Doping Dopang Dopung
Salam,
1. Dunia hiburan tanahair seperti juga di negara luar, sering terpalit dengan isu dadah. Baru-baru ini Ezad bekas penyanyi utama Kumpulan Exist yang beralih arah menjadi penyanyi solo ditahan polis setelah didapati memiliki dadah najis syabu. Sampai bila dunia hiburan akan disinonimkan dengan dadah? Artis menjadi idola dan 'role model' kepada anak muda dan apakah idola dan role model sebegini yang akan diacuankan kepada generasi yang ada dan akan datang?
2. Sudah sampai masanya industri hiburan tanahair dibersih dan dan disucikan daripada gejala dadah. Jika barat menerima itu sebagai simbol 'kebebasan', maka kita harus keluar dari landasan sedemikian dengan mencari landasan baru yang tidak saja bersifat teologis, tetapi juga dari sudut moral harus diangkat ke tempat yang sesuai. Berhibur tidak salah tetapi biarlah ianya memberi kemaslahatan kepada bangsa, agama dan tanahair. Jangan 'ABATA' hanya dijerit semasa perhimpunan agung parti, tetapi sebaik kaki melangkah keluar dewan kononnya keramat, semuanya terpelanting ke dinding 'jamban'.
3. Jika dalam dunia sukan ada badan yang menentukan atlit bebas dari penggunaan dadah hatta atlit sukan itu tidak menyalahgunakan dadah tetapi kesan daripada rawatan kecederaan juga diambil tindakan, apakah dalam industri hiburan tidak boleh dilaksanakan jika ianya terbukti baik untuk kita? Mungkin ada yang belum didedahkan tentang takrifan 'doping' dan tidak terkeliru dengan 'dolphin' ikan lumba. 'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. 'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.
4. Jika sukan ada 'doping', lakukan juga kepada artis-artis samada pelawak, pelakon, penyanyi dan siapa juga yang berada dalam industri hiburan tidak kira atas nama doping, dopang ataupun dopung. Yang penting adalah dunia hiburan dapat dibersihkan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Sejak dulu, dunia hiburan kita sudah seakan sinonim dan sebati dengan dadah tidak kira artis-artis wanita mahupun lelaki. Yang peliknya sudah mempunyai rekod penagih dadah termasuk penagih tegar juga kini sudah bergelar Datuk. Pengiktirafan sebegitu besar akan membina persepsi bahawa tidak salah melibatkan diri dengan dadah kerana mereka lebih diiktiraf dan disanjung berbanding yang tidak berada dalam industri hiburan. Apalah sangat jasa penyanyi dan pelawak serta pelakon jika nak dibandingkan dengan jasa para anggota pasukan keselamatan samada tentera, polis dan cabang-cabangnya mempertahankan negara?.
5. Jika kerajaan dan para insan yang menceburkan diri ke kancah industri hiburan sayang dan ingin industri tersebut terus dihormati dan diyakini sebagai bersih, berintegriti dan tulus, ada baiknya ia dimulai dengan segera. Banyak kaedah boleh dilakukan untuk ujian dadah kepada setiap individu atau kumpulan yang berada dalam dunia hiburan, hanya kemahuan akan menentukan ianya akan terlaksana atau sebaliknya. Hanya kita yang akan menentukan siapa kita, masyarakat, dan seluruh rakyat di negara ini bebas dari dadah. Walaupun dadah sudah diistiharkan sebagai musuh nombor satu negara sejak puluhan tahun, namun sehingga kini masih menjadi sahabat baik nombor satu negara. Ingat! Alasan itu pintu pembohongan. Bukan pakaian dan tubuh badan sahaja yang perlu bersih, masyarakat dan isinya juga perlu bersih dan berbau harum. Bersih itu indah tidak kira pada manusia secara individu ataupun masyarakat dan paling utama adalah keadaan sekeliling kita.
Wallahualam
SANI

Comments
Post a Comment