KANVAS POLITIK
Aku tidak sesekali akan membirukan daun-daun dipepohonan hanya kerana seseorang itu suka akan warna biru. Itu bukan saja tidak menurut fitrah alam bahkan membirukan sesuatu yang bukan pada tempatnya bererti mengharubirukannya. Itu bukan kerja pelukis tetapi kerja pemimpi dan aku bukan sang pemimpi.
Seseorang itu mungkin hari ini biru, esok merah walaupun sebelumnya merah. Kamu politisi yang boleh berubah warna mengikut suasana sepertimana cicak chameleon. Aku bukan politisi yang mewarnakan sesuatu mengikut selera kerana aku hanya memanfaatkan naluri pelukis di kanvas politik sesuai dengan fitrahnya.
Alangkah malangnya keindahan alam dan politik yang berwarna warni hanya terbatas dengan warna hitam dan putih atau warna-warna mengikut selera orang lain. Seperti kata Pablo Picasso, Lukisan adalah hanya cara lain untuk menjaga buku harian".
Comments
Post a Comment