TOTOK

Dari definisi yang disemak, Totok bermakna asli atau sejati. Maknanya selalu didengar bahawa saya UMNO TOTOK atau PAS TOTOK bermaksud UMNO asli atau sejati dan juga PAS asli atau sejati. Sejauh mana keaslian atau kesejatian setiap ahli atau pemimpin UMNO dan PAS yang mereka hayati untuk diteladani?

Seseorang yang totok dari sudut parti politik bermakna dia menghayati segala-galanya mengenai perlembagaan parti dan juga sejarah parti. Jangan mulut totok tapi tindakan dan cakap mencerminkan seorang yang bodoh, khianat, zalim, penipu, koruptor dan semua yang punya konotasi negatif. Ia akan menjejaskan imej parti kerana kamu cerminan parti sebab kamu dengan bangganya mengistiharkan diri kamu totok.

Adakah kamu UMNO atau PAS totok jika kamu mengamalkan korupsi, menipu, menjahanamkan kepentingan bangsa, agama dan tanahair? Pastinya perlembagaan parti tidak punya klausa begitu untuk kamu melakukan perbuatan salah kerana kamu totok.

Janganlah kamu totok pada soal parti tetapi dari sudut agama tak ada lagi secara terbuka mengaku dia Islam Totok, Hindu Totok, Kristian Totok, Buddha Totok atau apa saja agama sekalipun. Mana mungkin kamu lebih totok ideologi politik berbanding agama? Jika agama tidak totok, janganlah sampai parti politik asyik TOTOK! TOTOK! TOTOK

Comments

Popular Posts