BANGLO ATAU BANGLA
Malangnya pandangan rakyat dan pertubuhan-pertubuhan tersebut dipandang remeh dan enteng malah dibalas dengan jawapan sinikal oleh Zahid serta sekutunya. Jawapan paling mudah adalah ianya hanya akan dibawa masuk dengan jumlah tersebut dalam tempoh 3 tahun mengikut keperluan. Apakah jumlah pekerja asing 6.7 juta yang ada ketika ini tidak mencukupi atau ianya hanyalah smokescreen bagi mengenyangkan sekerat dua yang berkepentingan?
Statistik yang sudah dimanipulasi tidak akan membantu memperbetulkan persepsi rakyat terhadap usaha membawa masuk begitu ramai pekerja ini. Buktikan bahawa negara memerlukan lebih ramai pekrrja asing untuk tujuan pembangunan dan keperluan domestik. Alangkan ketika pembangunan negara berada di puncak dan begitu rancak dengan pembinaan projek-projek gergasi sekalipun jumlah mereka tidak seramai yang ada sekarang.
Ketika pembinaan Putrajaya, KLCC, KLIA, Menara KL, jambatan Pulau Pinang 1 dan 2 serta sektor pembinaan begitu rancak tetapi jumlahnya tidak mencecah seperti sekarang. Apa mercu pembinaan mega ketika ini yang dapat dibuktikan? BR1M dan slogan 1Malaysia tidak memerlukan pekerja asing. BR1M hanya perlukan wang untuk ditabur, 1MDB tidak langsung perlukan ramai pekerja dan hanya memadai Arul Kandasamy dan Jho Low serta slogan 1Malaysia pula hanya memerlukan 1 jari untuk dituding ke langit.
Daripada cakap-cakap pekerja asing warga Bangladesh di sini yang sudah lama bekerja dan menetap di sinipun mereka bimbang dengan berita ini. Kata mereka dengan membawa masuk lebih ramai pekerja dari negara asal mereka serta kerja yang ada sekarang amat kurang, sudah pasti tidak ada lagi kerja lebih masa buat mereka. Dakwa mereka lagi, jika gerakan membawa masuk lebih ramai pekerja Bangladesh berjaya, mereka tidak lagi dapat menghantar pulang wang ke kampung seperti sekarang akibat daripada kekurangan kerja yang ada ketika ini. Tambahan pula kejatuhan nilai ringgit sudah cukup membuat mereka kerugian besar kerana tidak lagi dapat menghantar jumlah wang dengan nilai sama seperti dahulu.
Apa yang kerajaan perlu lakukan adalah membentangkan dengan telus di parlimen berapa jumlah keperluan pekerja asing ketika ini dan berjanji menghantar pulang mereka yang tidak lagi diperlukan. Rakyat percaya jumlah sedia ada sekarang pun sudah melebihi keperluan dan perlu menghantar pulang ramai di kalangan mereka.
Cukuplah keuntungan hasil dari membawa masuk pekerja asing oleh agen-agen pekerja asing dahulu yang menjadi ‘Orang Kaya Baru’ (OKB) dalam sekelip mata serta mereka yang punya autoriti di kementerian. Jika rakyat didahulukan, hentikan usaha yang merugikan negara dan meletakkan rakyat dalam bahaya. Tak perlulah menghentam rakyat dengan kata-kata bagi cadangan jangan hanya pandai kritik. Rakyat dah banyak mengemukakan pandangan tetapi malangnya pandangan itu tidak dipandang langsung. Kata orang masuk telinga kiri keluar telinga kanan tetapi sebenarnya langsung tak masuk. Nak bina banglo sebenarnya tak perlukan Bangla pun. Kontraktor tempatan sedia ada dengan pekerja-pekerja yang sedang menupang dagu masih ramai menanti peluang kerja bukan sahabat handai dari Bangladesh. Yang lebih utama membina lebih banyak rumah mampu milik tetapi sehingga kini rumah mampu milik masih lagi menjadi milik hantu dan jembalang.
Wallahualam
Comments
Post a Comment