KEPENTINGAN RAKYAT?
John Wick lakonan Keanu Reeves sememangnya sebuah filem aksi yang bukan saja menghiburkan, tetapi turut memuatkan pengajaran tersirat daripada skrip yang saya fikir begitu mantap. Filem yang mengisahkan bagaimana mantan pembunuh upahan lakonan Keanu Reeves kembali bertindak ganas apabila isterinya yang meninggal dunia meninggalkan seekor anjing dan kemudiannya dibunuh anak mafia Russia malah kereta Mustang kesayangannya juga turut dicuri.
Setelah Mafia Russia itu mengetahui mengenai kejadian anaknya menembak mati anjing dan mencuri kereta kesayangan John Wick, ketua mafia Russia itu memukul anaknya dan berkata, " I am not angry with what you do but to whom you did is my concern; it's John Wick".
Ertinya, ketua mafia Russia ini tidak kisah anaknya membunuh dan mencuri asalkan mangsanya tidak membahayakan diri mereka. Mencuri dan membunuh rakyat tidak mengapa, jangan saja yang lebih besar dan menggugat kedudukan sendiri. Apakah ini punya persamaan dengan apa yang sedang berlaku dalam negara kita?
Filem John Wick ini turut mengingatkan saya dengan tulisan Dr Siddiq Fadhil dalam bukunya Melayu Baru tentang sikap Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Melaka yang sanggup menunaikan permintaan Puteri Gunung Ledang demi nafsu serakahnya. Permintaan Puteri Gunung Ledang, "Sebuah jambatan emas yang dibina dari istana Melaka hinga ke puncak Gunung Ledang, sebuah jambatan perak yang dibina dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Muda".
Walaupun semua permintaan Puteri Gunung Ledang itu begitu berat tetapi baginda tetap mahu ianya dipenuhi. Namun, hanya dengan semangkuk darah Raja Muda tidak sanggup pula ditunaikan. Kenapa? Kerana ianya terkait dengan kepentingan diri baginda iaitu apabila melibatkan anak sendiri sedangkan yang lainnya hanya melibatkan rakyat jelata. Kisah ini mungkin bersifat mitos tetapi hakikatnya teladan yang diselitkan itulah yang lebih utama.
Apakah pemimpin-pemimpin kita juga tergolong dalam kelompok seperti dipaparkan dalam filem John Wick dan Puteri Gunung Ledang di mana pemimpin akan melakukan apa saja termasuk mencuri dan membunuh asal saja tidak mengundang masalah kepada diri sendiri dan keluarga? Sanggup penuhi apa saja tuntutan walaupun negara tergadai, hutang menimbun, aset negara jadi taruhan, mencekik rakyat dengan pelbagai cukai dan kaedah asal saja diri dan keluarga terus dapat bersenang-lenang?
Di sebalik kisah, banyak yang jadi pengajaran bagi mereka yang berfikir. Hiburan tidak salah! Yang salah adalah menyalahkan hiburan demi menutup kesalahan akibat berhibur.
#BERANIBERUBAH

Comments
Post a Comment