pernah ada terbaca atau dengar peraturan bukan Islam atau parti politik selain UMNO sahaja dibenarkan masuk ke bazar ramadan untuk program politik. Teringat saya dulu ketika bertugas di Alor Setar bila PAS dan UMNO kedua-duanya merancang untuk beri sumbangan hari raya kepada pesakit di hospital. Saya sendiri berbincang dengan pihak hospital untuk mengatur program kedua-duanya bagi mengelakkan pertembungan hari dan masa. Majlis berjalan lancar tanpa insiden tak diingini kerana apa? Toleransi dan pihak keselamatan berfungsi dengan matlamat untuk keselamatan bukan turut terlibat dengan politik.

5. Terjerit-jerit saya imam saya imam tanpa rasa malu. Lelaki Islam semuanya imam dan tak perlulah berlagak macam Imam Masjid Nabawi atai Masjidil Haram. Jika tak imam masjid dan surau pun imam di rumah. Imam apa kena sampuk setan begitu? Imam Samudera yang didakwa sebagai militan dalam kes bom Bali seorang pengganas pun tak ganas begitu. Jangan-jangan baru lepas minum susu Emum dah 'expired' mabuk dan sakit perut.

6. Bagaimana bukan Islam nak mendekati Islam jika umat Islam sendiri berperangai hodoh begini?

7. Tercemarkah Iman umat Islam jika makan buah kurma pemberian bukan Islam? Jika bebruka puasa ada yang beri buah kurma kena tanya kamu Islam atau tidak?

8. Dengan 4-5 biji buah kurma rasanya seorang pengundi tidak akan berubah pendirian mereka. Lainlah jika berbilion-bilion atau memang spesis yang dapat telefon bimbit A9 dah macam kera kena belacan.

9. Sudah-sudahlah meniup sentimen bangsa dan agama hanya demi memberi nafas kepada pemimpin-pemimpin yang korup dan parti yang gagal memahami betapa lelahnya mereka di bawah naungan pemimpin dan pemerintah yang khianat kepada amanah dan janji-janjinya. Kasih sayang, perasaan suka atau benci tak mampu dipaksa-paksa. Siapa menabur angin maka dialah menuai badai.

Comments

Popular Posts