DEWAN
Siang tadi saya ke Alor Star untuk membeli sedikit barang keperluan dan sebelum itu berhajat untuk makan Nasi Ayam Tat. Sebaik selesai makan, saya memandu di Jalan Gangsa. Ketika melintas Tokong Sayur Jalan Gangsa, saya melihat sebuah dewan yang begitu besar bersebelahan Tokong Sayur.
Secara spontan fikiran saya berlegar-legar memikirkan betapa sistematik dan strategis pemikiran kaum Cina samada dari arah pandang ekonomi, politik dan sosial. Begitu banyak dewan dibina atas nama persatuan, parti politik, dewan perniagaan dan juga dewan-dewan yang disediakan bersekali dengan bomba sukarela. Berapa banyak bomba sukarela yang diterajui oleh bangsa Melayu yang kononnya gah dengan 'Ketuanan' itu? Bomba sukarela ini mendapat peruntukan dari kementerian perumahan dan kerajaan tempatan tetapi apakah ia disambut baik untuk mewujudkan pasukan bomba sukarela yang didominasi bangsa Melayu?
Yang bising adalah nak dapatkan rumah tetapi cabang lain tidak difikirkan. Dewan-dewan inilah digunakan untuk memberi khidmat pada kaum mereka samada untuk beriadah, perniagaan dan juga politik. dengan kadar sewa yang rendah atau ihsan oleh pemilik dewan, mereka dapat menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi, politik dan kemasyarakatan tanpa masalah atau halangan kerana dibuat dalam premis persendirian. Dari sudut undang-undang juga mereka lebih bebas menjalankan aktiviti mereka.
Apakah pemimpin NGO dan parti politik Melayu memikirkan tentang perkara ini? Ketika berkuasa pun bangsa Melayu tetap memasang angan-angan Mat Jenin dan menumbuhkan semangat Pak Pandir dan Pak Kadok kononnya hebat. Apabila hilang kuasa, terhegeh-hegeh ke sana sini untuk mencari dewan untuk menjalankan program atau aktiviti kepartian. Ketika berkuasa masih lagi dapat menggunakan premis-premis kerajaan atas nama program kerajaan. Sebaik tersungkur, segala-galanya menjadi sukar. Tidak perlu pergi jauh, ketika ini di Pulau Pinang dan Selangor aktiviti UMNO sudah menjadi agak terbatas jika tidak menyewa hotel dan tempat-tempat yang ada kaitan dengan kerajaan pusat. Kenapa berlaku begini? Jawapannya ada pada mereka yang terjerit-jerit dalam Perhimpunan Agung UMNO saban tahun.
NGO, persatuan dan parti politik Melayu memang ada dewan. Banyak dewan-dewan yang mereka miliki. Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Perniagaan yang entah siapa berniaga siapa yang jalankannya? Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri pun nampaknya kerusi Melayu makin kerdil. Kesudahannya, bermesyuaratlah kita nanti bawah pokok atas pokok seperti beruk makyeh!
Jika kaum lain berjaya dan sentiasa di depan jangan salahkan mereka kerana kejayaan adalah milik mereka yang punya pemikiran strategis dan taktikal.
Teringat pulak Dwen bukan Dewan!
#mohonterasa dan #mohonsedardiri

Comments
Post a Comment