CINA KOMUNIS
Apakah benar mereka ini menganuti fahaman komunis atau menjadi ahli pertubuhan komunis yang diharamkan itu? Apakah Melayu tidak ada yang menjadi ahli atau pemimpin komunis? Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Wahi Anuar kesemuanya Cina?
Jangan sampai kita begitu dangkal dan dilihat sebagai buta sejarah serta rasis tegar hanya disebabkan usaha keras mempertahankan kepentingan kelompok dan pemimpin yang menyumbat dedak ke dalam tembolok kita. Sejarah tidak mampu diubah walaupun kita gigih menyembunyikannya.
Pada 21 Mei 1949, satu mesyuarat sulit telah diadakan di hutan Kerdau, Pahang yang dihadiri oleh Abdullah CD, Wahi Annuar, Musa Ahmad dan Chin Peng, dimana dalam perjumpaan itu, Ching Peng telah mengutarakan cadangannya untuk menubuhkan satu rejimen baru dimana anggota-anggotanya hanya terdiri dari orang-orang Melayu.
Rejimen ini diletakkan dibawah pimpinan Abdullah CD, dan Wahi Annuar dilantik sebagai Timbalan Komander, manakala Musa Ahmad pula dilantik sebagai Pegawai Politik (Political Officer).
Rejimen ini diberi nama Rejimen ke-10 PKM berdasarkan angka 10 yang membawa erti 10 Zulhijjah (Hari Raya Korban) dalam kalendar Islam, suatu angka yang cuba menonjolkan imej Islamik dan dipercayai mampu menarik perhatian orang Melayu untuk mendekati perjuangan komunis.
Tiga bulan selepas tarikh penubuhan Rejimen ke-10 ini, seramai 500 anggota yang dinamakan "Tentera Tani" telah dimasukkan ke dalam Rejimen ke-10. Kesemua mereka adalah orang-orang Melayu yang berasal dari Temerloh dan Mentakab, Pahang. Cina komunis kah mereka ini?

DAP dan PAP yang biasa dianggap sebagai anak dengan bapa dan menerima tempias dipaut dengan komunis sebenarnya tidak konsisten dengan sejarah Singapura dan Malaya. PAP pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura begitu memusuhi fahaman komunis dan beliau begitu tegas dan keras dalam menangani ancaman komunis sejak awal. Sesiapa saja yang dikaitkan dengan komunis akan ditahan dan dikenakan tindakan keras oleh beliau.
PAP juga yang terkenal dengan slogan Malaysian Malaysia di bawah kepimpinan Lee Kuan Yew dianggap cuba mencinakan Malaya. Hakikat sebenarnya yang tercatat dalam sejarah membuktikan sebaliknya apabila beliau telah menutup Universiti Nanyang yang merupakan pusat kebudayaan Cina yang kuat di Singapura dan menangkap tokoh-tokoh besar cauvinis Cina yang menjadi tulang belakang universiti tersebut.
Singapura juga tidak membenarkan perarakan mayat dengan pukulan gong dan gendang serta perayaan Chap Goh Meh dengan pembakaran mercun dan bunyi bising yang lain. Satu kajian yang dibuat tentang akhbar-akhbar Cina di Singapura yang dibuat oleh Universiti Singapura lama dahulu menyebut tentang orang Cina Singapura berasa malu untuk membawa akhbar berbahasa Cina.
Berucap dalam perjumpaan Tahun Baru Cina pada tahun 1988, Lee Kuan Yew menyatakan kebimbangannya tentang masyarakat Cina di Singapura yang semakin meminggirkan budaya Cina malah Krismas dirayakan lebih meriah daripada Tahun Baru Cina.
Rakyat Singapura tidak kira Cina, Melayu dan India apabila ditanya siapa mereka pastinya membalas mereka adalah 'Singaporean' bukan Melayu, Cina atau India Singapura. Berbanding Singapura, apakah negara jiran itu atau Malaysia yang berjaya mewujudkan negara bangsa? Tanpa slogan 1Malaysia pun mereka lebih berjaya samada dari perspektif politik, ekonomi dan sosial serta keselamatan.
Jika benarlah semua Cina itu komunis, Hong Kong dan Taiwan pastinya ingin kekal bersama komunisma negara asalnya. Begitu juga negara-negara yang majoriti rakyatnya Cina seperti di Singapura dan Korea Selatan pasti mendesak kerajaannya dinaungi China dan mengamalkan sistem komunis.

Siapa komunis sebenarnya? Yang menggadaikan aset dan kepentingan strategik negara kepada China atau orang Cina di Malaysia? Bangsa apa yang melakukan pengkhianatan ini? Propaganda hanya berjaya disasarkan kepada yang buta sejarah, buta politik dan kebulur dedak. Jangan dididik rakyat menggelar kaum lain sedemikian rupa kerana itulah punca sebenar konflik perkauman akan mula tercetus.
#jomcelikpolitik&sejarah
Comments
Post a Comment