BOHONG
Lebih melucukan buat kita tapi sebaliknya bagi orang lain mungkin tidak begitu kerana sesuatu yang jelas adalah bohong dinyatakan tanpa rasa bersalah dan malu. Mana tidaknya jika ketika disoal buat pertama kali dikatakan mustahil wang sejumlah besar begitu dimasukkan ke dalam akaun peribadi dalam negara yang kemudiannya mengaku memang benar wang dalam akaun sendiri tetapi ianya adalah derma.
Bermula dengan derma untuk pilihanraya berdepan parti yang didakwa sebagai chauvinist kemudiannya bertukar alasan ia sebagai derma menentang kelompok militan Islamic State. Bohong terus naik minyak apabila sudah terperangkap kemudiannya diumum sebagai derma mengekang pengaruh Ikhwanul Muslimin dari Mesir. Yang peliknya dalam perhimpunan agung parti itu dijemput pula wakil Ikhwanul Muslimin. Entah jenis bohong apa yang sedang menjalar?
Bukan itu saja, wang derma yang sebelumnya dimaklumkan telah habis dibelanjakan dalam pilihanraya dikatakan telah dipulangkan kepada tuan ampunya derma. Wang yang begitu banyak tidak mungkin dipikul untuk dipulangkan dan semestinya ada transaksi wang itu dipulangkan. Kenapa tidak dijawab semua alasan ini ketika disoal Timbalan Presiden parti hingga beliau dan Naib Presiden tercampak dari koridor kuasa? Memang sukar untuk berfikir secara rasional buat manusia yang tidak gila dan bodoh. Oleh itu, untuk tidak mencetuskan komplikasi, berfikir saja sebagai orang gila atau bodoh.
Yang mahu membela pula tanpa berfikir panjang terus mendakwa sudah bertemu penderma wang tersebut tetapi akhirnya sunyi sepi apabila detik wang derma dihulur adalah ketika penderma sudah meninggal dunia. Sungguh hebat ilmu kasyaf yang dipelajari manusia yang bertemu penderma yang sudah meninggal dunia.
Sejak awal isu wang derma berbunga, hati kecil saya berbisik mana mungkin wang sebanyak itu didermakan pada seseorang. Namun apakan daya apabila bohong sudah menjadi budaya malah diterima oleh sebahagian manusia yang mungkin telah disintok limau atau disampuk puaka hingga menjadi gila atau bodoh untuk mempercayai wang tersebut adalah derma, menemui penderma yang telah mati dan juga dipulangkan kembali sejumlah besar wang derma tersebut kepada penderma itu.

Sebenarnya kisah bohong ini amatlah panjang tetapi saya hanya bercadang untuk singgah berehat di sini saja bagi mengelakkan ia dapat menandingi hikayat 1001 malam. Malam kian larut dan lebih sesuai disambung dengan makan nasi lemak bungkus berteman kopi 'o' sebelum membaca disusuli tidur.
Salam.
Salam.
Comments
Post a Comment