SAMPAI BILA KUASA ASING JADI SANDARAN?
Setiap kali Najib atau isterinya diserang atas pelbagai skandal pastinya akan muncul pendekar dan pendek akal yg bersilat sambil menyembur sirih bersulam jampi serapah "kuasa asing jadi dalang menjatuhkan beliau".
Kuasa asing mana sebenarnya mahu menjatuhkan beliau? Apabila dengan mudah menempelak kuasa asing sebagai dalang menjatuhkan Najib, pastinya laporan sama menyebut kuasa mana yang dimaksudkan itu. Sehingga kini tidak ada tuduhan jelas negara mana yang dimaksudkan itu. Jika benar ianya berlaku, buktikan secara berfakta bukan tuduhan melulu.
Jangan hanya apabila rakyat mengkritik maka dibalas harus berfakta sedangkan diri sendiri hanya berbekalkan air liur basi. Menurut sejarah kejatuhan pemimpin sesebuah negara yang didalangi kuasa asing, pastinya ia akan dikaitkan dengan 'covert operation' CIA (Agensi Perisikan Pusat) negara uncle SAM dan juga MOSSAD perkakas Israel.
Keakraban Najib dan Obama serta hubungan dagang tidak rasmi dengan penaja Zionisme itu rasanya sukar untuk mempercayai kedua-duanya berhajat menjatuhkan Najib. Negara lain lebih memilih untuk menjaga tepi kain masing-masing berbanding campurtangan di negara asing.
Dengan krisis ekonomi yang melanda seluruh jagat raya ketika ini, masing-masing lebih menumpukan usaha memulihkan ekonomi mereka daripada membelanjakan berbilion dolar US bagi mencapai matlamat menjatuhkan pemimpin negara lain. Usaha US menjatuhkan Bashar Al Assad dengan segala jenteranya, Fidel Castro di Cuba sesekian lamanya juga masih menemui jalan buntu.
Ketahyulan tidak enak didendangkan berulang kali kerana ia hanya mendatangkan aroma meloyakan. Rakyat kian celik politik tetapi pemimpin dan pemakan dedak kian buta dan pekak politik sehingga tidak lagi berupaya membezakan antara tindakan bodoh, bahlol, bengap, bongok dan gila.
Pahlawan Bugis dan Jawa seharusnya bersilat dengan kemahiran dan keberanian sendiri bukan lagi berselindung di sebalik daun sireh berteman pinang menentang rakyat yang sudah menyala-nyala kemarahan mereka. Jangan sampai kisah pengkhianatan orang Bugis terhadap orang Acheh dan Jawa menjadi punca tumbangnya negara itu kepada Belanda berulang seperti yang dititip oleh seorang sahabat dalam status FB nya.
Modal kuasa asing menjadi dalang menjatuhkan pemimpin cukup sekadar berakhirnya penjajahan demi penjajahan dari Portugis, Jepun dan yang terakhir oleh British. Semuanya bukan salah orang kecil tetapi orang besar yang membesar-besarkan lohong kemasukan kuasa asing. Rakyat jangan dipersalahkan kerana mereka lebih sayangkan bangsa, agama dan tanahair berbanding pemimpin yang ada.
Jika benar kuasa asing kepingin teramat sangat menjatuhkan Najib, sudah lama kita semua porak peranda dek perbuatan kita sendiri. Jangankan CIA dan MOSSAD, Agensi Perisikan Singapura yang berjiran dengan kita lebih hebat jika benar dakwaan itu.
Dalang kuasa asing yang sebenar adalah apabila kita beria-ia mahu 1.5 juta orang pekerja Bangladesh dibawa masuk tetapi berbolak-balik kenyataan hari ke hari. Dalang kuasa asing juga tanpa jemu mahu TPPA dilaksanakan walaupun majoriti rakyat menentang. Alasan wakil rakyat majoriti menyokong sudah tidak berguna kerana wakil rakyat yang mengundi TPPA itu sudah tidak lagi mewakili rakyat sebaliknya hanya mewakili pemimpin, anak isteri dan suku sakat. Menambah perit kepada dalang kuasa asing menjatuhkan negara adalah apabila aset-aset negara dijual kepada China untuk melangsaikan hutang yang tidak langsai.
Wallahualam

Comments
Post a Comment