KETUM
Sudah selesaikah kajian saintifik dilakukan oleh pihak-pihak yang berwibawa dalam bidang ini bahawa ketum lebih banyak membawa manfaat daripada musibah? Yang digembar-gembur sebelum ini adalah ketum begitu merbahaya hingga begitu banyak NGO serta pemimpin-pemimpin politik mendesak agar ketum segera diwartakan di bawah Akta Dadah Merbahaya bagi membolehkan tindakan lebih serius membendung masalah ketum. Malah jabatan pertanian sendiri sudah menemui pemilik tanah pertanian yang menanam ketum agar mencari alternatif lain sebagai sumber pendapatan, tiba-tiba datang saranan agar kerajaan meluluskan penanaman ketum untuk tujuan ekspot.
Kejatuhan harga getah diakui bukan semata-mata salah mana-mana pihak kerana ia mengikut hukum pasaran melalui kaedah pemintaan dan penawaran serta beberapa perkara bersifat teknikal.
Kejatuhan harga getah diakui bukan semata-mata salah mana-mana pihak kerana ia mengikut hukum pasaran melalui kaedah pemintaan dan penawaran serta beberapa perkara bersifat teknikal.
Bagaimanapun, ketidakmampuan pekebun-pekebun getah untuk berdepan dengan kejatuhan harga getah tidak boleh menjadi hal 'lepas tangan' RISDA kerana itulah tujuan asal RISDA diwujudkan. Jika pekebun-pekebun getah secara pukal terpaksa bergantung nasib kepada harga pasaran getah dunia, tidak ada manfaat langsung kewujudan RISDA.
RISDA sejak awal perlu menyediakan program jangka panjang untuk menjangka sebarang risiko kejatuhan harga getah dengan beberapa pendekatan termasuk SWOT. Begitu ramai lulusan tinggi akademik hingga ke peringkat doktor falsafah dalam RISDA dan apa sebenarnya dilakukan oleh mereka di sana? Memanaskan kerusi dengan upah yang begitu besar?

Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, dan Threats) adalah suatu kaedah penyusunan strategi dan merupakan satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.
Jika begitulah masalah yang didepani, kenapa harus menyelesaikan masalah dengan masalah baru? Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata tidak salah untuk menanam daun ketum bagi tujuan komersial kerana ia tidak termaktub dalam peruntukan undang-undang. Tambahnya, seseorang boleh dikenakan tindakan hanya jika wujud aktiviti memetik, memproses dan mengedar daun ketum.

Jika pihak keselamatan membuat kenyataan bahawa tindakan boleh dikenakan jika wujud aktiviti memetik, memproses dan mengedar daun ketum, apa maknanya saranan RISDA tersebut?
Memberi cadangan kepada pemerintah jangan sampai kepada perkara yang boleh memudaratkan negara dan rakyat. Perlu imbangi dari sudut kepentingan negara termasuk keselamatan, ancaman terhadap generasi masa kini, percanggahan cadangan dengan undang-undang.
Alasan ketum mempunyai banyak khasiat adalah helah untuk membolehkan ketum dijadikan produk menggali keuntungan cara mudah dan pantas. Jika begitulah alasannya, arak pun pada satu sisi memberi manfaat, senjatapi juga begitu. Namun, kemampuan mengawal jauh lebih sukar daripada dijangka.
Nampaknya kepentingan negara sudah diusir jauh ke tangga keutamaan terbawah demi wang tanpa mengambilkira kepentingan negara. Jika begitu, penyeludupan bahanapi juga menguntungkan dan mungkin faktor itu jugalah menjadi punca begitu banyak penyeludupan bahanapi di sempadan Malaysia/ Thai berlaku.
Nampaknya ketum bukan saja memeningkan kepala penagih ketum, ia juga mengheret pihak berkuasa dan pemimpin-pemimpin separa sedar untuk turut khayal dan pening.
Comments
Post a Comment