POLITIK SARKAS

Malaysia tanahair ku sudah berjaya mencipta kejanggalan politik yang tidak mungkin didengar, dilihat atau dihidu di mana-mana pelusuk dunia atas nama politik.
Masakan tidak janggal jika apa yang berlaku itu tidak langsung berkaitan politik samada politik matang mahupun politik bodoh.

Belum pernah saya lihat dan dengar atau terbaca di mana-mana negara NGO ataupun individu berebut-rebut membuat laporan polis hanya untuk sesuatu yang amat remeh dan lucu. Hanya badut-badut sahaja akan lakukan kerja-kerja bodoh dan gila seumpama itu.


Di manakah maruah pelaku-pelaku kerja gila ini? Laporan polis sudah tidak lagi bernilai angkara kerja-kerja gila atas nama politik. Negara mana pernah kita dengar atau membaca kisah laporan polis sedemikian rupa dibuat? Institusi yang dihormati diheret untuk menjadi 'barang mainan' tanpa ada tindakan untuk menghentikan kegilaan ini.

Jangalah sampai rakyat dan masyarakat hilang hormat kepada pihak berkuasa kerana rakyat meletakkan begitu tinggi harapan pada mereka untuk menjaga keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negara. jangan biarkan pesakit-pesakit mental ini menginjak kehormatan yang diberi oleh seluruh rakyat. Belum pernah ada negara samada negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei, dan Singapura wujud kes-kes seperti ini. Myanmar dan Vietnam yang dianggap ketinggalan juga tidak ada orang-orang gila seperti ini.

Di Thailand juga da ada demonstrasi besar-besaran samada kumpulan baju merah atau kuning tetapi bukan berharakat dedak seperti yang berlaku sebelum ini.

Paling mutakhir, tindakan menggelikan hati bila ada Ketua Bahagian UMNO yang membawa gayung, sabun dan berus gigi untuk mandi di pejabat MB Selangor dengan keadaan bertuala. Sebelum ini dalam satu insiden kononnya beliau dipukul oleh YB Zuraida kamarudin seorang wanita walaupun terdahulu dari itu mendakwa kebal hingga dibelasah dengan kayu bertalu-talu. 


Apa mesej sebenar yang cuba disampaikan kepada rakyat? Rakyat benar-benar migrain samada mereka gila atau siapa yang gila? Politik Sarkas jangan dibiarkan bermaharajalela nanti buruk padahnya!

Comments

Popular Posts