CAMPURTANGAN ASING
Menurut Menteri Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti, "Pemerintah kini mengambil tindakan yang lebih drastik untuk menguatkuasakan peraturan bagi memastikan perairan Indonesia terus selamat,". Walaupun pada tahun lalu China sebuah negara kuasa besar melahirkan kebimbangan selepas bot mereka diletupkan kerajaan Indonesia, Indonesia tanpa gentar tetap melaksanakan hukuman tersebut. Polis Air Republik Indonesia terus menguatkuasakan undang-undang di wilayah mereka kerana itu hak dan kedaulatan negara mereka.
Pada bulan Februari 2015, PBB dan Australia merayu Indonesia tidak melaksana hukuman mati terhadap pesalah dadah dari negara Kangaroo itu. Indonesia tegas melaksanakan juga hukuman itu.
Begitu juga di Malaysia jika ada pihak yang membantah hukuman mati terhadap pengedar dadah maka kita akan menganggap ia sebagai campurtangan asing dalam hal-ehwal dalaman negara kita.
Kesalahan itu berlaku di Amerika Syarikat dan transaksi pengubahan wang haram itu juga berlegar di dalam negara itu. Peguam Negara Amerika Syarikat tidak merampas aset dan wang yang berlaku transaksi di negara asing seperti Singapura dan Switzerland.
Pada awal tahun ini, Switzerland secara rasmi telahpun memohon kerjasama Malaysia untuk menyiasat dakwaan penyelewengan US$4 bilion (RM16.6 bilion) yang melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada bulan Februari 2015, PBB dan Australia merayu Indonesia tidak melaksana hukuman mati terhadap pesalah dadah dari negara Kangaroo itu. Indonesia tegas melaksanakan juga hukuman itu.
Begitu juga di Malaysia jika ada pihak yang membantah hukuman mati terhadap pengedar dadah maka kita akan menganggap ia sebagai campurtangan asing dalam hal-ehwal dalaman negara kita.
Beberapa hari ini pula riuh rendah gegak gempita apabila Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (Department of Justice – DOJ) telah mengadakan sidang akhbar membentangkan kes bagi merampas aset-aset yang didakwa dibeli menggunakan dana daripada 1MDB. Turut dinyatakan bahawa dana ini telah dicuri oleh beberapa individu bagi membeli aset, barangan mewah dan juga bagi membiayai pembikinan sebuah filem. Ia juga menamakan salah seorang penerima dana tersebut sebagai “Malaysian Official 1”. Namun, Peguam Negara AS Loretta Lynch tidak mendedahkan siapakah individu yang dirujuk dengan “Malaysian Official 1” tersebut.
Tidak kira di pihak pemerintah, pembangkang, yang berparti dan tidak berparti dengan penyokong-penyokong masing-masing membuat kenyataan dan pendirian mereka dengan pelbagai sisi pandangan mengikut fahaman terhad mengikut selera atau fakta? Sebenarnya siapa campurtangan negara siapa?
Apakah dengan menguatkuasakan undang-undang negara mereka dan transaksi pengubahan wang haram yang menjadi kesalahan di negara itu dianggap sebagai campurtangan negara asing serta bertujuan menjatuhkan pemimpin negara luar?
Apakah di negara kita pengubahan wang haram tidak menjadi kesalahan? Apa jadi dengan Akta Pengubahan Wang Haram yang dikuatkuasakan oleh pihak polis dan SPRM selama ini salah di sisi undang-undang? Mengapa kita begitu cepat melatah hingga menganggap penguatkuasaan undang-undang oleh negara asing itu sebagai campurtangan luar?
Kesalahan itu berlaku di Amerika Syarikat dan transaksi pengubahan wang haram itu juga berlegar di dalam negara itu. Peguam Negara Amerika Syarikat tidak merampas aset dan wang yang berlaku transaksi di negara asing seperti Singapura dan Switzerland.
Pada awal tahun ini, Switzerland secara rasmi telahpun memohon kerjasama Malaysia untuk menyiasat dakwaan penyelewengan US$4 bilion (RM16.6 bilion) yang melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata permohonan untuk menyiasat kesalahan bawah undang-undang negara itu melibatkan kes-kes rasuah kepada pegawai luar negara, salah laku penjawat awam, pengubahan wang haram dan jenayah salah tadbir syarikat pelaburan bermasalah itu.
Siasatan pejabat Michael Lauber Peguam Negara Switzerland mendedahkan tanda-tanda serius dana tersebut telah diseleweng daripada 1MDB. Ketika itu juga kita menuduh peguam negara Switzerland sebagai tidak berwibawa dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur tindakan Peguam Negara Switzerland Michael Lauber yang membuat kenyataan terbuka mengenai siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disifatkan sebagai tidak baik kerana boleh menyebabkan kerenggangan hubungan antara dua negara.
Apakah setiap kali negara luar cuba memberi keadilan kepada rakyat negara ini maka ia dianggap sebagai usaha merenggangkan hubungan dua hala dan hanya mengharapkan pujian serta cover-up terhadap segala kebobrokan yang berlaku dalam negara?
Sudahlah rakyat tidak lagi mampu berharap undang-undang berpihak kepada mereka di dalam negara, di negara luar juga mereka terpaksa mengikut kehendak pemerintah di sini? Nampaknya, gelaran polis dunia perlu dirampas dari Amerika Syarikat dan dikalungkan ke leher pemerintah di sini sesuai dengan perlakuan yang sedang dibuktikan.
Jika 1MDB dan mereka yang terlibat tidak bersalah, tidak ada apa yang perlu dibimbangi malah kita seharusnya mengalu-alukan tindakan sedemikian kerana dapat membantu negara melunaskan hutang 1MDB yang begitu luarbiasa besar jumlahnya. Sekiranya wang yang diselewengkan itu dipulangkan semula pastinya nasib rakyat yang terbeban akibat 1MDB dan penyangak-penyangak itu sudah terbela.
Susah sangat kah untuk mengakui kesilapan? Dengan menafikan wang itu tidak dicuri dan tidak ada apa yang berlaku, wang yang disita tidak akan dikembalikan kepada pemilik wang yang hilang itu iaitu 1MDB. Pesakit tidak akan dapat diubati selagi ia sendiri tidak mengaku sakit. Jika tidak sakit kenapa perlu makan ubat dan jika tidak makan ubat bagaimana penyakit akan dapat disembuhkan.
Hakikatnya jangan kita mencampuri urusan negara asing dengan alasan negara lain mencampuri urusan negara ini. Biarkan kebenaran muncul tanpa diganggu kerana sekian lama ia amat terganggu oleh pengganggu-pengganggu yang terlebih terganggu.
Comments
Post a Comment