NAGIN
Pagi ini sekali lagi saya terimbau kisah Nagin di Pasar Karat Taman Tunku Sarina, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah. Pasar karat yang tidak jauh dari rumah itu baru bermula sejak beberapa bulan lalu dan menjadi rutin saya setiap sabtu ke sana. Fokus saya buku-buku lama dan selepas itu mencari makanan untuk 'brunch' memandangkan sudah hampir tengahari.
Banyak tapak niaga yang tidak dibuka kerana cuaca mendung dan hujan renyai serta beberapa hari ini hujan sepanjang hari. Nampaknya rezeki membeli buku lama tak kesampaian dan niat membeli ubi sambal (kerepek pedas) juga hanyut. Matlamat akhir cuma membeli nasi tomato ayam masak merah di tepi jalan di sana.
Ketika menunggu makcik menjual nasi tomato membungkus, di hadapan tapak niaganya penuh orang ramai sedang berkerumun disambut sesekali derai gelak ketawa yang berada di situ. Fikiran saya kembali teringat ketika bertugas dulu-dulu di tapak ceramah politik seringkali melihat suasana sama gelagat penjual ubat dan tumpuan biasanya di situ orang ramai.
Di pasar karat ini orang ramai berkerumun berlatarkan bunyi muzik lagu filem Nagin dan saya fikir pastinya ada ular. Penjual ubat juga kuat suaranya dibantu pembesar suara dan tahulah saya ada ular dan penjual ubat seolah-olah takut kepada ular yang dibawanya untuk pertunjukan. Entah-entah siong pun dah dicabut dan pura-pura takut supaya ubatnya terjual. Lakonan mesti mantap walaupun realitinya tidak begitu.
Makcik yang menjual nasi tomato berkata, "ramai sungguh kerumun dia". Saya balas, "biasalah lah makcik! Melayu seronok benda-benda macam ni!". Ketika pulang di atas motosikal, saya teringat kisah penjual ubat, Nagin dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 yang berakhir hari ini.
Senario hampir sama dengan membawa seekor ular patah siong beraksi, penonton tetap takut kerana ular tetap ular dan bagi penjual ubat yang penting ubatnya terjual dan penonton terhibur. Dalam PAU juga sama setiap tahun yang penting hadirin dan perwakilan seronok dan kedua-dua pihak terhibur samada di pentas pemimpin mahupun perwakilan di bawah. Hasil perhimpunan bukan keutamaan sepertimana juga penjual ubat dan ular.
Inilah budaya dan sikap masyarakat Melayu yang penting seronok. Jika tidak masakan filem hindustan boleh pecah panggung berminggu-minggu walaupun jalan ceritanya tidak logik yang penting seronok. Mana logikanya jika sebuah lagu berguling-gantang dari puncak bukit ke bawah bukit naik semula ke atas bukit bertukar-tukar 15 helai pakaian berganti hujan dan panas. Namun, keseronokan mengatasi segala-galanya seperti kata teman saya di New Delhi, masyarakat India yang sentiasa tertekan dengan kehidupan yang sukar akan hilang sedikit rasa lelah dan susah apabila menonton filem-filem begini.
Pendekatan sama digunakan pemimpin-pemimpin UMNO untuk memujuk dan mempengaruhi minda ahli-ahli dan perwakilan yang hadir supaya melupakan kisah-kisah duka selama ini dan skandal penipuan dalam 1MDB, wang RM2.6 bilion, GST, subsidi yang direntap dan macam-macam lagi. Tilam empuk di hotel beberapa hari, makan minum dan wang saku beberapa hari dengan seloka, pantun dan jenaka sepanjang berada di Kuala Lumpur dapat membantu menenggelamkan duka lara dan menjadi laskar berani mati untuk pulang berhujah kosong membalas kritikan terhadap pemimpin mereka.
Kesimpulannya amat mudah, ke mana dan di mana saja kita pergi, di sana tetap ada iktibar untuk kita sama-sama berfikir agar tidak mudah tertipu. Nagin hey!

Comments
Post a Comment