Once Communist Forever Communist


Selva Kumar telah pun menjejakkan kakinya di bumi Malaysia pada Ahad dan banyak kebimbangan yang disuarakan. Siapa tidak kenal Selva Kumar? Sejak beberapa hari ini nama beliau sana-sini berkumandang dan kisah rogol yang sebelum ini menjadi kisah bisik-bisik menjadi bualan umum.

Kita tidak menyalahkan masyarakat yang begitu bimbang dengan kepulangan Selva Kumar apabila ketakutan ditiup ke telinga siang malam pastinya ketakutanlah hasilnya. Masakan ketakutan yang digembar-gemburkan, kegembiraan pula yang muncul? 

Tetapi sebagai rakyat Malaysia yang telah selesai menjalani hukumannya di Kanada, apakah haknya untuk kembali dan hidup bebas juga perlu dirampas? Bekas pengganas komunis yang pernah membunuh anggota pasukan keselamatan pun ada yang dibenarkan pulang secara diam dan ada juga khabarnya insentif diberikan setelah menandatangani perjanjian perletakan senjata pada tahun 1989.

Nampaknya Selva Kumar lebih merbahaya daripada komunis. Setelah hutangnya dibayar selama 24 tahun selaras dengan undang-undang di Kanada, apakah hukuman lain perlu diletakkan di atas kepalanya lagi? Undang-undang hanya sah di mana kesalahan itu dilakukan jika saya masih belum nyanyuk kerana saya juga pernah bersama-sama berenang di lautan hukum.

Bagaimana dengan yang belum langsai hutangnya bukan saja di mahkamah, malah hutang terhadap rakyat dan hutang negara yang berusaha keras menggenapkan 1 trilion ringgit? 

Ahli-ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang dibenarkan pulang apakah tidak membahayakan keselamatan tanah air? Pepatah ada mengatakan Once communist forever communist dan tidak pula menyebut 'once a rapist forever a rapist'. 

Saya bukanlah perogol, ahli pertubuhan mendokong aktiviti pemerkosaan
 ataupun 'sympathizer' kepada perogol malah saya benci perlakuan rogol tersebut. Bagi saya, jika keserakahan kamu sudah menjadi raja, kerja kuat dapatkan wang sebanyak mungkin dan terjunlah kamu dalam neraka ciptaan kamu sendiri dalam dakapan kupu-kupu malam. 

Saya percaya, apabila 'torpedo'nya sudah lupus tarikh dan belerangnya sudah masuk angin, Selva Kumar akan melakonkan watak tunggul dengan kura-kura saja. Ketika itu tak mungkin perogol sehebat manapun akan merogol menggunakan mata, telinga atau hidung. 

Fikir saya secara simplistik, jika Selva Kumar masih mahu meneruskan hobi perogolannya, dia hanya mendedahkan dirinya kepada mara bahaya disebabkan dia sudahpun diletakkan di bawah 'lampu limpah'. 

Selva Kumar berjaya meloloskan diri sebelum ini di Kanada sebelum ditangkap kerana beliau belum lagi menjadi fokus pihak polis dan kegiatannya belum terbongkar, Namun kini, sasaran sudah jelas dan saya percaya PDRM masih punya kuasa meletakkan beliau di bawah 'police supervision (PS)'. 

Sekiranya sasaran sudah berjaya dikenalpastipun mereka masih gagal membendung kemahuan beliau untuk merogol makan ada baiknya SILA MENINGGAL.

Bagaimanakah pihak keselamatan tidak mampu memantau seorang Selva Kumar bekas banduan kesalahan merogol jika kita sering dihebahkan kehebatan agensi perisikan dan unit risikan jenayah PDRM samada dalam memantau komunis dan militan khususnya IS, ISIL dan berbagai kumpulan militan lain. Bayangkan rakyat negara ini yang berjuang di Syria pun PDRM dapat tahu apa mereka lakukan inikan pula Selva di sini.
Jika ukuran ancaman yang kita mahu letakkan, sudah pasti IS, ISIL, komunis atau apa saja kumpulan militan lebih merbahaya disebabkan mereka diketahui akan menyebarkan ideologi atau merekrut ahli baru untuk meneruskan dan melebarkan pengaruh kumpulan mereka berbanding seorang perogol yang belum pernah dilaporkan melakukan kegiatan merekrut perogol baru untuk dirinya atau mana-mana pihak. 

Jika rakyat terus bimbang dengan kembalinya Selva Kumar bermaksud keyakinan rakyat terhadap pihak PDRM cukup parah kerana tidak mampu memantau hanya seorang penjenayah. 

Selagi media kekal dengan berita menakut-nakutkan masyarakat dengan kisah Selva Kumar selagi itu masyarakat akan bimbang dan takut.


PDRM harus segera bangkit membuktikan kehandalan yang sering dicanang sebelum ini bahawa mereka bukan calang-calang organisasi dan bukan unit setaraf pengawal keselamatan Nepal di pasaraya atau RELA.

Dengan puluhan juta ringgit aset keselamatan termasuk teknikal dan taktikal, unit-unit khas mereka dan jumlah anggota dan pegawai PDRM yang mencecah lebih 100 ribu orang, rakyat menaruh keyakinan mereka mampu menangani Selva Kumar.


Jika Selva Kumar masih tekad meneruskan habit 'torpedo'nya itu, apabila ditangkap nanti, siap sedia saja bontotnya untuk sebatan sadis hingga terpelanting kulit-kulitnya dan merengkok dalam penjara dalam tempoh panjang dan mungkin disemadikan dalam tempoh pemenjaraan.

Sekali lagi saya tegaskan di sini, apa yang saya tulis tidak berniat meremehkan bahaya perogol tua ini, tetapi sekadar memberi kepercayaan kepada PDRM dan meraikan kebebasan hak asasi manusia. 

Jangan samakan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di semenanjung kerana kuasa Ketua Menteri Sabah dan Sarawak tidak sama dengan kita di sini. Lantaran itulah beberapa ahli politik dari semenanjung pernah dihalang untuk masuk ke sana jika kita masih ingat. 

Saya hanya mahu berfikir sedikit positif jika boleh dan jika Selva Kumar terus merogol, saya doakan dia SEGERA MENINGGAL atau segera ditangkap untuk disebat sampai hilang rupa manusia. 

Usaha melakukan 'diversion' terhadap isu besar yang sedang menggugah negara sentiasa giat dijalankan. Jangan kita mudah dipesongkan dengan kisah rogol ini secara keterlaluan sehingga penyagak, jemuan dan penyamun ketawa berdekah-dekah melihat rakyat diperbodohkan.

Salam

Comments

Popular Posts