PENGKHIANAT

Banyak sekali tulisan-tulisan mengenai pahlawan yang ditemui samada baru diterbitkan mahupun yang sudah lama. Semuanya menjadi rujukan orang terdahulu dan juga generasi masa kini dan akan datang. Jika ada pahlawan pasti ada pengkhianat dan dari pengkisahan pahlawan itu, kisah pengkhianat tidak begitu menonjol dipaparkan.

Bukan saja dalam bentuk tulisan, bahkan drama dan filem juga hanya memberi fokus pada pahlawan sehingga kita tidak benar-benar mengenali pengkhianat. Jika kita hanya mengetahui misalnya pahlawan Hang Tuah, Hang Jebat 5 bersaudara, kita juga akan diingatkan dengan kisah pengkhianatan Si Kitol dan Raja Mendeliar.

Siapa Si Kitol dan Raja Mendeliar? Siapa mereka dan dari mana asala-usul mereka. Mempelajari karektor pengkhianat penting demi memudahkan kita mengenali sifat-sifat pengkhianat dan bagaimana menghapuskan mereka. Sepertimana pakar-pakar perubatan mengenali jenis penyakit, mengenali ular yang mematuk mangsa sajalah penyakit atau mangsa dapat dirawat dan diubati.

Bagaimana kita mahu menghindari pengkhianat jika kita sendiri tidak tahu dan kenal sejarah dan latarbelakang pengkhianat? Belum ditemukan buku-buku yang menulis tentang Si Kitol, Raja Mendeliar dan pengkhianat-pengkhianat lain berdasarkan fakta dan penyelidikan.

Bukan tujuan saya membesar-bersar atau menjulang pengkhianat tetapi tanpa kenali pengkhianat, itulah puncanya pengkhianat tidak mampu dibersihkan kerana mereka mungkin ada di sekeliling atau bersama-sama kita dan sedang gigih mengkhianati kita, bangsa, agama dan tanah air.

Sampai bilapun pengkhianatan tidak akan berakhir selagi pengkhianat tidak diketahui dan tidak dapat dibezakan dengan pahlawan.

Assalamualaikum

Comments

Popular Posts