CALON GILA ATAU GILA JADI CALON?
Petanda Pilihanraya Umum (PRU) 14 semakin jelas daripada simptom yang dipertontonkan oleh semua pemain-pemain yang terlibat dengan kejohanan ini. 'Warming up' termasuk aksi regangan otot rancak berjalan. Ada yang sampai putus urat kentut gara-gara terlebih meregang otot.
Menyentuh tentang pilihanraya, hal paling mahsyur sekali adalah soal calon. Dalam setiap parti ramai yang 'ketagihan' menjadi calon malah agensi yang membantu parti politik untuk memenangkan parti pun 'gian' nak jadi calon. Agensi tersebut dari pengarah peringkat negeri dan ketua-ketua yang menjaga kawasan parlimen pun gian tak sangga menjadi calon. Ambil Perlis yang kecil sekalipun jika pengarah termasuk tiga pegawai menjaga kawasan parlimen sudah empat orang.
Menyentuh tentang pilihanraya, hal paling mahsyur sekali adalah soal calon. Dalam setiap parti ramai yang 'ketagihan' menjadi calon malah agensi yang membantu parti politik untuk memenangkan parti pun 'gian' nak jadi calon. Agensi tersebut dari pengarah peringkat negeri dan ketua-ketua yang menjaga kawasan parlimen pun gian tak sangga menjadi calon. Ambil Perlis yang kecil sekalipun jika pengarah termasuk tiga pegawai menjaga kawasan parlimen sudah empat orang.
Dalam parti pulak daripada ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua, ketua-ketua sayap, ketua penerangan dan setiausaha sudah berapa orang untuk sebuah negeri meliputi semua parlimen kempunan jadi wakil rakyat? Itu belum termasuk calon payung terjun dan yang kaki himpit menteri besar, perdana menteri dan timbalan perdana menteri lagi.
Jumlah kerusi yang dipertandingkan berapa jika dibandingkan dengan yang ketagihan menjadi calon pilihanraya? Bak kata sesetengah kawan saya sampai ada yang bermimpi pun sebut "jadi calon, jadi calonnnn!" sama macam cerita Labu Labi mimpi cari kayu.
Bila isteri kejutkan apa hal ni "jadi calon, jadi calon?" Calon isteri ka?" Terus dia cakap calon wakil rakyat la sayanggggg! Tapi bila tidur sebilik dengan kawan-kawan separti bila mimpi kawan tanya "jadi calon apa ni? nak jadi calon wakil rakyat ka? Dia jawab dak aihh! calon bini nombor dua la hahaha..
Kenapa semua nak jadi calon? Calon itu jika dapat jawatan wakil rakyat amanah besar tu. Ini sudah sampai tahap kronik bila semua nak jadi calon dan apabila tidak terpilih maka berlakulah samada protes senyap atau protes terbuka. Yang dalam agensi membantu parti politik pula bagaimana nak bantu calon parti jika dia sendiri pun gian nak jadi calon? Maka apa yang dibuat adalah menggunakan dana hak rakyat untuk promosi diri sendiri atau calon-calon yang boleh bantu dia menjadi calon.
Menjadi calon wakil rakyat bagi mereka adalah peluang menjadi 'maling' dan 'maling' ini mereka percaya akan selamat kerana yang ada di dalam barisan kepimpinan juga adalah maling-maling yang bertopengkan dai'e dan pemimpin pengasih kepada rakyat.
Jangan diberi muka pada golongan ini kerana mereka semuanya samada gila jadi calon ataupun calon gila. Mereka bukan akan menjadi wakil rakyat tetapi wakil kepada presiden dan wakil tokey dedak.
Fikir-fikirkan
Comments
Post a Comment